Oh My Saham

Oh My Saham Menyediakan khidmat pembukaan akaun Central Depository Systems Malacca Securities, M+ (iSaham)

Market Review: Ombak AI1. Pasaran masih dipandu AI. 2. Pelaburan besar-besaran hampir RM3 Trillion daripada Amazon, Meta...
17/08/2026

Market Review: Ombak AI

1. Pasaran masih dipandu AI.

2. Pelaburan besar-besaran hampir RM3 Trillion daripada Amazon, Meta, Alphabet dan Microsoft dalam ekosistem AI menggerakkan pasaran ekuiti dunia.

3. Rantaian AI bermula daripada sektor semikonduktor-construction (DC)-Infrastruktur (utiliti)-IT (hardware/software/cybersecurity).

4. Keperluan terhadap elektrik dan air yang banyak telah menggerakkan sektor renewable energy dan keperluan rejuvenasi perkhidmatan air negara melalui penggantian paip air lama dan mengurangkan kadar kebocoran air.

5. Namun, harus diingat, kenaikan harga saham yang bersifat parabolik datang bersama risiko tinggi. Sebarang perubahan pada dasar monetori dan cukai US boleh memberi kesan rantaian sehingga ke Malaysia.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://m.global.mplusonline.com/kh/status/entry/transit?lang=en_US&_scnl=EX0O

Market Review1. Pasaran ekuiti menunjukkan mood yang baik selepas data-data ekonomi terkini dilihat positif. 2. Kebimban...
09/08/2026

Market Review

1. Pasaran ekuiti menunjukkan mood yang baik selepas data-data ekonomi terkini dilihat positif.

2. Kebimbangan utama seperti AI bubble, kadar inflasi dan ketegangan selat hormuz nampak sedikit mereda dan memberi kelegaan kepada pasaran.

3. Sektor teknologi melibatkan AI dan Semikonduktor terus menarik perhatian apabila Amazon mencatatkan keuntungan dan kenaikan harga saham luar biasa.

4. Ini membuktikan persekitaran AI sememangnya menjana pendapatan dan berkembang dengan baik.

5. Di Malaysia, episod mendatang berkaitan persekitaran sokongan ke atas fasiliti DC, PRN Sarawak dan infrastruktur utiliti kemungkinan menjadi katalis yang boleh diperhatikan.

6. Harga minyak dunia turun di bawah 80 dolar setong, namun isu Iran US adalah complicated dan uncertain. Bila-bila masa boleh membuat kejutan dan mereda oleh sebab ketiadaan polisi damai rasmi.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://m.global.mplusonline.com/kh/status/entry/transit?lang=en_US&_scnl=EX0O

CABARAN OGOS DAN SEPTEMBER1. Bursa ditutup merah dengan prestasi sektor bercampur.2. Ini selari dengan prestasi pasaran ...
26/07/2026

CABARAN OGOS DAN SEPTEMBER

1. Bursa ditutup merah dengan prestasi sektor bercampur.

2. Ini selari dengan prestasi pasaran global yang mula berhati-hati dalam menghadapi bulan-bulan mendatang.

3. Terdapat dua isu utama iaitu kenaikan harga minyak global dan jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman.

4. Perang Iran-US kembali menaikkan harga minyak ke paras 90 dolar setong dan pasaran sudah mula menjangkakan kenaikan kadar faedah pada September ini.

5. Sekiranya ini berlaku, syarikat dalam kategori growth sector yang banyak berhutang akan mengalami tekanan bayaran balik hutang dan memberi kesan terhadap peratusan margin.

AI BEREHAT1. Minggu ini menyaksikan sektor Teknologi diterajui AI dan Semikonduktor mulai perlahan berikutan penurunan d...
18/07/2026

AI BEREHAT

1. Minggu ini menyaksikan sektor Teknologi diterajui AI dan Semikonduktor mulai perlahan berikutan penurunan di peringkat global.

2. Sektor ini yang telah rally lama dan harga sudah naik tinggi, membuatkan pelabur mula berhati-hati sekiranya valuasi sudah terlalu tinggi.

