20/03/2022
SEKADAR JUAL TAKAFUL
SALAH!
Sebagai agent takaful, kami perlu memahami setiap maklumat yang ditawarkan kepada client dan mendidik client supaya faham menegenai polisi yang mereka ambil. Kami juga memberi penerangan jelas setiap inci polisi client dan membantu merancang keperluan client berkaitan takaful.
Sebelum menjadi agent takaful kami perlu menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE), bukan suka-suka daftar jadi agent dan jual semborono kepada client demi mencapai sales.
Pihak KOSMO tidak boleh membabi buta menaip story demi ratingggg tanpa mendalami maksud agent takaful yang sebenar. Pihak KOSMO perlu membuat research seperti interview agensi takaful berkaitan isu yg dilemparkan oleh graduan.
Tidak mudah menjadi agent takaful jika anda betul-betul ingin membantu orang memerlukan kerana menjadi agent perlu bijak dalam pelbagai sudut termasuk merancang kewangan client. TETAPI menjadi agent adalah mudah jika anda seorang agent yang mengejar sales semata-mata.
Oleh itu, jangan menghina agent takaful kerana mereka diberi amanah menjadi pemudahcara anda semasa ditimpa musibah dan ujian kesihatan.
Mohon Kosmo Online betulkan statement “SEKADAR JUAL TAKAFUL” kerana :
1) Nak jadi Agen Takaful bukannya mudah, kene pass exam Takaful Basic Examination (TBE) by IBFIM, Malaysian Insurance Institute yang lesen nya di keluarkan oleh BNM. Bukannya sekadar nak jual takaful bole terus jual takaful !
2) Bukan itu sahaja, Agen Takaful harus menduduki 30 jam minimum latihan setiap tahun untuk kekal sebagai agen Takaful. Bukannya sedakar jual takaful tak payah belajar apa apa!
3) Agen Takaful juga perlu menjalani pelbagai jenis training untuk mendalami ilmu kewangan, takaful & perancang kewangan sebelum memberikan khidmat rundingan pada prospek. Bukannya sekadar jual takaful terus bole jual!
4) Agen Takaful bukan “Sekadar Jual Takaful” , sebaliknya kami memberikan khidmat rundingan berkaitan takaful, kewangan dan ilmu perancangan kewangan yang mana tidak diajar disekolah.
5) Statement “Sekadar Jual Takaful” tidak seharusnya digunakan dan menjatuhkan maruah agen Takaful sekaligus menyebabkan rakyat Malaysia memandang rendah terhadap kerjaya agen Takaful dan mengakibatkan rakyat malaysia tidak mahu mengambil pelan takaful/Insurans mahupun menjadi agen Takaful.
*Malaysia hanya mempunyai peratusan kecil rakyatnya yang sudah mengambil Takaful/Insurans jika nak dibanding dengan negara maju yang lain di dunia.
Bukannya sekadar jual takaful, sedarlah rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam bidang takaful/insurans dan perancangan kewangan !