23/04/2025
Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadang kala dipandang sebagai suatu yang amat negatif dalam kehidupan.
Tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tidak kira sehebat manapun persiapan yang dilakukan tetap akan wujud keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Ramai yang takut berbuat salah atau silap kerana merasakan ada celoreng hitam dalam perjalanan hidup.
Kadang kala kita perlu buka minda kita dan memandang kegagalan itu daripada sudut pandangan yang berbeza.
Ada ketika kita berasa bahawa kita sudah cukup bersedia sampaikan tahap yang kita sudah benar-benar memahami atau melakukan sesuatu perkara.
Misalnya seseorang berasakan bahawa dia sudah boleh memahami setiap chapter yang dipelajari dan menghafalnya. Bagi tugasan kerja, dia merasakan bahawa dia sudah mampu untuk melakukan apa sahaja tugas-tugas yang mendatang.
Namun, tiba-tiba kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham adalah tidak tepat. Apa yang kita sudah siap sedia rupanya tidak kena dengan apa yang diinginkan dalam sesuatu pekerjaan.
Kita tersalah.
Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.
Jikalau keimanan itu bersama kita, kita akan bersangka baik dengan Allah SWT.