Lumina Sdn Bhd

Lumina Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lumina Sdn Bhd, Investing Service, 1St Floor Wisma Sharani Lrg Raja Bot Kuala Lumpur, Putrajaya.

Anda geng yang mana satu?A : Target nak untung sikit-sikit secara kerap (kalau boleh hari-hari)B : Target nak untung bes...
22/04/2025

Anda geng yang mana satu?

A : Target nak untung sikit-sikit secara kerap (kalau boleh hari-hari)

B : Target nak untung besar sesekali

Gelombang Pertama Tarif Trump: Dunia Mula Rasa GegarannyaTiga minggu lepas, Presiden Donald Trump “lancar perang” dagang...
21/04/2025

Gelombang Pertama Tarif Trump: Dunia Mula Rasa Gegarannya
Tiga minggu lepas, Presiden Donald Trump “lancar perang” dagangan ke seluruh dunia. Kini, kita bakal lihat kesan awalnya mula timbul satu demi satu. Satu demi satu laporan ekonomi dari pelbagai negara — dari Jepun ke Eropah sampai ke Amerika sendiri — akan mendedahkan bagaimana tindakan AS ini mula memberi kesan pada ekonomi global.
IMF dah bagi bayangan akan turunkan unjuran pertumbuhan global bila laporan rasmi keluar minggu depan. IMF juga jangka inflasi akan naik di beberapa negara. Tapi mereka juga bagi amaran — kalau ketidaktentuan ni berlarutan, kita mungkin bakal lihat tekanan besar dalam pasaran kewangan.
🔰Apa yang menakutkan?
Sejarah tunjuk, bila krisis besar berlaku, unjuran awal IMF selalu terlebih “optimistik”. Biasanya kesan sebenar lebih teruk dari jangkaan. Bloomberg Economics pun kata, krisis-krisis besar sebelum ini buktikan bahawa impak sebenar selalu lebih besar daripada apa yang disebut dalam ramalan awal.
Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, kata mereka tak tergesa-gesa ubah dasar kewangan. Mereka tunggu dan lihat. Sementara tu, Presiden ECB Christine Lagarde pun belum pasti sama ada ketidaktentuan ni dah sampai kemuncaknya atau belum. Ringkasnya, semua pemain besar dalam ekonomi global tengah ‘berjaga-jaga’.
IMF harap, perjumpaan G20 minggu ni boleh bantu redakan ketegangan. Tapi ramai tahu, harapan dan realiti selalunya tak seiring dalam dunia geopolitik.

🔰Rangkuman Global: Apa yang Akan Datang?
1. Amerika Syarikat & Kanada
• Data keyakinan pengguna AS dan tempahan barangan tahan lama akan beri gambaran sejauh mana rakyat rasa terkesan.
• Fed’s Beige Book akan kupas cerita sebenar dari lapangan — macam mana syarikat kecil dan besar hadapi dasar kerajaan.
• Di Kanada, pilihan raya semakin hampir. Isu perdagangan AS-Kanada jadi topik panas, dan data jualan runcit bakal beri petunjuk tentang kekuatan belanja rakyat.
2. Asia Pasifik
• China dijangka kekalkan kadar pinjaman utama. Indonesia dan Filipina akan umumkan data imbangan pembayaran.
• Tengah minggu: Bank pusat Indonesia dijangka kekalkan kadar faedah untuk lindungi nilai Rupiah.
• Data PMI dari Jepun, Australia dan India akan jadi ‘thermometer’ untuk ukur kesan tarif terhadap sektor pembuatan dan perkhidmatan.
• Malaysia dan Singapura umum kadar inflasi. Korea Selatan p**a umum unjuran KDNK suku pertama.
• Jepun akan laporkan CPI Tokyo dan jualan kedai serbaneka, manakala Singapura akan umumkan harga rumah suku pertama.
3. Eropah, Timur Tengah & Afrika
• PMIs dari UK, Perancis dan Jerman akan tunjuk impak pertama tarif terhadap aktiviti ekonomi.
• Bank pusat Switzerland dan Rusia juga dalam radar. Rusia dijangka kekalkan kadar faedah tinggi buat masa ni.
• Data keyakinan pengguna dan laporan ECB mengenai gaji akan beri bayangan hala tuju dasar monetari zon Euro.
4. Amerika Latin
• Argentina, yang baru saja dapat pinjaman besar dari IMF, dijangka akan umum data pertumbuhan positif — tanda pemulihan berbentuk V.
• Colombia dan Paraguay sedang berdepan tekanan inflasi. Mungkin akan ada perubahan dasar.
• Brazil dan Mexico p**a fokus kepada data inflasi dan aktiviti ekonomi — dengan Mexico hampir masuk fasa kemelesetan teknikal.