3. Namun begitu, Bursa masih gagah memecah paras 1700 mata didorong oleh sektor perbankan. Sektor-sektor lain kebanyakannya berada dalam fasa perlahan dan pullback.

4. Separuh tahun kedua ini, terdapat analyst memberi jangkaan baik kepada sektor pengguna dan tourism. Namun isu perang masih berterusan dan akan menekan harga minyak. Inflasi akan mengekang kelancaran sektor pengguna ini.

5. Teruskan perhati rapat isu semasa dan perubahan pada saham-saham utama dalam sektor masing-masing. Semoga ada manis-manis buat semua pelabur.

Daftar CDS M+(iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

MARKET REVIEW1. Pasaran agak baik di sebalik keadaan tidak stabil di Timur Tengah dan kenaikan harga minyak mendorong ke...
11/07/2026

MARKET REVIEW

1. Pasaran agak baik di sebalik keadaan tidak stabil di Timur Tengah dan kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi.

2. Kemerosotan saham teknologi Korea (KOSPI) boleh mempengaruhi sentimen rantaian bekalan semikonduktor di Malaysia. Namun, kesannya masih belum ketara pada ekuiti tempatan.

3. Trend Kecerdasan Buatan (AI) kekal menjadi pemacu utama arah aliran pasaran saham global. Walaupun begitu, ramai sudah mula mahu berhati-hati dengan valuasi yang terlalu tinggi.

4. Sektor seperti teknologi, plantation dan consumer dilihat mempunyai momentum yang baik. Ini kemungkinan berkait rapat dengan fenomena EL Nino dan Tahun Melawat Malaysia.

5. Pasaran bergerak mengikut tema dan sentimen semasa. Sentiasa alert dengan news dan perubahan.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

Market Review1. Selepas kenaikan ketara dalam sektor teknologi didorong oleh limpahan kecerdasan buatan (AI) sebelum ini...
28/06/2026

Market Review

1. Selepas kenaikan ketara dalam sektor teknologi didorong oleh limpahan kecerdasan buatan (AI) sebelum ini, pasaran kini melihat berlakunya aktiviti pengambilan untung (profit-taking).

2. Semua sektor dah merah kecuali teknologi dan plantation yang masih bertahan atas ema50.

3. Bulan QR. Julai akan banyak syarikat buat pelaporan penyata pendapatan. Jadinya pasaran akan bertambah volatile. Ditambah p**a dengan perang US Iran yang flip flop. Kejap ok, kejap tak ok.

4. Pullback setakat ini masih dilihat sihat. Banyak saham berkualiti masih di bawah nilai sebenar. Hanya menanti masa dan ketika untuk menerima limpahan pembelian.

5. Kerancakan sektor teknologi (AI/Semikonduktor) sebenarnya sangat berkait rapat dengan sektor lain seperti utiliti dan perkhidmatan industri. Sentiasa bersedia jika berlakunya sector rotation nanti.

Daftar CDS M+(iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

Market Review1. Data Ekonomi AS berjaya menambah lebih setengah juta pekerjaan sepanjang 5 bulan pertama tahun 2026 ini....
08/06/2026

Market Review

1. Data Ekonomi AS berjaya menambah lebih setengah juta pekerjaan sepanjang 5 bulan pertama tahun 2026 ini.

2. Walaupun berita ekonomi nampak bagus, pasaran saham jatuh merosot. Sebab pelabur risau ekonomi yang terlalu kuat akan menyebabkan bank pusat AS (The Fed) menaikkan kadar faedah semula.

3. Hubungan AS-Iran kembali tegang dan Selat Hormuz masih ditutup. Ini menyebabkan harga tenaga (minyak/gas) melonjak, sekali gus meningkatkan risiko inflasi yang membuatkan pasaran makin panik.

