07/11/2020
BELI RUMAH SECARA 'JOINT-LOAN' SUAMI ISTERI, APA YANG ANDA PERLU TAHU.
Ini perkara yang kalian wajib tahu.
Biasa orang akan join loan sebab nak kukuhkan profil kewangan.
Kita ambil contoh,
Kalau gaji suami saja RM3,000, mungkin layak rumah RM300,000. Tapi, bila join income dengan isteri jadi RM5,000, so layak beli rumah RM500,000.
Jika beli secara 'joint-loan' dua nama;
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama
Okay apa akan jadi jika si suami meninggal dunia?
Contoh rumah RM500,000, rumah terbahagi kepada 2.
50% - RM250,000 suami punya
50% - RM250,000 isteri punya
Bila suami meninggal dunia, 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan MRTT.
50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa.
Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.
Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.
Bab duit bukan boleh buat main, RM10,000 pun orang dah gelap mata.
Katakan parent suami taknak lepas hak dan tuntut bahagian mereka.
Bahagian faraid ;
Bapa - 1/6
Ibu - 1/6
Maka isteri perlu bayar anggaran kira-kira RM83,333 untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.
Mampu ke isteri nak bayar sejumlah tu cash? Jarang orang mampu, tak semua.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik.
Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid.
Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.
Adakah sistem faraid salah? Tidak.
Ia hukum Allah.
Faraid, kaedah pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah sebagai pencipta manusia mengetahui di mana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid?
Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan
Bukannya dapat harta free pastu pergi tinggalkan si balu terkapai-kapai.
Faraid adalah peringkat last sekali dalam bab pembahagian.
Sesuatu harta pusaka tak dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya.
Jadi, tak salah membeli rumah join loan bersama pasangan. Yang penting bijak merancang harta.
Jadi, apa yang kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.
2. Semak tempoh perlindungan MRTT pinjaman rumah.
3. Suami buat Hibah Takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.
Mahal ke buat Hibah Takaful?
Tidak mahal. Ia bergantung pada :
1. Nilai harga rumah
2. Tempoh pinjaman rumah/tempoh perlindungan
3. Umur suami & isteri
4. Kelas pekerjaan suami & isteri
Kenapa Hibah Takaful?
Hibah Takaful adalah aset mudah cair dan sumber kewangan untuk isteri sementara menguruskan pengagihan harta pusaka suami selesai dan 'Holding Power' untuk isteri jika ada waris menuntut hak ke atas harta pusaka suami.
Hibah takaful 100% milik penama hibah. Orang lain tidak berhak menuntut dan tidak perlu difaraidkan.
Berminat nak tau lebih lanjut tentang hibah Takaful? Nak saya bantu abg/akak?
Klik link di bawah :
https://rinaismailfuturefirst.wasap.my
https://rinaismailfuturefirst.wasap.my
https://rinaismailfuturefirst.wasap.my