Gelombang pertama tarif Trump baru nak mula, tapi ombak seterusnya mungkin lebih besar. Negara-negara sedang tunggu dan lihat, tapi jelas sekali, ekonomi global sekarang macam berdiri atas ais nipis. Kalau tindakan susulan dari Trump berterusan — atau jika negara lain mula ‘membalas’ — kita mungkin akan lihat bukan saja pergeseran perdagangan, tapi pergeseran keseimbangan ekonomi global secara menyeluruh.
Tarik nafas dalam-dalam. Ini baru permulaan.

5 TAHAP KEBEBASAN KEWANGANAda orang boleh capai tahap ini, ada orang belum mampu capai lagi tetapi ia tetap berusaha den...
20/04/2025

5 TAHAP KEBEBASAN KEWANGAN

Ada orang boleh capai tahap ini, ada orang belum mampu capai lagi tetapi ia tetap berusaha dengan bantuan isteri tercinta.

Usaha sama-sama dan letakkan kepercayaan pada pasangan kita.

Sediakan matlamat kewangan yang betul.

Ekonomi dunia dan Malaysia sedang tidak cantik, Bukan bermakna kita tak boleh usaha.

Paling penting, makanan sentiasa ada dalam keluarga kita.

Jangan melabur jika duit lebih banyak hilang dari simpan.

Belajar menyimpan sahaja.

Selamat berjuang suami kacak bergaya macam gorila, kita semua tunjang utama keluarga.

Selamat berusaha ibu ibu yang bantu suami, moga syurgalah tempat anda semua.

Kenapa Mak-Mak Perlu Menggoreng Guna Minyak Sawit?Minyak kelapa sawit dianggap salah satu pilihan terbaik untuk menggore...
18/04/2025

Kenapa Mak-Mak Perlu Menggoreng Guna Minyak Sawit?
Minyak kelapa sawit dianggap salah satu pilihan terbaik untuk menggoreng atau dalam masakan yang memerlukan suhu tinggi kerana:
1. **Titik Asap Tinggi**: Minyak kelapa sawit mempunyai titik asap yang tinggi, kira-kira 232°C (450°F). Titik asap yang tinggi ini membolehkan minyak kelapa sawit digunakan pada suhu tinggi tanpa mengalami oksidasi atau degradasi, yang boleh menghasilkan rasa dan bahan yang tidak dikehendaki.
2. **Kestabilan Oksidatif**: Minyak kelapa sawit sangat stabil terhadap oksidasi kerana strukturnya yang kaya dengan asid lemak tepu dan tak tepu tunggal (saturated and monounsaturated fatty acids). Kestabilan ini mengurangkan pembentukan radikal bebas dan bahan kimia berbahaya lainnya semasa proses penggorengan.
3. **Rasa Neutral**: Minyak kelapa sawit mempunyai rasa yang agak neutral, yang tidak akan mengubah rasa makanan yang digoreng. Ini membuatnya sesuai untuk pelbagai jenis masakan dan memastikan bahawa rasa asli bahan makanan kekal terjaga.
4. **Kandungan Antioksidan**: Minyak kelapa sawit mengandungi antioksidan semula jadi seperti vitamin E (terutamanya tocotrienols) dan beta-karoten, yang dapat membantu melindungi minyak daripada kerosakan oksidatif pada suhu tinggi dan juga memberikan manfaat kesihatan tambahan.
5. **Kos Efektif**: Berbanding dengan minyak lain yang mempunyai sifat yang serupa, minyak kelapa sawit seringkali lebih murah dan lebih mudah didapati, menjadikannya pilihan yang ekonomis untuk penggunaan komersil dan rumah tangga.
6. **Kebolehan Guna Semula**: Minyak kelapa sawit boleh digunakan beberapa kali untuk menggoreng tanpa kehilangan kualitinya secara signifikan. Ini bermakna ia lebih menjimatkan kos dan praktikal untuk restoran atau penggunaan industri.
Dengan semua kelebihan ini, minyak kelapa sawit menjadi pilihan yang pop**ar di banyak negara, terutamanya di Asia, untuk penggorengan dalam skala besar serta memasak harian di rumah. Namun, penting untuk memilih minyak kelapa sawit yang diproduksi secara lestari.

