28/08/2026
PROGRAM PENGHARGAAN KAKITANGAN & KONVENSYEN TAKAFUL 2026
Dengan sukacitanya, Auff Risk Agency akan menganjurkan Konvensyen & Latihan Takaful Am 2026 ke Krabi & Hatyai, Thailand pada 28 – 31 Ogos 2026 (4 Hari 3 Malam).
Program ini merupakan salah satu bentuk penghargaan dan penghormatan kepada seluruh kakitangan atas komitmen, usaha dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Selain menjadi ruang untuk berehat dan mengeratkan silaturahim, program ini turut memberi peluang kepada pasukan untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran, memperkukuh kerjasama serta menyusun strategi bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.
🤝 Kakitangan dihargai, pelanggan terus diberi keutamaan.
Terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan kepercayaan serta sokongan kepada Auff Risk Agency.
Semoga program ini menjadi kenangan yang bermakna dan menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan.
🇹🇭 Krabi & Hatyai, here we come!
✨ Bekerja dengan dedikasi, berkembang bersama, melangkah lebih jauh.
Auff Risk Agency
Agensi No. 1 Pilihan Anda