Youth Power Club

Youth Power Club Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Youth Power Club, Puchong.

Youth Power Club ditubuhkan dengan matlamat untuk membangunkan potensi generasi belia di peringkat komuniti menerusi penerapan kemahiran kepimpinan, kesukarelaan, keusahawanan dan kemahiran generik.

PencuriPenipuPelancau?
12/08/2021

Pencuri
Penipu
Pelancau?

11/08/2021

Zahid Hamidi yang merompak duit rakyat guna Yayasan Akal Budi tak nak insaf juga ke?

Dalam kertas pendakwaan terbaru, Sadek dituduh melakukan aktiviti haram apabila memasukkan wang RM100k kedalam akaun ban...
08/08/2021

Dalam kertas pendakwaan terbaru, Sadek dituduh melakukan aktiviti haram apabila memasukkan wang RM100k kedalam akaun bank maybank islamic beliau yang kemudian dipindahkan ke akaun ASBnya.

Ramai yang bertanya apa benda aktiviti haram yang dilakukan Sadek tersebut?

Pada 2 April 2018, Parti Bersatu telah diharamkan oleh ROS.

Pada 8 April 2018, Sadek menjalankan satu acara "fund-raising battle for johor" untuk raih dana beliau bertanding sebagai calon parlimen di Muar untuk PRU14.

Menurut live Syed Saddiq pada 22 Julai 2021, (https://www.facebook.com/1130669147012110/videos/933676217487695) beliau berkata fund raising itu tidak ada kena mengena dengan Bersatu kerana Bersatu telah diharamkan, malah katanya Akaun Bersatu juga telah dibekukan.

Maka Fund Raising itu adalah fund raising hanya untuk kapasiti beliau secara peribadi. Tambahnya, sumbangan adalah secara terus kepadanya.

"Sumbangan dibuat terus kepada saya, bukan kepada parti pribumi bersatu malaysia atau armada kerana pada masa tu telah diharamkan, telah dinyahdaftarkan!" - Syed Saddiq

Ada satu poster acara tersebut ditunjukkan beliau sambil bertanya:

"Ada tak gamabr Armada? Ada tak gambar bersatu? Apa nama caption dia? "Fund-raising battle for johor!"

Apa yang tidak diberitahu Syed dalam live beliau itu adalah nombor akaun yang digunakan untuk penyaluran sumbangan raih dana tersebut. Dana bukan ke akaun beliau.

Walaupun beliau cuba menjarakkan aktiviti itu dari Bersatu atau Armada, akaun yang digunakan tersebut mirip nama Armada iaitu "Armada Bumi Bersatu Enterprise".

Malah gambar Tun M ( penerusi Bersatu) dan Muhyidin (Presiden Bersatu) juga digunakan untuk menarik orang ramai, malah dikongsikan fb Armada Johor.

Hasil pemeriksaan di SSM, saya mendapati syarikat tersebut telah tamat tempoh pada 3 Januari 2018.

Maka sebarang aktivi masuk atau keluar wang dari syarikat tersebut adalah haram kerana syarikat tersebut telah tamat tempoh!

Kata beliau lagi:

"Kalau nak buat fund raising parti mestilah bendahari parti yang akan hadir, akan guna akaun parti, akan pastikan bahawa akan dibincangkan dalam mesyuarat parti. None of that! "

Hasil pemeriksaan di SSM juga mendapati "Armada Bumi Bersatu Enterprise" dimiliki secara tunggal oleh Rafiq Hakim. Tahukah anda jawatan apa beliau pegang ketika itu? Bendahari Armada!

Kesimpulannya, benda ni mudah: terkantoi sebab guna akaun syarikat yang dah tamat tempoh.

Sebab tu lah kena dakwa. Fund Raising tak salah. Tapi gunalah akaun yang sah. Benda basic pun tak tahu ke?

Tak perlu lah pusing-pusing kata diugut la, ditawarkan la.

Lagi banyak kau buka mulut, lagi banyak salah saya jumpa dik.

Tulisan berikut nanti saya ulas pasal RM 1 juta yang didakwa dikeluarkan Sadek dari parti tanpa kelulusan pimpinan parti.

p/S : Berapa bunga dapat bro simpan RM100k kat ASB? 😛

-Wartawan Tak Bertauliah-

06/08/2021

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak nak petik nama kepimpinan ARMADA yang lain jugak ke?

Kesianlah dekat Presiden YPC, Rafiq Hakim. Dah berapa kali naik-turun SPRM sedangkan yang curi dan salahguna duit itu orang lain.

Youth Power Club menolak UMNO dan BN! Say No to Kleptocrats!
04/08/2021

Youth Power Club menolak UMNO dan BN!

Say No to Kleptocrats!

KENYATAAN MEDIA

UMNO TEGASKAN PERIKATAN NASIONAL TELAH TIADA MAJORITI

Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas mendakwa Kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong.

Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu.

Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021, bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

UMNO mencabar Kerajaan untuk *segera memanggil Sidang Khas Parlimen* untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada bulan September.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
4 Ogos 2021

Mana Duit YPC?
04/08/2021

Mana Duit YPC?

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor esok. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).....

Syed Saddiq Presiden MUDA bila nak pulangkan duit YPC 55 juta? Syed Saddiq Syed Abdul RahmanReezal Merican Naina Merican...
04/08/2021

Syed Saddiq Presiden MUDA bila nak pulangkan duit YPC 55 juta?

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Reezal Merican Naina Merican dah jadi menteri belia tak kan tak boleh korek balik?

Kenyataan Media Parti MUDA
4/8/2021

PARLIMEN SEGERA, BUKAN SEPTEMBER

Merujuk kepada amanat khas Perdana Menteri, sekiranya benar beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, ia perlu dibuktikan di Parlimen dengan kadar segera.

Tidak ada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September.

Parti MUDA juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah gagal dan perlu berundur.

Kami percaya ia juga adalah pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang.

BIRO POLITIK
Parti MUDA

04/08/2021

Kenyataan rasmi Pejuang, 4 Ogos 2021.

Terus berjuang!
03/08/2021

Terus berjuang!

Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Youth Power Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share