Muhammad Uzair - Financial Advisor

Muhammad Uzair - Financial Advisor FINANCIAL ADVISOR - Advisor,Financial Planning,Estate Planning,Wealth,Management,Asset Preservation

Apakah Maksud Ko-Takaful atau Ko-InsuransKo-Takaful atau Ko-Insurans (Co-Takaful/Co-Insurance) adalah Perjanjian Perkong...
12/07/2024

Apakah Maksud Ko-Takaful atau Ko-Insurans

Ko-Takaful atau Ko-Insurans (Co-Takaful/Co-Insurance) adalah Perjanjian Perkongsian Kos Bersama di antara Pelanggan dan Syarikat Takaful.

Bermakna, sekiranya anda mempunyai Pelan Medical Card yang mempunyai fungsi Ko-Takaful, selepas anda selesai mendapat rawatan, apabila Bil Rawatan dikeluarkan, anda perlu menanggung sebahagian daripada jumlah kos dan Syarikat Takaful akan menanggung sebahagian yang lain.

Boleh dikatakan hampir semua Syarikat Takaful yang mengeluarkan Pelan Medical Card menawarkan fungsi Ko-Takaful.

Perjanjian ini tertakhluk kepada Penetapan Peratusan (%) dari Jumlah Segala Kos Rawatan.

Berapa Kos atau Caj Ko-Takaful?

Kos Ko-Takaful adalah berbeza bagi setiap Syarikat Takaful. Ada Syarikat Takaful yang menetapkan 20%. Ada yang menetapkan 10%. Ada juga menawarkan Ko-Takaful Sifar (Tiada Ko-Takaful).

Adalah digalakkan untuk anda sebagai Pelanggan bertanya dan mengesahkan secara terperinci dengan Perunding Takaful anda, atau meneliti Buku Polisi Pelan Takaful dahulu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital.

Kos ini akan dikenakan atau dibayar apabila anda menerima Bil Akhir Kos Rawatan.

Contoh Kiraan Kos atau Caj Ko-Takaful

Contoh 1 :
A mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful 20%. A sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Maka, Kos Ko-Takaful adalah RM2,000. Jumlah ini perlu ditanggung oleh A. Manakala 80% lagi (RM8,000) akan ditanggung oleh Syarikat Takaful.

Contoh 2 :
B mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful 10%. B sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Maka, Kos Ko-Takaful adalah RM1,000. Jumlah ini perlu ditanggung oleh B. Manakala 90% lagi (RM9,000) akan ditanggung oleh Syarikat Takaful.

Contoh 3 :
C mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful Sifar (Tiada Ko-Takaful). C sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Tiada Kos Ko-Takaful akan dikenakan. Maka, segala kos rawatan akan ditanggung oleh Syarikat Takaful sepenuhnya.

Kebaikan Ko-Takaful

Ia dapat mengurangkan atau menurunkan Harga Caruman Bulanan atau Tahunan bagi Pelan Medical Card. Harga Medical Card Tanpa Ko-Takaful adalah jauh lebih tinggi dari Medical Card yang mempunyai fungsi Ko-Takaful.

Keburukan Ko-Takaful

Ia menyebabkan anda perlu mengasingkan sejumlah wang tunai di dalam Tabung Kecemasan sendiri bagi tujuan pembayaran Caj Ko-Takaful jika anda mendapatkan rawatan di hospital.

Kekeliruan Biasa Berkenaan Ko-Takaful

Adakah Ko-Takaful sama dengan Caj Deposit Hospital?
Tidak sama. Caj deposit hospital adalah caj yang dikenakan di sesetengah hospital bagi sebab-sebab tertentu. Caj deposit akan dipulangkan setelah Bil Akhir Rawatan diterima.
Adakah Ko-Takaful sama dengan Deduktibel?
Tidak sama. Caj deduktibel adalah caj tetap yang perlu ditanggung oleh Pelanggan yang perlu dibayar sebelum anda mendapatkan rawatan di Hospital.
Istilah Ko-Takaful bukanlah perkara yang asing. Anda tidak perlu panik. Yang wajar anda buat adalah dengan meneliti kembali dan mengesahkan samaada Pelan Medical Card anda mempunyai fungsi tersebut atau tidak.

Jika ada, bermakna anda telah mendaftar Pelan Medical Card yang murah berbanding Medical Card tanpa fungsi tersebut Dan jangan lupa untuk mengasingkan sejumlah wang dalam Tabung Kecemasan.

Jika tidak, bermakna anda mempunyai Pelan Medical Card yang eksklusif.

Paling penting, anda wajib ada Pelan Medical Card. Dan pilihlah pelan yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda.

Kredit : LifeTakaful

*SARA 2024: Kadar bantuan isi rumah naik RM1,200*
20/01/2024

*SARA 2024: Kadar bantuan isi rumah naik RM1,200*

Kuala Lumpur: Kerajaan MADANI menaikkan kadar bantuan untuk isi rumah menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM1,200 tahun ini berbanding RM600 pada 2023 manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600.

BBQ time    #2022
07/07/2022

BBQ time #2022

Kick off 2022/2023
06/07/2022

Kick off 2022/2023

06/07/2022
01/07/2022

Free consultation
24/06/2022

Free consultation

Morning
23/06/2022

Morning

Jom urus kewangan 012-9329047
22/06/2022

Jom urus kewangan 012-9329047

Alhamdulillah
22/06/2022

Alhamdulillah

Pakej simpanan hibah tanggung kos pengurusan harta pusakaTidak perlu lagi risau tentang kos pengurusan harta pusaka sete...
17/06/2022

Pakej simpanan hibah tanggung kos pengurusan harta pusaka

Tidak perlu lagi risau tentang kos pengurusan harta pusaka setelah meninggal dunia.

Semakin banyak harta semakin tinggi kos pengurusan yang perlu ditanggung oleh waris .

Call / Whatsaap : 012-9329047
Muhammad Uzair

Address

Connection Commercial Persiaran IRC 3
Putrajaya
62502

Telephone

+60129329047

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Uzair - Financial Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhammad Uzair - Financial Advisor:

Share