Ketenangan.com

Ketenangan.com Mardhatillah mencari redha Allah

10/05/2026

Ya Allah lindungi hambamu yang hina ini, tutuplah aib kami, ampunilah dosa-dosa kami, sama ada kami lakukan dalam sedar atau tidak sedar. Mati kan kami dalam husnul khotimah.

Semoga Allah jaga hati kita daripada rasa ujub, riak dan merendahkan orang lain.
10/05/2026

Semoga Allah jaga hati kita daripada rasa ujub, riak dan merendahkan orang lain.

03/05/2026
02/05/2026

Sensitif Dengan Dosa dan Maksiat
======
1. Adalah menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila seorang mukmin sendiri sudah tidak sensitive lagi dengan perkara kemungkaran. Sehingga mereka merasakan melakonkan atau menyaksikan elemen berunsur dosa sebagai perkara yang tidak mengapa.

2. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ:

مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ

Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e)

3. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.

4. Seorang mukmin tidak seharusnya mengucapkan: “Biarlah, dosa masing-masing” atau “kubur masing-masing” kerana ungkapan ini seolah menggambarkan bahawa kita tidak peka atau sensitif dengan dosa dan larangan Allah.

5. Dengan sebab itu dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari)

6. Lalu bagaimana kita melihat dosa kita dan kemungkaran disekeliling kita? Apakah kita selesa dengan kemunculan elemen-elemen dosa yang dipersembahkan dalam industri lakonan tempatan? Atau apakah ini bekalan yang akan kita bawa bertemu dengan Allah nanti?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

29/04/2026

[TIDAK SETUJU: TOLAK BUDAYA HEDONISME]

Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan menyatakan pendirian **TIDAK SETUJU** terhadap penganjuran Rain Rave Water Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 30 April - 2 Mei 2026 di Bukit Bintang.

Penganjuran konsert seperti ini dilihat membawa lebih banyak kemudaratan melalui:

❌ **Pergaulan bebas** yang tidak terkawal.
❌ **Menyuburkan maksiat** di kawasan terbuka.
❌ **Budaya hedonisme** dan hiburan melampau yang jauh daripada nilai ketimuran dan agama.

Malaysia sebagai Negara MADANI harus terus menekankan nilai-nilai murni demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat kita.

Mari kita bersama menjaga jati diri negara!

27/04/2026

Selagi hati masih hidup, masih belum terlambat untuk kembali.

Jangan biasakan dosa sampai rasa bersalah itu hilang.

Address

Bumi Allah Taala
Putrajaya
63000

Telephone

0123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketenangan.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share