21/05/2025
Dasar fiskal memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi melalui kesan pengganda (multiplier effect).
1. Mekanisme Multiplier Effect
๐ฏ Perbelanjaan Kerajaan dalam Infrastruktur:
Peningkatan perbelanjaan untuk projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT3, atau landasan kereta api bukan sahaja mencipta pekerjaan langsung dalam sektor pembinaan tetapi juga merangsang permintaan terhadap bahan binaan, perkhidmatan logistik, dan perniagaan tempatan. Pekerja yang menerima pendapatan akan berbelanja lebih banyak, meningkatkan permintaan untuk barangan pengguna seperti makanan, pakaian, dan perkhidmatan lain.
๐ฏ Dasar Cukai yang Lebih Fleksibel:
Pengurangan cukai pendapatan individu atau syarikat meningkatkan pendapatan boleh guna. Sebagai contoh, penurunan cukai syarikat membolehkan pelabur luar lebih banyak dalam pengembangan perniagaan atau teknologi, manakala pengguna mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan akan tingkatkan kitaran pertumbuhan ekonomi.
๐ฏBantuan Langsung kepada Rakyat:
Program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkatkan kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah. Perbelanjaan mereka untuk keperluan asas seperti makanan dan pendidikan. Ia juga menyokong perniagaan mikro dan kecil, yang kemudiannya menggaji lebih ramai pekerja.
2. Contoh Kesannya di Malaysia
Belanjawan 2021 yang memperuntukkan RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan menunjukkan kesan pengganda yang ketara. Suntikan dana ke dalam projek infrastruktur bukan sahaja mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi tetapi juga meningkatkan nilai hartanah, mengurangkan kos logistik perniagaan, dan menarik pelaburan asing. Kajian IMF (2013) juga menunjukkan bahawa setiap RM1 perbelanjaan kerajaan mampu menambah antara RM0.16 hingga RM1.28 kepada KDNK bergantung pada keadaan ekonomi.
๐ฏ Cabaran dan Keperluan Masa
Keberkesanan dasar fiskal bergantung pada masa pelaksanaan dan keadaan makroekonomi. Semasa pandemik COVID-19, suntikan fiskal RM45 bilion berjaya meningkatkan KDNK negara sebanyak 16.1% pada suku kedua 2021. Namun, kesan pengganda mungkin berkurangan jika terdapat kebocoran seperti peningkatan import atau hutang kerajaan yang terlalu tinggi.