04/10/2026
IKRAM PUTRAYA BERSAMA-SAMA JAYAKAN MINI KARNIVAL DAN PERKENAL MODUL KEIBUBAPAAN BERSEPADU, MAHKOTA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Putrajaya bersama-sama pelbagai pihak telah menjayakan Mini Karnival Putrajaya MPP SZ4 di Pusat Kejiranan Presint 11 pada Sabtu, 3 Oktober lalu yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Penganjur utama karnival ini ialah Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Subzon 4 Putrajaya (MPP SZ4) yang dipengerusikan oleh Sdr. Asmaaliff Abdul Adam yang turut bertindak sebagai Pengarah Program, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO.
Antara aktiviti yang dijayakan IKRAM Putraya ialah pameran "booth" NGO, MAHKOTA, Malaysians Against Po*******hy (MAP), Kelab Memanah Ikramah dan Kelab Rekacipta Putrajaya, serta Pertandingan Mewarna oleh IKRAM Junior, Ceramah Pendidikan Seksualiti Holistik bersama Datuk Dr Harlina Halizah Siraj dan forum berkaitan Gen Alfa.
IKRAM Putrajaya juga buat pertama kali melancarkan program bersepadu yang dinamakan Modul Asas Holistik Keibubapaan Kota (MAHKOTA), satu inisiatif yang bertujuan untuk membekalkan ilmu dan kemahiran praktikal keibubapaan agar institusi keluarga kekal teguh berdepan realiti dan cabaran dunia semasa.
Modul MAHKOTA telah dilancarkan oleh Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, Ustaz Mohamad Kamil Abu Talib.
Karnival mini ini berlangsung meriah melibatkan pelbagai aktiviti dan ratusan penduduk sekitar yang terlibat antaranya senamrobik, larian Langkah Ceria, pemeriksaan dan kursus kesihatan, CPR, sukan rakyat, pertandingan 'puzzle' dan silang kata, pertandingan gubahan buah-buahan, membaca, kejohanan e-sukan dan banyak lagi, termasuk disajikan dengan gerai-gerai makanan.
Tahniah kepada semua pengunjung yang hadir terlibat dan menyerikan Mini Karnival Putrajaya MPP SZ4.
Tahniah kepada semua urus setia yang bertugas melancarkan karnival mini di bawah seliaan Sdr. Asmaalif.
Tidak dilupakan, tahniah dan terima kasih kepada semua JKN IKRAM Putrajaya, JKK IKRAM Perdana, aktivis dan keluarga, yang hadir membantu dan memeriahkan "booth" IKRAM, MAHKOTA, MAP, aktiviti memanah dan robotik, pertandingan mewarna, ceramah dan forum.
Jumpa lagi dalam aktiviti seumpamanya pada masa akan datang, insya-Allah.