Puan Nur Hamidah2

Puan Nur Hamidah2 Syarikat kami akan membantu anda untuk membuat pelaburan dengan berjaya.

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]๐Ÿ”ธ Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jen...
06/01/2026

[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]
๐Ÿ”ธ Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jenis trend yang wajib dikenalpasti oleh setiap pelabur iaitu uptrend, sideways trend dan downtrend.
๐Ÿ”ธ 3 jenis trend ini telah dikupas dengan lebih mendalam dalam posting kami sebelum ini. Rujuk link berikut untuk penjelasan lanjut mengenai 3 jenis trend ini.

Ni rupa candlestick dark cloud cover tu kalau korang nak tau
05/01/2026

Ni rupa candlestick dark cloud cover tu kalau korang nak tau

[6 Sebab Ramai Pelabur Rugi Dalam Pasaran Saham]โ™ฆ Dalam bidang pelaburan saham terdapat bermacam-macam teknik yang boleh...
03/01/2026

[6 Sebab Ramai Pelabur Rugi Dalam Pasaran Saham]
โ™ฆ Dalam bidang pelaburan saham terdapat bermacam-macam teknik yang boleh digunakan untuk menjana keuntungan.
โ™ฆ Beratus malah mungkin beribu teknik telah digunakan oleh pelabur dan pedagang saham seluruh dunia bergantung kepada cara dan keselesaan masing-masing untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham. Asalkan berjaya membuat keuntungan secara konsisten, maka sudah betul lah teknik yang digunakan tu.
โ™ฆ Berbeza p**a jika mengalami kerugian dalam pasaran saham. Sebenarnya masih boleh dikira beberapa sebab saja yang membuatkan anda mengalami kerugian, antaranya seperti contoh di bawah (Rujuk gambar dibawah).
โ™ฆ Jika anda sudah lama trade saham, tetapi masih belum jumpa rentak untuk menjana keuntungan secara konsisten, semak semula. Ada tak anda masih lakukan perkara-perkara seperti dibawah?
โ™ฆ Anda lebih mengenali diri anda, jika jawapannya โ€œyaโ€, maka sudah tiba masanya untuk anda lakukan sesuatu. Jangan sia-siakan masa, usaha dan wang ringgit yang telah anda korbankan selama ini.
โ™ฆ Jangan mengalah terlalu awal, mana tahu disaat anda terfikir untuk berhenti, anda mungkin sudah sangat hampir dengan kejayaan

Nilai keseluruhan pasaran kripto pada 2025 mencatatkan penyusutan sekitar US$325 bilion. Penurunan ini berlaku apabila h...
02/01/2026

Nilai keseluruhan pasaran kripto pada 2025 mencatatkan penyusutan sekitar US$325 bilion.
Penurunan ini berlaku apabila harga Bitcoin dan kebanyakan altcoin jatuh selepas tempoh kenaikan sebelum itu. Apabila harga aset kripto menurun, market cap keseluruhan turut mengecil, walaupun tiada duit fizikal yang benar-benar hilang.
Kejatuhan ini melibatkan banyak aset secara serentak dan dianggap sebagai turun naik biasa dalam kitaran pasaran kripto.

[Kepentingan Trading Plan dalam Pelaburan Saham]๐Ÿ”ธ Trading Plan merupakan antara perkara yang sangat penting dalam menent...
31/12/2025

[Kepentingan Trading Plan dalam Pelaburan Saham]
๐Ÿ”ธ Trading Plan merupakan antara perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan individu dalam pelaburan saham.
๐Ÿ”ธ Oleh itu, setiap pelabur baru perlu tahu cara untuk membuat trading plan sebelum memasuki pasaran.
Apakah Trading Plan?
๐Ÿ”น Trading Plan ialah peraturan yang dibuat oleh pelabur sebelum memasuki pasaran bagi melindungi modal pelaburan.
๐Ÿ”น Ianya merangkumi matlamat kewangan, trading style, target, strategi kawalan risiko, dan strategi trading.
๐Ÿ”น Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam membuat Trading Plan ialah:
1. Nak beli saham apa dan kenapa beli?
2. Strategi dan teknik apa nak guna?
3. Di mana paras support dan resistance?
4. Harga beli
5. Risk (%) dan Reward (%).
โ–ช Adakah nisbah risk dan reward berbaloi dan menepati target yang dimahukan?
6. Kalau trading tidak menjadi, nak jual dekat mana?
7. Kalau trading menjadi, nak jual dekat mana?
๐Ÿ”น Berikut merupakan contoh Trading Plan setelah membuat pemilihan saham dan setelah menentukan strategi dan teknik yang hendak digunakan.
i. Entry price: RM 0.63
ii. Support: RM 0.60
iii. Cut loss Price: RM 0.59 (Risk 6.8%)
iv. Target Price: RM 0.74 (Reward 17.5%)
โ–ช Reward yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada risk.
โ–ช Cut loss price ialah harga dimana anda perlu menjual saham yang dibeli jika trading tidak menjadi.
๐Ÿ”ธ Melabur dengan trading plan atau tidak mempunyai trading plan merupakan faktor penting yang membezakan di antara pelabur berjaya dan tidak berjaya.

