14/02/2022
Takaful Penipu???
*Ada Sebab Kenapa Takaful Tidak Boleh Claim*
#1. Policy / Certificate Lapsed
Anda sebagai pelanggan terlupa bayar? Pernah semak akaun bayaran? Polisi atau sijil anda perlu dalam keadaaan berkuatkuasa (inforce) untuk membolehkan anda membuat tuntutan. Ini paling penting. Sila periksa peti surat, kalau tak ada tak pernah dapat langsung, sila periksa dengan syarikata insurans / takaful. Ada ejen, hubungi mereka.
#2. Manfaat Tiada dalam Policy / Certificate.
Masa membeli dan dapat polisi / sijil – anda semak apa yang terkandung dalam itu. Atau dah campak ke tempat lain? Jika ejen anda kata manfaat itu ada, tunjukkan bahagian mana ada (siapa yang ambil polisi dengan saya, anda tahu bagaimana saya tunjukkan). Periksa walaupun baru sahaja terima polisi / sijil, anda ada masa 14 hari berfikir.
#3. Exclusion
Anda kena faham dua benda; General Exclusion dan Specific Exclusion. Apa tu?
General Exclusion – Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi / sijil sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit.Specific Exclusion – Pengecualian jenis ini adalah yang biasanya oleh individu tertentu yang biasanya telah menghidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurans / sijil takaful. Atau nama lain – “Pre Existing Condition.”
#4. Non-Disclosure.
Sekiranya syarikat insurans / takaful mendapat tahu yang klien pernah sakit atau pernah mendapatakan rawatan tetapi tidak dinyatakan dalam borang cadangan, syarikat insuran / takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Perjanjian insurans / takaful dibuat atas dasar kejujuran dua pihak.
#5. Waiting Period.
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa. Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa. Lebih-lebih lagi kad medikal. Tempoh menunggu kebiasaan adalah 120 hari.