08/04/2022
Panduan pemakanan semasa berpuasa :
1. Bersahur adalah satu keperluan. Pastikan bersahur di hujung waktu menghampiri imsak.
2. Pastikan pengambilan makanan seimbang yang merangkumi semua kump**an makanan pada waktu sahur dan berbuka.
2. Ambil makanan mengikut saiz hidangan yang disarankan dengan jumlah karbohidrat yang betul.
Dapatkan nasihat pegawai Dietetik untuk saranan saiz hidangan dan jumlah karbohidrat yang sesuai.
3. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula semasa berbuka puasa.
4. Ambil snek yang sihat waktu minum malam (selepas tarawih).
5. Pengambilan cecair perlu mencukupi. Pastikan pengambilan 8 gelas air kosong sehari.
6. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.
7. Hadkan pengambilan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.
8. Amalkan mengambil ubat atau insulin yang disesuaikan mengikut waktu makan semasa berpuasa mengikut arahan doktor.