04/07/2020
INFO TAKAFUL
PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL
‘saya ada insurans’
eh , awak ada insurans ke awak ade takaful?
ade beza ke insurans dengan takaful??
———————————————————————
walaupun ramai yang dah ada takaful , tapi hakikat nya, ramai lagi yang kurang faham apa takaful tu sebenarnya dan perbezaan antara model takaful dan insurans.
dalam membincangkan hal takaful dan insurans, saya akan pecahkan dalam beberapa entry supaya tak penat nak baca..
untuk entri ni , saya akan cakap pasal takaful.
Dalam memastikan sesuatu produk kewangan itu patuh shariah, tidak kiralah produk pelaburan ke, loan ke, perlindungan ke, semuanya perlulah bebas daripada unsur
1) riba
2) perjudian
3) gharar (uncertainty)
jadi takaful ialah satu produk perlindungan yang bebas daripada 3 unsur diatas.
Perbezaan yang cukup jelas antara takaful dan insurans ialah
1) takaful : melibatkan PERKONGSIAN RISIKO , dan tiada unsur riba, judi, gharar
2)insurans : melibatkan PEMINDAHAN RISIKO
Terdapat beberapa konsep yang digunakan oleh syarikat takaful dalam mengendalikan hal hal takaful..antara yang paling terkenal ialah konsep wakalah dan mudarabah
Saya hanya akan terangkan konsep wakalah kerana saya rasa inilah model yang kerap digunakan oleh syarikat takaful..
________________________________________
Anda merupakan peserta takaful. Setiap bulan contohnya anda membayar RM 200 .. mana RM 200 ini akan pergi?
1) sebahagian daripada RM 200 anda digunakan untuk membayar CAJ WAKALAH
apa itu caj wakalah??
caj wakalah ini adalah caj yang dikenakan untuk perbelanjaan pengurusan syarikat takaful dan membayar komisyen agent takaful (jadi pastikan agent anda melakukan kerja yang sepatut nya)
berapa caj wakalah ini??
bergantung pada syarikat takaful. Setiap syarikat takaful mempunyai pecahan peratusan caj wakalah yang berbeza
2) setelah di tolak caj wakalah, baki wang ini akan dikumpulkan ke dalam satu dana yang dipanggil dana tabarru. jika ada 1 juta peserta takaful, maka semua duit kita akan dikumpulkan ke dalam ini..
duit di dalam dana tabarru ini akan dilaburkan di dalam pelaburan patuh shariah.segala keuntungan hasil pelaburan akan dimasukkan balik dalam dana tabarru
apa guna dana tabarru ni?
jika anda masuk hospital, jika ada yang meninggal, jika ada yang mendapat penyakit kritikal, maka duit pampasan ini akan diambil dari dana tabarru. inilah yang dimaksudkan dengan takaful di mana kita ‘berkongsi’ risiko. kalaulah seumur hidup anda sihat, tak pernah claim takaful pun, bergembiralah anda kerana secara tak langsung anda sebenarnya telah membantu orang lain yang dalam kesusahan. indahnya Islam kan ? 🙂 ..dapat pahala free~
3) setelah di buat pembayaran pampasan masuk hospital, kematian dan lain lain, jika terdapat SURPLUS di dalam dana tabarru, maka surplus ini akan dibahagikan kepada peserta takaful dan kepada syarikat takaful semula mengikut pecahan peratusan yang di tetapkan…
Senang kan nak faham?
Hubungi@whatapps saya untuk penerangan lebih detail - Ila Takaful
https://tinyurl.com/IlaTakaful