11/06/2023
Bak kata pepatah,
Adat pasang berturun naik
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
🔸Wujudkah Pelaburan yang Sentiasa Untung/ Sentiasa Rugi?
Bila cakap pasal nak melabur, banyak yang tiba-tiba mucul dalam otak, kan? First impression bila cakap melabur je:
📉 nanti duit modal hanguslah
📉 tak untunglah
📉 terlalu berisikolah
📉 Spouse, parents, jiran sebelah, kucing tak bagilah
dan macam-macam lagilah.
🔸Ada jugak yang janji bulan & bintang
Harini melabur minggu depan/ bulan depan dah untung
Masukkan seribu, lepas 2 hari confirm dapat rm15K
❌ contohnya skim cepat kaya. Janji cepat kaya tapi yang sebaliknya jadi
🔸Ok tolak tepi skim cepat kaya, sebenarnya semua spisis pelaburan yang sah ada kelebihan & risikonya yang tersendiri.
Bayangkan kita punya pelaburan ni macam uruskan kebun durian. Sebelum kita even start menanam pokok durian tu, mestilah kita dah study dulu. Da buat research macam mana nak tanam dan jaga poko durian. Dah ada ilmu pasal character pokok durian macam:
🌳 Berapa lama baru pokok tu berbuah;
🌳 Berapa kerap kena baja;
🌳 Jenis baja & tanah yang sesuai;
🌳 Cara penjagaan & macam-macam lagi.
🔸Ada juga pengusaha durian/pelabur yang keluarkan modal je then outsource kepada orang/ pengusaha yang lebih expert untuk bahagian penjagaan ni. Tau-tau nanti dapat hasil.
🔸Tapi... selepas pokok durian tu dah matang & boleh berbuah, adakah pelabur/ pengusaha kebun durian ni confirm akan dapat hasil durian yang semuanya baik-baik belaka & menguntungkan setiap masa?
🔸Last year banyak pokok durian yang buahnya tak berapa menjadi kan? Nak cari yang ngam untuk buat kek pun tak jumpa. Yang untuk jadi tempoyak banyak la. Masih ada lagi dalam freezer tu. Ready je bila nak buat masak lomak tempoyak cili api.Tapi tahun ni alhamdulillah banyak yang menjadi.
🔸Bayangkan kalau last year pelabur/ pengusaha pokok durian ni semua pakat give up dan jual kebun durian diaorang masa tu. Dia pi tebang lak pokok-pokok durian tu sebab frust sangat. Confirm tak dapat merasa hasil yang lumayan this year kan? Menyesal menangis tak berlagu jadinya kang
🔸So, samalah juga dengan instrumen/tempat pelaburan lain sama ada kita invest direct stock market, emas, property, unit trust dan lain-lain. Ada masa turun dan ada masa naik. Yang pasti, market memang move in cycle.
🔸As for unit trust investment, sekarang mostly memang akan nampak merah-merah. Merah mu bara semangat waja. Merah bermaksud harga seunit fund (NAV) sekarang tengah discount or undervalued tapi total units masih remain the same.
🔸Macam cerita pelabur/pengusaha kebun durian tadi, adakah kita patut give up & jual kita punya investment sekarang?
Sebaiknya continue follow strategies in successful unit trust investment. Apply the 4 golden rules and consult with your licensed unit trust consultant.
🔸Unit trust investment ni sebenarnya satu instrumen pelaburan yang boring (jangka panjang), kurang adrenaline rush (low risk) berbanding direct stock market tapi boleh beri good return yang kompetitif kalau kena dengan gaya & strateginya.
🔸Kalau takda consultant yang servis & tak tahu apa mana nak buat dengan your unit trust investment, boleh reach me out.
InsyaAllah i try my very best to assist as i am not just a consultant, but an investor too just like you.
Yang bersabar dengan ujian bila tengok portfolio penuh warna merah 😅
*a few je remain hijau sehijau kuah masak lemak tepoyak