JOM TRADE

JOM TRADE WELCOME

[Checklist Sebelum Membeli Sesuatu Saham]🔶 Ramai pelabur yang baru menceburi bidang pelaburan saham tidak faham lagi apa...
08/10/2025

[Checklist Sebelum Membeli Sesuatu Saham]
🔶 Ramai pelabur yang baru menceburi bidang pelaburan saham tidak faham lagi apa yang sedang mereka lakukan.
🔶 Masih ramai yang membeli saham tanpa perancangan. Masa membeli tidak fikir panjang, beli pun sebab dengar buy call orang lain.
🔶 Setelah beli, baru nak fikir apa tindakan seterusnya yang perlu dilakukan, terutamanya bila portfolio tengah rugi. Ini antara sebab kenapa ramai pelabur kecundang dalam pasaran saham.
🔶 Bagi mengelakkan situasi seperti ini terjadi, setiap pelabur MESTI bersedia dengan jawapan kepada persoalan-persoalan di bawah sebelum bertindak untuk membeli sesuatu saham.
♦️ Checklist sebelum membeli sesuatu saham:

1. Berapa target Return On Investment (ROI) yang nak dicapai?

Contoh:
▪︎ 5% ROI dalam tempoh 1 minggu?
▪︎ 20% dalam tempoh 1 bulan?
▪︎ 40% dalam tempoh 1 tahun?
2. Dalam banyak-banyak saham yang tersenarai di Bursa Malaysia, kenapa anda pilih untuk beli saham ni?
3. Nak guna teknik apa untuk membeli saham?

▪︎Buy on breakout?
▪︎Buy on support?
▪︎Buy on dip?
4. Nak beli pada harga berapa?
5. Kalau trading tak jadi, nak cut loss pada harga berapa?
6. Kalau trading jadi, nak ambil profit pada harga berapa?
7. Berapa nisbah risk dan reward? Berbaloi atau tidak?

▪︎Reward yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya 2 kali ganda melebihi risk, baru berbaloi untuk trade.
🔶 Hanya setelah anda mempunyai jawapan untuk semua persoalan di atas, baru anda sudah cukup bersedia untuk membeli saham.
🔶 Bila dah bersedia macam ni, lepas ni tak perlu lagi nak tanya sana sini untuk dapatkan pandangan tentang saham yang anda sedang pegang.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]🔸 Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jen...
07/10/2025

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]
🔸 Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jenis trend yang wajib dikenalpasti oleh setiap pelabur iaitu uptrend, sideways trend dan downtrend.
🔸 3 jenis trend ini telah dikupas dengan lebih mendalam dalam posting kami sebelum ini. Rujuk link berikut untuk penjelasan lanjut mengenai 3 jenis trend ini.

♦ Ramai trader yang sudah bertahun-tahun trade tetapi sampai sekarang masih belum berjaya dapatkan keuntungan konsisten....
06/10/2025

♦ Ramai trader yang sudah bertahun-tahun trade tetapi sampai sekarang masih belum berjaya dapatkan keuntungan konsisten. Malah, modal pelaburan yang hilang disebabkan kerugian yang dialami sebelum ini juga masih belum berjaya diganti.
♦ Ini menunjukkan praktis semata-mata tidak menjanjikan anda boleh berjaya memperolehi keuntungan dalam pasaran saham.
♦ Jika anda tidak praktis menggunakan cara yang betul, anda akan kekal berada di tahap yang sama walau berapa lama pun masa yang anda habiskan untuk praktis.
♦ Elemen paling utama dalam praktis melabur ialah belajar daripada setiap trade yang anda lakukan.

▪ Jika anda untung, pastikan anda tahu apa yang menyebabkan anda untung.

▪ Begitu juga dengan kerugian, jika anda rugi kenalpasti punca kesilapan yang telah anda lakukan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.
♦ Macam mana nak tahu anda praktis dengan cara yang betul atau tidak?

