Kraftangan Selangor

Kraftangan Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kraftangan Selangor, No. 1 KM 20, Jalan Ipoh/Rawang, Taman Rekreasi Templer, Rawang.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W'MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI' Semoga penghayatan Maulidur Rasul S.A.W. menyemai sikap ...
25/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W
'MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI'

Semoga penghayatan Maulidur Rasul S.A.W. menyemai sikap hormat-menghormati dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Marilah kita meneladani akhlak mulia Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Kraftangan Malaysia







24/08/2026

Promosi Kraf Malaysia 2026 menghimpunkan 12 usahawan kraf terpilih yang menampilkan pelbagai produk kraf tempatan yang unik dan eksklusif.

📅 19 - 31 Ogos 2026

📍 Main Atrium, KL East Mall

🛍️ Beli terus daripada usahawan

🏺Saksikan keunikan kraf Malaysia

🎨 Sertai aktiviti interaktif yang menarik

Setiap produk mempunyai cerita, seni dan identiti yang tersendiri. Mari bersama menyokong penggiat industri kraf tempatan.


18/08/2026

✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 DI KL EAST MALL, KUALA LUMPUR ✨

Jom meriahkan program Promosi Kraf Malaysia 2026!
📅 19 – 31 Ogos 2026
📍 Main Atrium, KL East Mall, Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang program:

🛍️ Jualan Produk Kraf
Dapatkan pelbagai produk kraf hasil tangan usahawan kraf tempatan.

🎨 Interaktif Kraf
Cuba sendiri pengalaman menghasilkan kraf dengan aktiviti interaktif yang menarik dan menyeronokkan.

🏺 Pameran Kraf
Menampilkan Keunikan, Keaslian, dan Eksklusif produk kraf tempatan yang dipamerkan dengan berkonsepkan ’Ini Kraf Malaysia’

Jangan lepaskan peluang untuk menyokong usahawan kraf tempatan serta mendapatkan produk kraf yang unik dan istimewa!

Sokong Kraf Malaysia, Lestarikan Warisan Kita!

Jom Sertai Lawatan Berpandu Berkumpulan Sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026!Saksikan keunikan kraf tem...
18/08/2026

Jom Sertai Lawatan Berpandu Berkumpulan Sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026!

Saksikan keunikan kraf tempatan dan antarabangsa dalam satu festival besar.
📆 24 Sept - 5 Okt 2026
⏰ 10.00 Pagi - 10.00 Malam
📍 Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Aktiviti Menarik Menanti Anda:
* Padanan Perniagaan
* Jualan Produk Kraf
* Pameran Kraf
* Demonstrasi Kraf
* Ekspresi & Eksplorasi Kraf
* Peragaan Fesyen Antarabangsa
* Seminar Kraf Antarabangsa
* Interaktif Kraf
* Persembahan Kesenian
* Aktiviti Galakan Pengunjung

Daftar Sekarang!

* Lawatan Berkumpulan: https://forms.gle/FMeK56hHsr8ogTsq5

* Pertandingan Koir: https://forms.gle/GzUyBt9xJmsTZtbt5

Info lanjut: Layari www.micf.com.my atau DM kami di media sosial.

Masuk adalah percuma. Jumpa anda di sana!






✨ MAKMAL PEMBANGUNAN DAN PENGELUARAN PRODUK KRAF BATIK TANAH LIAT (FASA 3) DI BAWAH PROJEK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KOMUNIT...
13/08/2026

✨ MAKMAL PEMBANGUNAN DAN PENGELUARAN PRODUK KRAF BATIK TANAH LIAT (FASA 3) DI BAWAH PROJEK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KOMUNITI (PPKK) OKU KLANG, SELANGOR ✨

Makmal Pembangunan & Pengeluaran Produk Kraf Batik Tanah Liat (Fasa 3) anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan (KMCSWP) telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Ogos 2026 bertempat di Bengkel Daya Klang, Selangor.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 13 orang peserta dengan memberi fokus kepada penghasilan kraf batik tanah liat. Sepanjang program, para peserta turut didedahkan dengan teknik batik tiga lapis yang mampu menghasilkan produk yang lebih kreatif, berkualiti tinggi serta berpotensi untuk dipasarkan.

Program ini melibatkan seramai 13 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berbakat, dengan fokus kepada penghasilan kraf batik tanah liat. Sepanjang berlangsungnya program, para peserta diberi peluang mendalami teknik batik tiga lapis dalam menghasilkan karya yang lebih kreatif, berkualiti tinggi, serta berpotensi untuk diketengahkan ke pasaran.

Program ini telah dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Puan Rozita binti Harun dari Riztiney Batik bersama pereka dari KMCSWP.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cik Nurul Amirah binti Mohd Sobbri, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor & Wilayah Persekutuan, serta Puan Amira Syafiqah binti Talib, Pengurus Bengkel Daya Klang, Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan mereka.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan segala ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta sebagai langkah menjana pendapatan melalui penghasilan produk kraf. Penyertaan ini membuktikan bahawa bakat pelajar OKU mampu menyerlah dalam pelbagai cabang kemahiran.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, tenaga pengajar, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini!




13/08/2026

Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf batik tanah liat (Fasa 3) di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Oku, Klang, Selangor






INFO KRAF KMCSWP........................................Pernah dengar tentang sulaman goyang? Jom hayati keistimewaan su...
13/08/2026

INFO KRAF KMCSWP........................................

Pernah dengar tentang sulaman goyang? Jom hayati keistimewaan sulaman goyang.

Semoga bermanfaat!



INFO KRAF KMCSWP........................................Apa Itu Kebaya Anak Malaysia? Kebaya Anak Malaysia dihasilkan de...
10/08/2026

INFO KRAF KMCSWP........................................
Apa Itu Kebaya Anak Malaysia?
Kebaya Anak Malaysia dihasilkan dengan motif yang diinspirasikan oleh keharmonian kebangsaan Malaysia, mencerminkan kepelbagaian kaum dalam kalangan anak-anak Malaysia sempena meraikan Hari Kemerdekaan. Jom hayati apa itu Kebaya Anak Malaysia.
Semoga bermanfaat!


Address

No. 1 KM 20, Jalan Ipoh/Rawang, Taman Rekreasi Templer
Rawang
48000

Telephone

0360916564

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraftangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share