Nota Kewangan Akaun & Cukai Untuk Usahawan

Nota Kewangan Akaun & Cukai Untuk Usahawan Khidmat Bantuan Akaun dan Cukai Perniagaan

26/07/2023
REKOD PERNIAGAANApapun jenis perniagaan yang dijalankan, pastikan rekod perniagaan anda teratur. Benda asas yang selalu ...
31/03/2022

REKOD PERNIAGAAN

Apapun jenis perniagaan yang dijalankan, pastikan rekod perniagaan anda teratur. Benda asas yang selalu client perlu ada dan maintain:-

1. Baucer Bayaran (Tunai dan Bank)
2. Resit Rasmi Terimaan Bayaran
3. Invoice Jualan
4. Invoice Belian
5. Penyata Bank

Apa perlu buat lagi
1.Susunlah secara teratur ikut bulanan.
2.Rekod setiap urusniaga guna Microsoft excel. Kalau guna Perisian Perakaunan lagi bagus.
3. Pastikan laporan kewangan dapat dijana untuk melihat prestasi perniagaan.

Macamana nak buat laporan kewangan? Cara mudah ialah segala jualan tolak lah dengan pembelian. Kalau untung baguslah. Kalau rugi, mesti ada yg tak kena dgn bisnes anda.

Gambar 3 kotak ni adalah milik perniagaan client kami (Hair Saloon) yang mana kami bantu menyediakan full set akaun beliau. Maklumlah perniagaan jenis sdn berhad. Perlu diaudit.

Perlukan bantuan penyediaan akaun, boleh lah hubungi kami di 0164143211 Pn Wahida.

Okay. Selamat maju jaya.

Nota Akaun dan Cukai (Untuk Syarikat Sdn Bhd)Baru-baru ini, aku ada bertemu seorang prospek (En A) yang meminta aku meli...
13/02/2021

Nota Akaun dan Cukai (Untuk Syarikat Sdn Bhd)

Baru-baru ini, aku ada bertemu seorang prospek (En A) yang meminta aku melihat laporan audit syarikat sdn bhd beliau. Beliau maklumkan aku, bahawa syarikat beliau akan dikenakan cukai sejumlah RM80 ribu. Itupun kalau dia hantar borang nyata cukai (Borang C) syarikatnya sedangkan perniagaannya rugi. Dah 2 tahun borang cukai tu tak di hantar katanya. Beliau hairan dengan cukai yg banyak tu.

Dalam keadaan bingung dan pelik, aku minta laporan audit tersebut dan seperti yang aku agak, AKAUN PENGARAH !!! Pengarah hutang dgn company itself (Amount due from Director). Bila dikira, betullah apa yang dikatakan.

Jadi, apa itu AKAUN PENGARAH ni? AKAUN PENGARAH ni adalah akaun yang menunjukkan dimana pengarah syarikat berhutang(Amt due from director - di bahagian Aset Semasa) dgn syarikat. Ia juga boleh jadi sebaliknya, dimana syarikat p**a yang berhutang dgn pengarah (Amt due to director-dibahagian Current Liabilities).

Dalam kes En A ni, Pengarah berhutang dgn company. Apa masalahnya? Sebab ramai je pengarah lain buat. Company dia sendiri pun. Okay macam inilah. Kalau amount tu kecil, mungkin tak nampak impact dia. Kalau amount besar???

KESANNYA adalah dari segi layanan percukaian bagi syarikat. Bagi LHDN, apabila pengarah berhutang dengan syarikat, secara automatik nya, syarikat dikira menghasilkan Pendapatan Faedah bawah Akta Cukai Pendapatan Seksyen 4(c). Omputih cakap "Deemed Interest Received".

So, katakan Akaun Pengarah itu berjumlah 5 juta, didarab dgn kadar faedah tahunan 4% menjadikan pendapatan faedah tahunan Rm200ribu. Jumlah 200ribu inilah yg dikenakan cukai katakanlah kadar cukai 17%. Jadi cukai yang dikenakan berjumlah RM34ribu. Kalau 2 tahun campur penalti lagi, lebih kurang RM80ribu. Ini cukai perlu bayar. Ini kira straight forward ye. Ada banyak faktor lain kena ambil kira Apa sebabnya ada akaun pengarah ni,? Ini aku cerita lain kali ye.

Jadi, kepada pemilik atau pengarah berhati-hati tau dengan Akaun Pengarah yang dilaporkan dalam penyata kewangan atau laporan audit. Kalau musykil tanyalah akauntan atau auditor atau agen cukai anda. Kalau nak 2nd opinion, nak tanya kami pun boleh dengan klik link dibawah ye. Insya Allah kami cuba bantu.

http://www.wasap.my/60164223211/saya_tanya_sikit_boleh

Nota Perniagaan.Ini workshop kereta dekat dengan pejabat boss aku. Workshop ni daripada bapa turun ke anak (Ah Chun). Du...
10/02/2021

Nota Perniagaan.

Ini workshop kereta dekat dengan pejabat boss aku. Workshop ni daripada bapa turun ke anak (Ah Chun). Dulu buruk. Cat pun dah pudar.