▪ Anda boleh kenalpasti melalui trading performance anda.

▪ Jika anda berjaya dapatkan keuntung konsisten dan modal asal pelaburan anda berjaya digandakan, maka anda sudah berada di landasan yang betul.

▪ Tetapi, jika sehingga sekarang anda masih belum jumpa rentak untuk memperolehi keuntungan konsisten dan modal asal pelaburan anda semakin hari semakin susut walaupun anda sudah lama dalam pasaran saham, ini bermakna anda perlu segera lakukan sesuatu untuk memperbaiki cara praktis yang anda gunakan selama ini.

▪ Ambil tindakan segera untuk menambah ilmu pelaburan saham. Cari mentor yang sesuai jika anda perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.
♦ Ingat satu sahaja. Selagi anda tidak terfikir untuk berhenti trade selagi itu anda masih mempunyai peluang yang cerah dan luas untuk berjaya dalam pelaburan saham.

[Disiplin Trader Vs Emosional Trader]🔸 Selain daripada teknik dan strategi yang digunakan dalam trading, emosi memainkan...
04/10/2025

[Disiplin Trader Vs Emosional Trader]
🔸 Selain daripada teknik dan strategi yang digunakan dalam trading, emosi memainkan peranan yang jauh lebih penting dalam menentukan kejayaan setiap individu dalam pasaran saham.
🔸 Emosi mempengaruhi 80% daripada setiap keputusan pelaburan yang diambil oleh seseorang pelabur.
🔸 Jika anda sudah belajar bermacam-macam ilmu trading, tetapi masih belum mendapat hasil yang memuaskan, cuba anda renungkan semula, bagaimana karakter anda semasa trading? Adakah anda termasuk kategori tader yang berdisiplin atau trader yang beremosi?
🔸 Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam pasaran saham, jika emosi punca kepada masalah anda, maka mahu tidak mahu anda perlu belajar untuk disiplin dalam setiap trading yang dilakukan.
🔸 Berlatih mengawal emosi bukanlah perkara yang mudah dan untuk berjaya mengawal emosi memerlukan masa yang agak lama bergantung kepada penerimaan setiap individu.

Sentiasa berpegang kepada matlamat asal anda. Tidak mengapa jika rancangan anda tidak menjadi, kerana anda akan sentiasa...
03/10/2025

Sentiasa berpegang kepada matlamat asal anda. Tidak mengapa jika rancangan anda tidak menjadi, kerana anda akan sentiasa mempunyai peluang untuk memperbaiki perancangan tersebut selagi mana anda tidak pernah berhenti mencuba.
Susah ke pelaburan saham ni? Ya, susah jika anda tidak mempunyai ilmu. Ramai pelabur yang sudah ada ilmu pun masih rasa pelaburan saham ini susah. Maka kesimpulannya, bukan hanya anda perlukan ilmu, malah anda juga perlukan bimbingan yang betul.
Bimbingan ini penting untuk membantu mengenalpasti apa kesilapan dan apa lagi tindakan yang boleh dilakukan untuk improve trading performance anda. Seterusnya, usaha anda sendiri yang bakal meletakkan sejauh mana anda mampu pergi dalam bidang pelaburan saham ini.
Jangan bazirkan masa, tenaga dan wang ringgit yang telah anda korbankan selama ini. Anda sudahpun mulakan perjalanan dalam bidang pelaburan saham ini, maka teruskan sehingga target yang anda mahukan tercapai.

[Bagaimana Menjana Keuntungan Secara Capital Gain Dalam Pelaburan Saham]⚡ Dalam pelaburan saham, terdapat beberapa cara ...
03/10/2025

[Bagaimana Menjana Keuntungan Secara Capital Gain Dalam Pelaburan Saham]
⚡ Dalam pelaburan saham, terdapat beberapa cara yang membolehkan pelabur menjana keuntungan. Antara cara yang popular digunakan oleh pelabur ialah melalui capital gain (keuntungan modal) dan dividen.
⚡ Rujuk posting berikut untuk mengetahui bagaimana pelabur menjana keuntungan melalui dividen.