NVIDIA & Groq: Deal $20 bilion yang ubah peta cip AIPasaran cip AI dikejutkan dengan laporan bahawa NVIDIA bersetuju unt...
30/12/2025

NVIDIA & Groq: Deal $20 bilion yang ubah peta cip AI
Pasaran cip AI dikejutkan dengan laporan bahawa NVIDIA bersetuju untuk memperoleh aset teras Groq pada nilai sekitar USD20 bilion. Jika benar dimuktamadkan, ini akan jadi urus niaga terbesar dalam sejarah NVIDIA, jauh mengatasi pembelian Mellanox pada 2019 yang bernilai sekitar USD7 bilion.
Groq bukan nama kecil dalam dunia AI. Diasaskan pada 2016 oleh bekas jurutera Google, termasuk Jonathan Ross yang terlibat secara langsung dalam pembangunan TPU Google, Groq fokus kepada satu benda yang sangat kritikal dalam era AI hari ini: inference.
Ringkasnya, latihan model AI memang berat dan mahal, tapi bila model dah siap, proses menjawab soalan, menjana teks, atau beri output kepada pengguna itulah inference. Di sinilah kos sebenar AI mula โ€œberdarahโ€ pada skala besar.
Groq bina cip yang sangat pantas untuk inference dengan seni bina yang berbeza daripada GPU biasa. Ia lebih rendah latensi, lebih konsisten prestasinya, dan sesuai untuk kegunaan AI secara masa nyata. Sebab itu Groq cepat dapat perhatian pelanggan dan pelabur, sehingga berjaya mengutip USD750 juta pada September lalu, dengan valuasi sekitar USD6.9 bilion.
Jadi kenapa NVIDIA sanggup letak harga USD20 bilion?
Jawapannya bukan sekadar beli syarikat. Berdasarkan maklumat setakat ini, NVIDIA tidak membeli Groq sepenuhnya.
Deal ini lebih kepada:
โœ… pengambilalihan aset teknologi utama Groq
โœ… lesen kepada seni bina cip inference mereka
โœ… serta pengambilan bakat utama (acqui-hire), termasuk pengasas dan jurutera kanan
Bahagian Groq Cloud p**a dilaporkan dikecualikan daripada transaksi ini.
Strategi ni penting. NVIDIA sudah dominan dalam latihan model AI melalui GPU mereka. Tapi dunia AI sedang bergerak ke fasa penggunaan besar-besaran, di mana inference menjadi kos utama.
Dengan teknologi Groq, NVIDIA boleh:
๐ŸŸข kawal training + inference dalam satu ekosistem
๐ŸŸข kurangkan kebergantungan pelanggan kepada cip alternatif
๐ŸŸข dan kekalkan kelebihan daya saing walaupun tekanan dari pemain lain semakin kuat
Dari sudut kewangan, NVIDIA memang mampu. Setakat hujung Oktober, syarikat ini pegang lebih USD60 bilion tunai dan pelaburan jangka pendek, naik mendadak berbanding sekitar USD13 bilion awal 2023. Dengan skala sebegini, membeli teknologi kritikal lebih masuk akal berbanding membina dari kosong.
Langkah ini juga selari dengan gerakan NVIDIA sebelum ini:
โ–ถ๏ธ pelaburan dalam syarikat infrastruktur AI
โ–ถ๏ธ kerjasama rapat dengan pembangun model
โ–ถ๏ธ sokongan kepada penyedia cloud AI berskala besar
Ia tunjuk NVIDIA bukan sekadar jual cip, tapi sedang bina penguasaan menyeluruh rantaian AI.
Namun perlu jelas satu perkara:
Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada NVIDIA atau Groq. Maklumat datang daripada laporan media kewangan besar dan sumber industri. Struktur akhir perjanjian, sama ada pembayaran penuh tunai, lesen berperingkat, atau syarat prestasi, masih belum diumumkan secara terbuka.
Apa yang pasti, jika deal ini dimuktamadkan, ia akan jadi isyarat kuat bahawa fasa seterusnya AI bukan lagi siapa paling kuat latih model tetapi siapa paling cekap jalankan AI pada skala besar, kos rendah dan latensi pantas
Dan NVIDIA jelas tak mahu ketinggalan dalam fasa itu.

