Ikan Jos

Ikan Jos Kami berkongsi;

# tips simpanan
# strategi pelaburan
# tips pemilikan hartanah
# menyelesaikan masalah hutang
# bersara dengan bergaya

28/04/2017

Salah ke buat Personal Loan / Financing?
**************************************

Haaaa pernah berangan tak apa nak buat kalau dapat duit banyak? Tipu ahh tak pernah. Nak guna untuk kawin la, beli kereta la, melancong la.
Tapi berapa ramai je yang pilih jalan susah berbanding jalan senang untuk dapat duit banyak2 ni??

Jom tengok contoh macam mana nak dapat rm50,000.

1. Buat simpanan, pelaburan & kerja part time sampai dapat rm50,000. ATAU
2. Pergi bank apply personal loan & dapat rm50,000 dalam masa seminggu.

Mesti la pilih no 1 kan, tapi jangan terkejut aku kerja bank 4 tahun ni ramai gila orang Melayu kita yg pilih no 2. Sebenarnya tak salah pun korang nk buat personal loan.

Dia jadi salah kalau:

❗️KEINGINAN VS KEPERLUAN

buat untuk penuhkan keinginan, bukan keperluan yang mendesak. Contohnya macam.... Kahwin! Hahahah. Nikah WAJIB tapi bila kau choose untuk ada khemah, pelamin, baju sanding kain songket, kompang dan lain2 tu dah jadi kehendak.

❗️ALANG2 MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

dibantainya jumlah maksimum. Nak guna rm3,000 je tapi apply rm10,000. Alang2 dia kata.

❗️GALI LUBANG UNTUK TUTUP LUBANG LAIN

haaa ni penyakit!! Buat loan untuk tutup loan lain. Lagi 5 tahun buat lagi loan untuk tutup loan tadi. Lagi 5 tahun buat lagi. Last2 seumur hidup bekerja untuk bayar Personal Loan sahaja 😱

❗️TIADA EXIT PLAN

buat personal loan tak guna kalau tak tahu cara nak selesaikan. MASUK personal laon pandai, KELUAR dari masalah personal loan tak jumpa. Nak habiskan duit pandai, nak bayar balik tak pandai. Sesat tak jumpa jalan 🤔

❗️TIADA ILMU

bukan ilmu ijazah korang tu. Tapi ilmu kewangan. Korang kena tahu apa kesannya dkt CCRIS kalau lambat atau tak bayar tiap bulan & kesan DSR untuk buat pembiayaan lain (rumah, asb, kereta). Benda mcm ni boleh dapat free2 je dkt internet. Google lah!

❗️BUTA HATI

bukan buta mata tau. Hati. Zaman sekarang ni senang gila nak dapat knowledge pasal kewangan. Dah berapa banyak viral post dah dkt FB ni diorg kongsi tips, pengalaman & idea pasal simpanan, pelaburan, hartanah & takaful? Tapi berapa ramai yang betul2 ikut? Suruh buat ASB untuk saving taknak. Suruh ambik takaful untuk perlindungan taknak. Tiba masa kecemasan perlukan duit, personal loan lah jawabnya kan!! 🤔

Moral of the story, kalau bijak personal loan tu boleh jana beratus2 ribu keuntungan. Tapi tak ramai bijak cmni. So lupakan & elakkan sebaiknya.


Ikan Jos berkongsi; # tips simpanan # strategi pelaburan # tips pemilikan hartanah # perlindungan kewangan # menyelesaik...
27/04/2017

Ikan Jos berkongsi;

# tips simpanan
# strategi pelaburan
# tips pemilikan hartanah
# perlindungan kewangan
# menyelesaikan masalah hutang
# bersara dengan bergaya

Address

Puchong
47100

Telephone

+60124979684

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikan Jos posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category