Assalamualaikum... Alhamdulillah, bermula tahun 2014 pihak Dokumentari Kuliah Studio (DKS) memulakan sebuah perniagaan yang berbentuk menyediakan perkhidmatan mengemaskini Insurans dan memperbaharui Cukai Jalan (Road Tax) kenderaan bagi persendirian/organisasi syarikat. Perkhidmatan ini disediakan bagi membantu pemilik kenderaan dalam mengurus segala urusan berkaitan mengemaskini Insurans dan memp
erbaharui Cukai Jalan dari awal urusan sehingga pelekat Cukai Jalan dihantar terus ke pintu rumah anda. Bermulanya pada 06 May 2012 sehingga kini (04 Jan 2014) pihak DKS memiliki himpunan 1,182 unit video kuliah secara pengajian kitab, ceramah, forum dan seminar/kursus di beberapa negeri seluruh Malaysia dan kian hari rakaman semakin bertambah dan berterusan. Beberapa kos gerak kerja yang dihadapi dari mengambil rakaman sehingga memuat naik ke saluran "Youtube" menyebabkan kami menghadapi implikasi kewangan bagi meneruskan gerak kerja dakwah ini. Oleh yang demikian, alternatif permulaan bagi menampung kos gerak kerja ini, pihak DKS mengambil inisiatif untuk memulakan sebuah perniagaan yang berbentuk perkhidmatan dan mudah dikendalikan. Setelah mengadakan perbincangan, pihak DKS mengambil keputusan untuk mendaftarkan DKS di bawah Takaful Ikhlas Sdn Bhd / MAA Takaful Berhad secara sah dan menyediakan perkhidmatan mengemaskini Insurans & memperbaharui Cukai Jalan kenderaan bagi persendirian/organisasi syarikat di seluruh Malaysia. Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini mampu memberi faham kepada masyarakat mengenai perniagaan ini yang serba sedikit boleh membantu menampung kos gerak kerja dakwah ini. Insha Allah, pihak DKS mengalu-alukan kepada sahabat-sahabat dalam bersama-sama turut membantu perniagaan ini dari segi hebahan dan menyokong perusahaan perkhidmatan ini, mudah-mudahan Allah menjadikan ini sebahagian dari amal shaleh kita bersama dalam menggerakkan dan memartabatkan umat Islam ke arah membudayakan Al Quran dan As Sunnah dalam kehidupan seharian. Kepada individu/kumpulan/organisasi syarikat yang berminat untuk memperbaharui dan mengemaskini Insurans serta sistem Cukai Jalan (Road Tax) kenderaan anda, boleh mengisi borang yang disediakan. Pihak kami akan menghubungi dalam masa terdekat bagi mengemaskini data dan sistem dalam talian. Insha Allah ... Demi Kerana Sunnah ... Allahu'alam
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Abu Ebrahim : 019-212 1199 (SMS @ Whatsapp) / 013-242 9944 (SMS only)
Bro. Izdiharudin : 019-4145 383 (SMS @ Whatsapp)
Allah Azza wa Jalla berfirman:
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]
Website sedia ada :
Link Blog : http://dokumentarikuliah.blogspot.com
Link Youtube : https://www.youtube.com/user/DokumentariKuliah
Link page : https://www.facebook.com/DokumentariKuliahStudio
Link Facebook Profile : https://www.facebook.com/dokumentarikuliah.sunnah?fref=ts