[6 Sebab Ramai Pelabur Rugi Dalam Pasaran Saham]♦ Dalam bidang pelaburan saham terdapat bermacam-macam teknik yang boleh...
18/04/2025

[6 Sebab Ramai Pelabur Rugi Dalam Pasaran Saham]
♦ Dalam bidang pelaburan saham terdapat bermacam-macam teknik yang boleh digunakan untuk menjana keuntungan.
♦ Beratus malah mungkin beribu teknik telah digunakan oleh pelabur dan pedagang saham seluruh dunia bergantung kepada cara dan keselesaan masing-masing untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham. Asalkan berjaya membuat keuntungan secara konsisten, maka sudah betul lah teknik yang digunakan tu.
♦ Berbeza p**a jika mengalami kerugian dalam pasaran saham. Sebenarnya masih boleh dikira beberapa sebab saja yang membuatkan anda mengalami kerugian, antaranya seperti contoh di bawah (Rujuk gambar dibawah).
♦ Jika anda sudah lama trade saham, tetapi masih belum jumpa rentak untuk menjana keuntungan secara konsisten, semak semula. Ada tak anda masih lakukan perkara-perkara seperti dibawah?
♦ Anda lebih mengenali diri anda, jika jawapannya “ya”, maka sudah tiba masanya untuk anda lakukan sesuatu. Jangan sia-siakan masa, usaha dan wang ringgit yang telah anda korbankan selama ini.
♦ Jangan mengalah terlalu awal, mana tahu disaat anda terfikir untuk berhenti, anda mungkin sudah sangat hampir dengan kejayaan.

🟣 Apabila anda mula berminat terhadap sesuatu perkara baru, pernah tak anda rasa menyesal dan terfikir...kenapalah anda ...
15/04/2025

🟣 Apabila anda mula berminat terhadap sesuatu perkara baru, pernah tak anda rasa menyesal dan terfikir...kenapalah anda tidak mulakannya dari dulu lagi?
🟣 Begitu juga dengan pelaburan saham. Ramai pelabur yang baru terlibat dengan pelaburan saham rasa menyesal kenapalah mereka tidak mula belajar melabur saham seawal mungkin.
🟣 Perasaan ini akan semakin bertambah apabila mereka dapat lihat sendiri bagaimana rakan-rakan pelabur lain yang sudah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pasaran kelihatan mudah saja membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
🟣 Ilmu dan pengalaman saja yang membezakan di antara kedua mereka. Pelabur yang anda lihat berjaya membuat keuntungan secara konsisten sekarang ni juga lalui proses yang sama seperti pelabur baru semasa diperingkat awal mereka memulakan pelaburan saham.
🟣 Jika anda baru memulakan pelaburan saham, trust the process. Fokuskan kepada bagaimana untuk menjadi pelabur yang lebih bagus pada setiap hari. Anda juga mampu berjaya seperti atau lebih daripada mereka apabila sampai masanya.
🟣 Jika anda belum mulakan belajar ilmu pelaburan saham, better late than never. Belum terlambat jika anda nak mulakan sekarang. Selagi anda mempunyai keinginan, anda pasti boleh melakukannya.
🟣 Sekarang ini semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Nak melabur saham pun boleh dilakukan hanya dihujung jari. Persoalannya, nak atau tak nak sahaja.
🟣 Tidak guna menyesal di kemudian hari. Manfaatkanlah masa yang anda miliki sekarang untuk memajukan kewangan anda dan keluarga demi kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

Nak berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu berani mengambil dan mengurus risiko.Pelabur yang takut kepada kerugian ak...
15/04/2025

Nak berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu berani mengambil dan mengurus risiko.
Pelabur yang takut kepada kerugian akan teragak-agak untuk bertindak walaupun sudah jumpa peluang yang baik di depan mata.
Belajar mengurus risiko untuk atasi rasa takut dan tidak yakin semasa melabur saham.
Jika anda faham pelaburan yang anda lakukan dan bertindak dengan ilmu yang betul, tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
Cara nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat ialah dengan memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian. Nak tahu caranya? Kenalah mempunyai ilmunya terlebih dahulu.

[Connecting The Dots]🔸 Selain ilmu, pengalaman juga merupakan satu aspek penting yang akan membantu anda untuk berjaya d...
15/04/2025

[Connecting The Dots]
🔸 Selain ilmu, pengalaman juga merupakan satu aspek penting yang akan membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.

🔸 Disebabkan ini, penting untuk anda mulakan pelaburan saham seawal mungkin.