4. Situasi di Malaysia p**a dijangka menerima tempias pada setengah tahun kedua bermula Jun ini.

5. Pelabur perlu lebih berhati hati dan monitor naik turun saham kerana sebarang kenaikan kos akan menyebabkan pendapatan syarikat merosot, justeru akan berlaku volatility pada harga saham.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

MARKER REVIEW : IPO (UP TO MAY 2026)1.  "IPO Mania" 2026 kembali menceriakan pelabur dengan beberapa IPO menunjukkan deb...
23/05/2026

MARKER REVIEW : IPO (UP TO MAY 2026)

1. "IPO Mania" 2026 kembali menceriakan pelabur dengan beberapa IPO menunjukkan debut yang menarik antaranya Sunmed, Ambest,KeeMing, dan Skyechip.

2. Namun, ini bukanlah bermaksud semua IPO confirm naik pada hari pertama dan seterusnya. Beberapa perkara perlu diperhatikan terutamanya melibatkan sektor dan kedudukan strategik sesebuah syarikat dalam sektor tersebut.

3. Perlu juga tengok peratusan kenaikan atau penurunan pada hari pertama listing. Bukan semua yang dibuka tinggi, akan terus naik. Begitu juga sebaliknya. FOMO tanpa strategi akan menyebabkan kerugian lebih besar.

4. Terdapat juga IPO seperti Ambest, KeeMing, THMY dan IAB yang menunjukkan positive growth selepas listing. Tapi ini juga tidak bermaksud semberono Hold akan mendatangkan hasil lebih tinggi. Sebahagian IPO yang dibuka bawah 15%, menunjukkan prestasi negatif pada kemudian hari.

5. Secara keseluruhan, pasaran IPO masih jelas menyediakan peluang keuntungan lebih baik berbanding risiko. Penilaian syarikat berkaitan sektor/tema semasa/kedudukan strategik antara indikator sesuatu syarikat mampu memberi hasil positif selepas penyenaraian.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

Analisis IPO 2023-20251. Kebanyakan IPO (2023–2025) menunjukkan prestasi kurang baik selepas penyenaraian. 2 daripada 3 ...
28/04/2026

Analisis IPO 2023-2025

1. Kebanyakan IPO (2023–2025) menunjukkan prestasi kurang baik selepas penyenaraian. 2 daripada 3 IPO jatuh bawah harga IPO dalam tahun pertama.

2. Earnings selepas IPO sering jatuh. 57%–61% syarikat IPO lapor keuntungan lebih rendah selepas listing. Walaupun sebelum IPO, syarikat menunjukkan growth 3 tahun berturut-turut yang bagus.

3. Kadar oversubscription tidak menjadi petanda sesuatu saham itu berkualiti untuk jangka masa panjang. Walaupun IPO oversubscribed tinggi, tetapi demand selepas listing cepat menurun.

4. Valuation yang meletakkan PE tinggi tidak semestinya menjadi petanda peluang growth masa depan syarikat juga tinggi. Kadang berlaku sebaliknya.

5. Syarikat dilihat timing the peak performance untuk dokumentasikan penyenaraian di bursa. Selepas itu, growth slowdown dan profit mulai turun.

Boleh teruskan membaca analisis selanjutnya;

IPOs on Bursa: Priced to sell, not to perform

It is no big revelation that initial public offerings (IPOs) on Bursa Malaysia have performed poorly. Yes, a select few have done very well post-listing, but the majority have lagged the FBM KLCI.

Market Review1. Pelabur dilihat sudah 'absorb' kemelut selat hormuz dan perang di Iran.2. Pasaran ekuiti kembali momentu...
25/04/2026

Market Review

1. Pelabur dilihat sudah 'absorb' kemelut selat hormuz dan perang di Iran.

2. Pasaran ekuiti kembali momentum positif dengan S&P500 terus mencecah paras ATH.

3. Bursa p**a dah rebound dan banyak kaunter kecil termasuk sebilangan IPO yang perform pada hari penyenaraian.

4. Sektor teknologi/industri/utiliti/tenaga berkait solar dan DC terus menunjukkan minat belian daripada pelabur.

5. Foreign Fund p**a telah kembali ke Bursa dan menghampiri paras 4% pertambahan jika dibanding kedudukan terendah pada 6 Januari 2026.

Daftar CDS M+ (iSaham)

https://wa.link/7v77pk
https://wa.link/7v77pk

Address

Putrajaya
10000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh My Saham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share