Masih ada ke yang berminat nak melabur saham tetapi takut kena kata dengan kawan-kawan?Selagi anda jadikan pendapat oran...
02/10/2025

Masih ada ke yang berminat nak melabur saham tetapi takut kena kata dengan kawan-kawan?
Selagi anda jadikan pendapat orang lain sebagai faktor yang menentukan perjalanan hidup anda, susah anda untuk terus maju ke hadapan.
Percaya kepada diri anda sendiri. Abaikan kata-kata negatif yang melemahkan semangat anda untuk mencapai kejayaan.
Kehidupan kita tanggungjawab kita. Buktikan mereka salah dengan menunjukkan hasil yang anda perolehi daripada jalan yang anda pilih.

[Apakah Yang Dimaksudkan dengan Average Down? Bagus Ke Tak Bagus Untuk Dilakukan?]⚡ Adakah anda biasa dengar istilah ave...
01/10/2025

[Apakah Yang Dimaksudkan dengan Average Down? Bagus Ke Tak Bagus Untuk Dilakukan?]
⚡ Adakah anda biasa dengar istilah average down sepanjang terlibat dalam pelaburan saham? Mungkin masih ramai daripada anda yang belum faham apakah average down ni terutamanya dikalangan pelabur baru.
⚡ Apakah Average Down?

♦ Average down merupakan suatu strategi pelaburan dimana pelabur membeli lagi saham yang telah dimiliki dengan harga yang lebih rendah dari sebelumnya, menjadikan jumlah pegangan saham yang dimiliki semakin bertambah.

♦ Contoh:

▪ Pelabur A membeli saham syarikat DEQ sebanyak 10,000 unit pada harga RM0.680 sesaham. Tidak lama kemudian, didapati harga saham DEQ menurun. Pelabur A merasakan saham syarikat DEQ masih mempunyai potensi besar untuk membuat kenaikan harga yang jauh lebih tinggi pada masa hadapan berdasarkan kajian yang dilakukan. Oleh demikian, Pelabur A membeli lagi saham DEQ sebanyak 10,000 unit pada harga RM0.610 sesaham.

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]🔸 Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jen...
01/10/2025

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]
🔸 Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jenis trend yang wajib dikenalpasti oleh setiap pelabur iaitu uptrend, sideways trend dan downtrend.
🔸 3 jenis trend ini telah dikupas dengan lebih mendalam dalam posting kami sebelum ini. Rujuk link berikut untuk penjelasan lanjut mengenai 3 jenis trend ini.

1. Uptrend

https://www.facebook.com/105917370952268/posts/271558101054860/

⚡ Antara cara cepat untuk belajar membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham ialah dengan melakukan post-...
30/09/2025

⚡ Antara cara cepat untuk belajar membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham ialah dengan melakukan post-analysis.
⚡ Anda wajib mempunyai trading journal untuk mencatat semua maklumat trade yang telah anda lakukan. Peruntukkan masa untuk membuat post-analysis bagi setiap trade tersebut. Anda perlu tahu kenapa anda untung dan kenapa anda rugi.
⚡ Jika anda tidak dapat mengenalpasti masalah anda, anda boleh bertanya kepada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman. Jika anda tidak tahu apa kesilapan anda, anda akan cenderung untuk terus melakukan kesilapan yang sama.
⚡ Jangan bazirkan masa dan modal pelaburan begitu sahaja. Anda perlu trade dengan bijak. Tidak mengapa jika proses anda lebih lambat daripada orang lain, asalkan anda tidak berhenti dan terus melangkah ke hadapan.

