27/11/2022
5 Kelebihan Beli Rumah Baru Di Malaysia
Bila sebut pasal nak beli/survey rumah baru ni, memang banyak pilihan yang ada. Ada yang beli rumah untuk duduk dan ada juga yang beli rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan.
Jadi untuk perkongsian kali ini, tak kira lah anda nak beli rumah baru untuk duduk ke atau untuk dijadikan pelaburan, jom admin senaraikan 5 Kelebihan Beli Rumah Baru di Malaysia ini. Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca 😉
Haa tapi sebelum tu, meh sini admin nak bagitau definisi untuk Rumah Baru
Rumah Baru = Boleh jadi rumah dalam pembinaan (under construction) atau juga rumah yang sudah siap sepenuhnya, tinggal nak tunggu tuan rumah baru untuk menghuninya.
1) Nama Pun Rumah Baru, Jadinya Semua adalah Baru
Apabila membeli rumah baru, luar dalam rumah tersebut adalah baru. Daripada cat luaran yang kita nampak, sehinggalah pendawaian (wiring) dalaman yang kita tak nampak.
Bila semuanya baru, rasa lebih selesa dan yakin bahawa ianya akan tahan lama berbanding rumah yang dah berusia.
2) Rumah Baru Ada Waranti
Bila dapat kunci rumah baru nanti, jangan risau kalau ada sebarang kerosakan kerana ada waranti. Buatlah senarai semak kecacatan atau lebih dikenali sebagai defect checklist.
Perkara biasa yang disemak adalah:
• Dinding, pastikan tiada rekahan
• Lantai kayu, pastikan tiada kesan air bertakung yang menandakan ada kebocoran
• Jubin atau tiles, pastikan ianya dipasang dengan kemas
• Pendawaian elektrik, pastikan tiada wayar terjojol keluar
• Saliran air, pastikan air boleh mengalir dan tiada air bertakung
• Sistem perpaipan, pastikan tandas tiada bau busuk yang menandakan ada saluran tersumbat
• Pintu, tingkap, grill, pastikan ianya boleh ditutup dan dibuka dengan kemas
• Resapan air, pastikan siling dan bucu berhampiran dengan tingkap tiada takungan air
Jika terdapat sebarang kerosakan, laporkan kepada pemaju dan minta mereka baiki secara percuma kerana masih dalam tempoh waranti.
Admin ada jelaskan ya sebelum ni tentang Defect Liability Period di artikel 10 Tips Beli Rumah Baru Di Malaysia
3) Pakej Promosi Daripada Pemaju
Biasa kan kita dengar beli rumah baru, dapat penghawa dingin percuma, dapat kabinet dapur percuma, dapat itu percuma, dapat ini percuma.
Tak kurang juga ada pemaju yang memberikan rebat atau diskaun untuk pembeli awal. Ada yuran guaman dan duti setem yang ditanggung pemaju.
Malah ada juga pemaju yang beri diskaun buat pembeli bumiputera mahupun bukan bumiputera
4) Lebih Murah Untuk Masuk Rumah
Ada rumah baru yang tak perlukan deposit pun untuk masuk rumah, semuanya dah termasuk dalam harga rumah dan juga pembiayaan bank.
Kalau ada deposit pun, ada pemaju yang minta RM1,000 saja deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju.
5) Rumah Moden Ikut Citarasa Terkini
Projek perumahan baru biasanya dibina mengikut citarasa terkini dan mengaplikasi teknologi-teknologi yang terbaru. Jadi lebih mudahlah untuk kita buat pilihan mengikut kemampuan masing-masing
Konklusinya, setiap kelebihan rumah baru ada juga kekurangannya. Entry selepas ini, admin akan kongsikan pulak kekurangan membeli rumah baru juga tidak ketinggalan admin akan kongsikan Kelebihan & Kekurangan untuk Rumah Subsale.
Anda salah seorang yang sedang mencari rumah ??
Jom tengok Senarai-senarai Projek di bawah Ziyad Property Consultants Melaka
Kredit : https://www.majalahlabur.com