3 ISU DIHADAPI DALAM SAHAM๐Ÿ“Œ Takut๐Ÿ“Œ Risau๐Ÿ“Œ ModalAnda minat nak belajar saham dan minat untuk melabur saham tetapi tindaka...
29/12/2025

3 ISU DIHADAPI DALAM SAHAM
๐Ÿ“Œ Takut
๐Ÿ“Œ Risau
๐Ÿ“Œ Modal
Anda minat nak belajar saham dan minat untuk melabur saham tetapi tindakan anda terhenti dengan adanya tiga isu di atas.
Agak-agak apa jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi isu-isu ini?
Komen di bawah! ๐Ÿ˜Šโฌ‡

[HABIT TRADER BERJAYA]๐ŸŸข Adakah anda apply semua habit ini dalam trading anda?๐ŸŸข Jika ya, anda sudah berada di landasan ya...
27/12/2025

[HABIT TRADER BERJAYA]
๐ŸŸข Adakah anda apply semua habit ini dalam trading anda?
๐ŸŸข Jika ya, anda sudah berada di landasan yang betul. Namun, jika anda masih belum disiplin dalam mengamalkan habit ini, mulakan dari sekarang.
๐ŸŸข Jangan rasa resah kalau modal pelaburan anda tidak digunakan. Jangan paksa diri untuk trade kalau tak nampak apa-apa peluang.
๐ŸŸข Jika anda boleh berikan komitmen untuk disiplin lakukan habit ini, sampai masanya anda akan dapati modal pelaburan anda berkembang dengan sangat baik. Build a better mindset, earn a bigger profit.
Terima kasih kerana membaca posting iniโ˜บ. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.๐Ÿ˜‰

2026: Tahun Ujian Untuk Industri Solar MalaysiaCerita pasal tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia ni nampaknya belu...
26/12/2025

2026: Tahun Ujian Untuk Industri Solar Malaysia
Cerita pasal tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia ni nampaknya belum nak reda. Masuk 2026, momentum masih kuat, bukan sekadar janji atas kertas, tapi projek memang tengah jalan dan senarai kerja makin panjang.
Sejak 2024 sampai 2025, saham-saham RE dah lari jauh. Harga naik sebab pasaran nampak aliran projek yang konsisten dan pendapatan yang berpotensi berkembang. Tapi bila masuk fasa seterusnya, fokus dah mula berubah. Bukan lagi siapa dapat projek paling besar, tapi siapa yang betul-betul boleh siapkan projek, jaga kos, dan tukar kontrak jadi untung sebenar.
Untuk pemain EPCC solar, ada syarikat yang sekarang ni diniagakan pada penilaian agak tinggi. Pasaran sanggup bayar mahal sebab order book dah mencecah lebih RM1 bilion, hasil kontrak LSS5 yang baru masuk. Itu pun baru separuh daripada sasaran kerja untuk tahun kewangan 2026. Lepas ni, kalau kontrak EPCC untuk projek LSS5+ berskala besar di Perak sekitar 470MW dimuktamadkan, jumlah kerja dijangka bertambah lagi. Projek ni p**a sasaran mula operasi sekitar 2027 hingga 2028.
Ada juga pemain lain yang masuk 2026 dengan sasaran jelas nak besarkan order book ke paras RM1 bilion. Peluang datang daripada LSS5+, projek solar di Sarawak, dan inisiatif hijau di peringkat negeri. Sarawak sendiri dah mula anugerahkan beberapa projek solar berskala 100MW, dan cerita di pasaran kata masih ada lagi projek dalam pipeline. Johor p**a tengah push satu koridor RE yang nilainya sekitar US$6 bilion, antara yang paling besar di rantau ni, untuk sokong keperluan industri dan pusat data.
Di peringkat nasional, pelbagai skim tenaga hijau tengah bergerak serentak. Projek LSS5, LSS5+ dan skim bekalan tenaga hijau untuk syarikat besar (CRESS) dah masuk fasa pelaksanaan, bukan lagi fasa tunggu-tunggu. Lepas tu ada p**a tender bateri simpanan tenaga berskala grid, MyBEST, yang melibatkan empat projek bateri 100MW dengan kapasiti simpanan 400MWh setiap satu. Projek ni penting sebab dia akan jadi penanda aras, bukan saja dari segi harga, tapi juga dari sudut pembiayaan BESS di Malaysia.
Solar atas bumbung pun nak buat comeback. Mulai Januari, skim Solar ATAP akan gantikan NEM yang tamat pertengahan tahun ni. Skim baharu ni gabungkan konsep offset dan penggunaan sendiri, dengan sasaran nak percepatkan pemasangan solar bumbung berskala lebih besar dan kurangkan kerenah pendaftaran.
Masuk 2026, pasaran juga tunggu pembukaan LSS6. Kalau ikut jangkaan, ia boleh tambah sekitar 2GW kapasiti baharu, dan kali ni siap dengan keperluan bateri simpanan. Bila digabungkan dengan LSS5 dan LSS5+, keseluruhan pipeline LSS boleh cecah sekitar 6GW. Bajet 2026 p**a tambah kuota Feed-in-Tariff 300MW untuk biogas, biomas dan mini hidro, buka peluang baharu untuk pemaju dan kontraktor.
Cuma, peluang besar ni datang dengan cabaran besar juga. Projek makin besar, kos makin tinggi, dan bukan semua syarikat senang nak dapat pembiayaan. Pemain kecil mungkin rasa tekanan sebab had kredit bank. Sebab tu bon hijau dan sukuk makin pop**ar, terutama untuk projek yang ada aliran tunai jangka panjang dan kontrak yang jelas.
Dari sudut operasi, pelabur sekarang lebih cerewet. Mereka nak tengok projek siap ikut jadual, margin tak bocor, dan keuntungan betul-betul masuk. Ini jadi makin penting bila permintaan elektrik negara terus naik. Rekod permintaan puncak dah tembus lebih 21GW pada Mei 2025, dan permintaan dijangka terus kuat pada 2026, dipacu sektor komersial dan pusat data.
Dalam masa sama, margin rizab sistem tenaga makin mengecil. Maksudnya, sistem elektrik negara dah tak ada banyak ruang selesa kalau permintaan naik mendadak. Sebab tu isu kecekapan sistem dan bateri simpanan makin penting.
Dari segi kos p**a, harga modul solar dikatakan naik sekitar 10% kebelakangan ni. Tapi kesannya kepada pemain EPCC tempatan masih terkawal. Kebanyakan kontrak boleh pass-through kos, dan pengukuhan ringgit bantu kurangkan tekanan. Lagipun, modul solar cuma sekitar satu perlima daripada kos keseluruhan projek. Pulangan projek LSS5 dan LSS5+ p**a dianggarkan sekitar 7% hingga 8%, masih dalam julat yang boleh diterima industri.
Akhir sekali, semakin banyak syarikat RE mula tersenarai di Bursa Malaysia. IPO dah tak jadi benda rare macam dulu. Ini bagus untuk sektor, tapi untuk pelabur, ia bermaksud satu benda: kena lebih pandai pilih. Bukan semua yang berlabel RE itu sama. Yang akan bertahan adalah yang betul-betul tahu buat kerja, jaga kewangan, dan konsisten deliver hasil.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ.๐Ÿญ๐Ÿฎโ€ผ๏ธ๐ŸŽ„๐ŸŽ…๐Ÿผโ˜ƒ๏ธSelamat menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikan walau di mana.Semoga hari istim...
25/12/2025