[BAGAIMANA NAK DAPATKAN KETENANGAN DALAM PELABURAN SAHAM?]🟠 Dalam pelaburan saham, pelbagai emosi anda dapat rasa. Bagi ...
29/09/2025

[BAGAIMANA NAK DAPATKAN KETENANGAN DALAM PELABURAN SAHAM?]
🟠 Dalam pelaburan saham, pelbagai emosi anda dapat rasa. Bagi pelabur baru, kebiasaannya pasti akan rasa takut nak mulakan membeli saham.
🟠 Walaupun dah nampak saham berpotensi berdasarkan ilmu yang dipelajari, kebanyakan pelabur terutamanya pelabur baru pasti akan teragak-agak untuk entry dan tidak dapat lari dari berfikir “Macam mana kalau rugi bila beli saham ni?”
🟠 Antara dilema yang pelabur tidak dapat elakkan ialah menentukan tindakan apa yang patut diambil ketika dalam kerugian. Nak hold? Nak jual?
🟠 Dah tahu dah harga saham yang dipegang telah turun memecahkan paras support, tetapi masih tak dapat buat keputusan nak buat apa disebabkan tidak mahu menanggung kerugian.
🟠 Akhirnya kerugian semakin besar, dan mula timbul harapan “harap-harap harga saham ni naik balik, dapat kurangkan loss pun jadi la”.
🟠 Adakah anda pernah mengalami pengalaman seperti ini?
🟠 Bagaimana nak dapatkan ketenangan dalam pelaburan saham? Mulakan dengan fikirkan secara terperinci perkataan "RISIKO”. Ketenangan dalam pelaburan saham sangat berkait rapat dengan kefahaman dan penerimaan anda tentang risiko.
🟠 Semasa membuat trading plan sebelum membeli saham, anda pasti sudah tentukan dimana paras support. Persoalannya:

▪ Adakah anda faham apa kaitan support dengan risiko?

▪ Adakah anda betul-betul faham berapa risiko yang perlu anda tanggung?

▪ Adakah anda sudah terjemahkan paras risiko tersebut dalam Ringgit Malaysia (RM)?

▪ Adakah anda betul-betul bersedia dan rela untuk kehilangan jumlah (RM) tersebut?
🟠 Jika anda betul-betul jelas dengan konsep risiko, tidak akan muncul masalah takut untuk membeli saham atau gelisah nak buat keputusan apabila anda sedang dalam kerugian.
🟠 “When you genuinely accept the risks, you will be at peace with any outcome.” – Mark Douglas-
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

🔸 Salah satu cara untuk mempercepatkan proses pembelajaran ilmu pelaburan saham bagi membolehkan seseorang pelabur menja...
27/09/2025

🔸 Salah satu cara untuk mempercepatkan proses pembelajaran ilmu pelaburan saham bagi membolehkan seseorang pelabur menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham ialah dengan mencari mentor yang boleh memberikan tunjuk ajar.
🔸 Kebiasaannya, mentor akan memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui sepanjang terlibat dalam dunia pelaburan saham. Ini akan menjimatkan masa pelabur baru, dimana pelabur baru tidak lagi perlu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh pelabur-pelabur sebelum ini.
🔸 Namun, banyak berlaku kejadian dimana perkara yang ditegah untuk dilakukan itulah yang tetap akan dilakukan oleh pelabur baru. Selepas mengalami sendiri kerugian, barulah seseorang pelabur itu akan faham apa yang dikongsikan dan dimaksudkan oleh mentor mereka sebelum ini.
🔸 Tidak mengapa jika anda lakukan kesilapan, ianya merupakan suatu proses pembelajaran. Tetapi, pastikan anda belajar dari setiap kesilapan yang dilakukan dan cuba sehabis baik untuk tidak rugikan masa dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali.
🔸 Jangan ambil ringan pengurusan kewangan ketika memulakan pelaburan saham. Mulakan melabur dengan modal yang kecil supaya anda tidak perlu membayar yuran pembelajaran dengan harga yang mahal.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

Address

G Ibu Pejabat Risda Jalan Ampang Batu 4 1/2 Kuala Lumpur
Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JOM TRADE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share