12/08/2021
MAKNA HIBAH.....
Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.
Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.
Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.
Hibah ada dua jenis iaitu:
1.Hibah mutlak
2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)
Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid p**a, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.
Hibah bersyarat p**a penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.
“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat ini,” kata Ustaz Khairul.
Ingin tahu detail HIBAH TAKAFUL drp Great Eastern boleh klik link 👇.... Saya bantu secara percuma...
www.wasap.my/60166569092/HibahGen
Aidi Mohd
Perunding bukan pemaksa..