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ.๐Ÿญ๐Ÿฎโ€ผ๏ธ๐ŸŽ„๐ŸŽ…๐Ÿผโ˜ƒ๏ธ
Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikan walau di mana.
Semoga hari istimewa ini memberikan lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan bersama insan yang tersayang.
Stay safe and have a great day, semua! ๐Ÿ˜

Elon Musk beli saham hingga $1 bilion untuk pulihkan syarikat Tesla beliau sendiri?
24/12/2025

Elon Musk beli saham hingga $1 bilion untuk pulihkan syarikat Tesla beliau sendiri?

Kerajaan Negeri Sembilan menyifatkan pembangunan Taman Perindustrian Berasaskan Penjagaan Kesihatan yang dibangunkan di ...
23/12/2025

Kerajaan Negeri Sembilan menyifatkan pembangunan Taman Perindustrian Berasaskan Penjagaan Kesihatan yang dibangunkan di Techpark Enstek Bandar Enstek di sini, bakal memacu bukan sahaja pertumbuhan ekonomi negeri, malah negara.
Projek dimajukan anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH), TH Properties di kawasan seluas 183 hektar itu bakal memperkukuhkan ekonomi negeri, khususnya dalam membina ekosistem berteraskan teknologi, inovasi dan industri masa depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pembangunan tapak perindustrian ini adalah manifestasi sinergi erat antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi seperti Invest NS dan Halal Development Corporation (HDC) Bhd, serta syarikat berkaitan kerajaan seperti TH Properties dalam merealisasikan agenda nasional berasaskan teknologi tinggi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan negeri, berkata pembangunan projek itu bakal memposisikan Negeri Sembilan sebagai hab utama bagi industri farmaseutikal, bioteknologi, teknologi perubatan dan keseluruhan rantaian nilai sains hayat di Malaysia.

Address

1 Menara Promet Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur Putrajaya, Malaysia
Putrajaya
50250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Nur Hamidah2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share