25/06/2026
*POV Suami Yang Kira Dengan Realistik*
POV: Saya tak ambil hibah sebab ejen pujuk.
Saya ambil sebab saya kira.
Kalau saya meninggal hari ini, apa yang isteri saya betul-betul dapat?
Gaji saya besar, tapi gaji berhenti bila saya tiada.
Komitmen p**a belum tentu berhenti.
Rumah masih jalan.
Kereta masih jalan.
Anak-anak masih perlukan belanja.
Kos hidup tetap ada.
Kalau ikut faraid, isteri saya hanya layak bahagian tertentu. Kalau ada anak, 1/8 sahaja.
Jadi saya tanya diri sendiri,
“Cukup ke 1/8 itu untuk dia teruskan hidup?”
Kalau saya nak dia ada RM1 juta melalui pusaka, saya perlu ada harta lebih kurang RM8 juta.
Saya belum ada jumlah itu.
Jadi hibah takaful adalah cara saya percepatkan cash untuk dia.
Bila berlaku kematian, dan dokumen lengkap, manfaat hibah boleh dibayar seawal 7–14 hari, bergantung kepada proses syarikat.
Itu yang saya mahu.
Bukan sekadar harta atas nama saya.
Tapi cash yang sampai kepada isteri saya ketika dia paling perlukan.
Pada saya, suami yang bertanggungjawab bukan hanya cari duit masa hidup.
Dia juga susun apa yang berlaku selepas dia pergi.