13/12/2023
Semua orang sayang anak kan😊
Jom kita kenali antara jenis2 penyakit yang selalu menghidapi kanak-kanak
1️⃣ PNEUMONIA
Perunding Pediatrik, Hospital Pakar DEMC Shah Alam Dr Fadzillah Ghazalli berkata, ramai ibu bapa menyangka ia penyakit biasa seperti selesema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta paracetamol yang dibeli di farmasi hinggalah keadaan bertambah buruk. Ketika itu, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor.
Katanya, kanak-kanak menghidap pneumonia selalunya dikesan pada peringkat yang sudah parah. Gejala dan tanda pneumonia berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti.
Di Malaysia, pneumonia dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital.
2️⃣ INFLUENZA A
Seperti demam selsema, risiko jangkitan influenza A juga ada pada semua bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit seperti asthma dan diabetis lebih berisiko untuk menghadapi komplikasi apabila didiagnos dengan virus H1N1.
Selain bayi, golongan berisiko tinggi juga terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
Tanpa rawatan awal, komplikasi yang dihadapi boleh melarat sehingga membawa maut. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa mendapatkan rawatan segera sekiranya bayi demam dan menunjukkan beberapa simptom.
3️⃣ ROTAVIRUS
Hampir setiap kanak-kanak mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini. Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.
Ada lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.
Buat lah keputusan lebih awal untuk mendaftar medical card anak-anak anda sebelum terlambat.
📱 wasap.my/601127225245/MedicalCardGETB