Dua bulan lepas, kontraktor datang cat luar dan tukar signboard kedai dia. Bisnes owner bagitau kat aku, ini semua sponsor by Shell. Tak tau lah, Company Shell atau Distributor Shell. So kira dah jimat banyak juga ni.
*** Dalam akaun Shell - ini dikira belanja iklan as you promoted your business***

So since si anak dah take over drpd bapa dia, dia upgrade drpd perniagaan milikan tunggal ke Sdn Bhd. Ada 2 pekerja. Pakai T- Shirt macam uniform lagi dan kemas. Wife Ah Chun jaga akaun company.

Staf office bos aku (dan aku juga) ramai yang hantar service kereta kat sini. Hutang lagi sesetengah tu. Yelah office sebelah lorong tu je. Ah Chun pun okay, pasal ada continuos business. Sah2 secara berkala sales masuk.

So apa yang nak diberitahu. Dalam berniaga ni kena ada GROWTH. Atau perkembangan. GROWTH ni boleh dilihat dengan mata kasar atau dengan data (nombor). Tak boleh mendatar. Kalau mendatar lama kelamaan akan hilang. Cari peluang yang ada sama ada jimatkan kos atau collaboration dgn pembekal atau pelanggan. Kita bantu orang lain, secara tak langsung kita improvekan diri sendiri.

So macam mana nak dapatkan DATA ni??. Kalau dah berniaga kenalah ada akaun. Disitulah terciptanya dan terbitnya segala data yang menceritakan segala s**a duka bisness anda. Kalau korang ada akauntan sendiri, tanyalah dia. Tapi kalau korang tak ada.....klik jelah link bawah ni.

http://www.wasap.my/60164143211/saya_nak_info_pasal_akaun_perniagaan

Nota Kewangan Orang berniaga kena ada penyata kewangan atau bahasa mudahnya akaun. Bukan akaun yang buka di bank ye.Apa ...
05/02/2021

Nota Kewangan

Orang berniaga kena ada penyata kewangan atau bahasa mudahnya akaun. Bukan akaun yang buka di bank ye.

Apa itu Penyata Kewangan??
Penyata kewangan ini adalah alat atau tools untuk mengukur prestasi (akaun untung rugi/penyata pendapatan) dan nilai perniagaan (Kunci kira-kira). Ianya lebih kepada merekodkan urusniaga atau transaksi yang dah berlaku.

Jadi, apa gunanya penyata kewangan ni?
1. Untuk pemilik perniagaan itu sendiri.
Bis owner boleh tahu hala tuju bisnes samada menurun atau mendatar atau berkembang. So boleh decide.

2. Pihak ke-3
Bank, LHDN, Pelanggan, M*F, pelabur.
Ini lebih kepada kepentingan pihak ke-3. Contohnya macam Bank sebelum nak bagi pinjam duit, dia nak tengok samada perniagaan pemohon okay ke tidak.

Okay. Itu dulu. Nanti cerita lain.

Perlukan info lebih, PM kami segera, http://www.wasap.my/60164223211/saya_nak_info

Ingat ye para Majikan semua, bulan ni hantar EA form kepada para pekerja anda. Tarikh akhir 28 Feb ni. Bulan depan E for...
05/02/2021

Ingat ye para Majikan semua, bulan ni hantar EA form kepada para pekerja anda. Tarikh akhir 28 Feb ni.

Bulan depan E form p**a tau. Tarikh akhir 31 Mac.

Tak tau pun apa benda ni, PM kami untuk bantuan dan pertanyaan.
http://www.wasap.my/60164223211/saya_nak_info_cukai

Ilmu Per-Cukai-anNo 1. Tax atas kerja makan gaji. Kena isi borang BE. Kalau orang niaga (enterprise), Borang B. Bawah ku...
29/08/2020

Ilmu Per-Cukai-an

No 1. Tax atas kerja makan gaji. Kena isi borang BE. Kalau orang niaga (enterprise), Borang B. Bawah kuasa LHDN

No 2. Tax atas jualan. Biasanya orang niaga kena declare. Ada nilai ambang so tak semua kena. GST @ Sales Tax @ Service Tax. Bawah kuasa Kastam.

No 3. Tax atas income atau harta yg diwarisi atau tunggakan cukai si Mati. Waris kena bantu selesaikan.

Usahawan sekalian, jangan lupa tau. Seminggu sahaja lagi. Nak kami bantu, hubungihttp://www.wasap.my/60164143211
24/08/2020

Usahawan sekalian, jangan lupa tau. Seminggu sahaja lagi. Nak kami bantu, hubungi

http://www.wasap.my/60164143211

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan untuk mengemukakan borang B bagi tahun taksiran 2019 selewat-lewatnya, 31 Ogos ini.

Sekiranya Anda mempunyai satu atau lebih masalah diatas, bolehlah hubungi kami 0164143211 Puan Wahida @ whatsapp di bawa...
23/08/2020

Sekiranya Anda mempunyai satu atau lebih masalah diatas, bolehlah hubungi kami 0164143211 Puan Wahida @ whatsapp di bawah:

https://bit.ly/AkaunDanCukai

Address

Rawang
48000

Telephone

+60164143211

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Kewangan Akaun & Cukai Untuk Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share