30/07/2022
Smart-Key : Keyless vs Careless
SA : "Dua2 kunci hilang?"
Suami : "Iye, encik.."
SA : "Allah bang, xpernah lagi customer saya hilang dua2 kunci.."
****************************************
Saya xpernah buat public posting sebegini. Tapi kali ini, saya rasa patut untuk berkongsi pengalaman ini bersama semua.
16 Julai 2022,
Dalam keadaan engine yang masih hidup waktu itu, perkara pertama yang kami buat bila dah PUAS berusaha mencari dan menjejaki kunci, ialah call SA.
Penting untuk kita tahu, setelah engine dihidupkan, kereta memang boleh bergerak jauh walaupun TANPA kunci, selagi engine TIDAK dimatikan! Bayangkan apa yang boleh berlaku sekiranya kita tinggalkan kereta dalam keadaan engine yang masih hidup dan kereta xberkunci, walaupon kuncinye kita dah bawa keluar bersama. (Kereta xboleh kunci dari luar kalau engine masih hidup, kan?).
Selepas call SA, dalam keadaan engine yang masih hidup juga, kami call SC tanyakan procedure untuk keadaan kami waktu itu. Perlu atau tidak bawa kereta ke SC terus, sebab kalau dah matikan engine, kereta memang xboleh nak dihidupkan semula. Malangnya, SC cakap "Xboleh encik, sebab xada tempat parking. Kalau order set kunci yang baru, akan ambil masa dalam seminggu.." Jadi terpaksalah, masukkan kereta ke tempat parking di rumah, dan matikan engine..
Bermulalah episode mencari segala macam maklumat berkenaan kunci yang hilang. Selain bertanya kawan2 dan kenalan, kami buat carian "kunci" di group ini. Semua post berkaitan kunci kami semak komen2nye satu persatu. Dapat sedikit gambaran.
Dalam pada sibuk mencari information, SC pun hantar anggaran kasar untuk buat semula kunci yg baru :
"TRANSMITTER, ELECTRICAL KEY
(RM 882.40) X2
89994-B6011
CYLINDER & KEY SET (RM 42.80)
69005-BZD70
LABOUR (RM26.50)"
Bersedialah kami..
Kwn2 juga banyak membantu. Tanya kenalan dan rakan2. Ada juga yg sanggup berikan kereta mereka untuk dipinjam. (Macciihhh, geng! Syg korg..) Baru saya tahu, rupa2nya ada insurance yang termasuk cover untuk kunci sampai RM1k. (Rujuk gambar 2) Wow!! Cepat2 saya check cover note saya. Oh, tidak!! TIADA.
Saya dan suami sibuk cari maklumat merata2 :
1. Beli/Buat kunci 1 set di luar, setting semua di luar.