Mymi2u

Mymi2u Menyediakan produk berkualiti terbaik kepada pelanggan kami pada harga terendah.

12/01/2023
01/01/2023

SAYA AKAN TERUSKAN JUALAN TANAH LOT SECARA ANSURAN.
Saya akan tetap dengan polisi menjual tanah lot secara ansuran kepada masyarakat yang memerlukan tapak kediaman sendiri.

Ini kerana ramai di antara golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli hartanah sebagai tapak kediaman masa depan secara cash atau bayaran tunai sekaligus disebabkan kekangan kewangan dan sebagainya.

Justeru,saya akan meneruskan kaedah jualan hartanah lot banglo kepada masyarakat dengan kaedah bayaran secara ansuran tanpa interest.

Berdasarkan pengalaman atau segala cabaran menguruskan urusan jualbeli tanah lot sebelum ini,saya mengambil banyak pedoman sebagai asas untuk meneruskan tambahbaik nilai semasa perniagaan kami.

Untuk masa seterusnya, saya hanya perlu memberi nilai tambah serta mengemaskini dan memperbaiki kaedah jualan ansuran ini sahaja.

Pertama ialah,saya hanya akan menjual tanah lot yang sudah memiliki geran individu berbanding menjual tanah yang masih dalam proses pecah lot kerana situasi ini ternyata lebih selamat serta tidak memberi saya masalah di kemudian hari.

Kedua,saya akan membuat tapisan ketat kelayakan dan kemampuan serta komitmen pembeli sebelum meluluskan jualan tanah lot tersebut.Ini kerana,pembeli yang kurang serius bakal mendatangkan masalah kepada kami selaku penjual pada masa akan datang.

Ketiga,mana mana pembeli yang sebelum ini pernah membeli dan membatalkan jualbeli,tidak akan diterima samasekali daripada membuat pembelian seterusnya disebabkan rekod kegagalan mereka dalam memenuhi intipati perjanjian jualbeli.

Seterusnya,saya akan menambahbaik sistem I-Hartanah yang kami gunakan bagi melancarkan segala urusan melibatkan pembeli dan pentadbiran pihak syarikat.

Sepanjang kami menguruskan kaedah jualbeli secara ansuran,saya terpaksa berhadapan dengan banyak kerenah pembeli yang pelbagai ragam.

Saya tak ingin bercakap lebih lanjut perkara ini. Sikap serta kelemahan manusia memang ada,termasuk juga saya.

Cuma berdepan pembeli yang pelbagai,cabarannya berbeza.

Cukuplah saya katakan bahawa sikap sebahagian pembeli yang gagal menunjukkan disiplin bayaran yang baik,merupakan cabaran bagi saya.Itu belum lagi termasuk segelintir pembeli yang mentalnya lemah dan mudah termakan hasutan dakyah para haters yang tidak senang melihat kemajuan bisnes saya yang bersifat membantu ini mendapat sambutan ramai.

Sepatutnya,masyarakat harus bersyukur apabila saya memperkenalkan kaedah jualan tanah lot secara ansuran ini kerana ternyata ianya dapat membantu mereka memiliki hartanah tapak kediaman sendiri secara belian mampu milik.

Tapi tak mengapa,itu bagi saya hanyalah cabaran.Cabaran itu hanya untuk menjadikan kita lebih bijak,bukan lebih lemah.

Apepun,saya sendiri pun ada kelamahan.Apa yang penting,hanya dua perkara.Pertama,niat kita berniaga untuk membantu kerana Allah.Kedua,perbaiki semua sudut ke arah lebih baik juga kerana Allah.Bila semuanya kerana Allah,cabaran tidak akan menjadikan kita lelah,sebaliknya membuatkan kita makin gagah dan tabah.InsyaAllah.

Doakan saya berjaya untuk ummah.

24/12/2022
23/12/2022
23/12/2022

Daging lada hitam..

*daging hiris nipis (senang nk kunyah /gigit al maklum la dpt laki tok janggut 🤣)
*nak sedap tambah lemak sikit
*b.putih hiris nipis-4 ulas
*b.holang-potong nipis
*cili merah/cili hijau potong serong
*kicap pekat 2 sudu
*sos lada hitam 2 sudu
*secukup rasa
*serbuk lada hitam

Cara:
√Panaskan minyak goreng garing b.putih da naik bau mas**an daging Goreng smpi daging lembut(kdg ada yg s**a rebus dulu)

√Sy x rebus ye sy terus masak je dagingnya..

√Bila daging da lembut mas**an kicap pekat /sos lada hitam/secukup rasa/serbuk lada hitam
Gaul mesra da rasa sedap last sekali mas**an b.holland /cili merah&cili hijau kacau sekejap tutup api ok da siap✅

√kalau s**a pekat lebihkan sos lada hitam kalau x s**a pekat nak yg berkuah letak air sikit je ye....

Credit : Effinorlianawati Rosdzali

23/12/2022

AYAM MENANGIS MERAUNG 😁

Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)

Bancuh semua bahan, perasakan.

Kredit : Serina Seman

23/12/2022

Address

D-T8-U8, P18R12, PRESINT 18
Putrajaya
62150

Telephone

+60104230994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mymi2u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mymi2u:

Share