▪ Walaupun mungkin dalam 1-3 tahun pertama anda melabur anda masih belum berjaya kembangkan modal pelaburan dengan baik, namun dalam tidak sedar anda sebenarnya sudah mempunyai ‘know how’ anda sendiri.

🔸 Pada masa ini, banyak yang sudah anda belajar. Anda sudah tahu saham mana favourite anda, anda tahu bila sepatutnya waktu terbaik untuk entry atau exit, anda tahu apa kesilapan yang menyebabkan anda rugi, anda tahu bagaimana sectoral play berlaku dalam pasaran saham, anda tahu dimana nak cari peluang melalui news dan catalyst dan lain-lain lagi.

🔸 Jika anda sudah sampai pada tahap ini, anda tinggal perlu mengawal emosi dengan baik sahaja lagi untuk berjaya membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham.

🔸 Sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan, banyak aspek yang perlu dipertimbangkan.

▪ Anda perlu kaitkan semua ilmu yang telah dipelajari (connecting the dots) untuk membuat keputusan pelaburan yang terbaik dan bersesuaian untuk anda.

▪ Dengan pengalaman proses ini akan menjadi lebih mudah kerana anda tahu memilih kriteria mana yang perlu diberikan penekanan berdasarkan situasi semasa.

📍PERCUMA - Kelas Pengenalan FCPOAnda nak belajar macam mana pasaran 2 hala boleh menjana pendapatan? Yang mana kita bole...
12/04/2025

📍PERCUMA - Kelas Pengenalan FCPO
Anda nak belajar macam mana pasaran 2 hala boleh menjana pendapatan? Yang mana kita boleh LONG atau SHORT mengikut situasi market?
Market bullish kita long, market bearish kita short!
Tapi harus ingat, FCPO ini adalah satu instrumen yang HIGH RISK jadi anda kena belajar dulu.
Dengan itu saya menjemput anda semua yang serius nak belajar ke KELAS PERCUMA saya

SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA✅ Ada mindset ‘financial growth’✅ Berkenalan dengan individu berjaya✅ Keluar daripada zon...
11/04/2025

SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA
✅ Ada mindset ‘financial growth’
✅ Berkenalan dengan individu berjaya
✅ Keluar daripada zon selesa untuk cuba benda baru
✅ Ada pelbagai aliran pendapatan
✅ Pelbagaikan pelaburan
✅ Fokus untuk ‘level-up’ diri
✅ Elak berbelanja luar kemampuan
✅ Sedekah & buat kebaikan

Anda lah penentu destinasi akhir kewangan anda. Pilihlah jalan yang betul

Setel sesi personal coaching fcpo face to face dengan 2 org client hari ni. Masing2 senyummm lebarr jumpa setup short pa...
10/04/2025

Setel sesi personal coaching fcpo face to face dengan 2 org client hari ni. Masing2 senyummm lebarr jumpa setup short pagi tadi.
Nak personal coaching fcpo percuma? boleh buka akaun islamic futures dengan saya.
Hanya utk client dan terdapat syarat dikenakan.
buka akaun dulu di 👉👉👉👉 Setel sesi personal coaching fcpo face to face dengan 2 org client hari ni. Masing2 senyummm lebarr jumpa setup short pagi tadi.
Nak personal coaching fcpo percuma? boleh buka akaun islamic futures dengan saya.
Hanya utk client dan terdapat syarat dikenakan

[KELEBIHAN MENJADI PELABUR]🔸 Ramai orang mengimpikan kehidupan yang bebas dari segi kewangan, masa dan pilihan.🔸 Walaupu...
09/04/2025

[KELEBIHAN MENJADI PELABUR]
🔸 Ramai orang mengimpikan kehidupan yang bebas dari segi kewangan, masa dan pilihan.
🔸 Walaupun wang bukanlah segala-galanya tetapi pada masa kini, wang merupakan suatu keperluan penting untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.
🔸 Anda tidak perlu menjadi pelabur sepenuh masa pun untuk melabur saham. Ianya boleh dilakukan secara part-time. Penting di zaman yang serba mencabar ini untuk kita menjana pendapatan lebih daripada 1 sumber.
🔸 Berbanding hanya menyimpan, adalah lebih baik jika anda laburkan wang lebihan yang anda miliki untuk menjana lebih banyak wang sebagai persediaan untuk masa hadapan yang lebih terjamin.
🔸 “If you don’t find a way to make money while you sleep, you will work until you die.” –Warren Buffett.

Address

1St Floor Wisma Sharani Lrg Raja Bot Kuala Lumpur
Putrajaya
50300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lumina Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share