06/09/2025
Perang Cip Dunia Semakin Hangat: Lepas Samsung & SK Hynix, TSMC P**a Jadi Sasaran
Perang cip antara Amerika Syarikat (AS) dan China makin panas. Kalau sebelum ni gergasi Korea Selatan, Samsung dan SK Hynix kena ‘block’, kali ni giliran Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) p**a masuk dalam radar.
⸻
🔰Apa Berlaku?
Baru minggu lepas, Jabatan Perdagangan AS tarik balik lesen Validated End-User (VEU) untuk Samsung dan SK Hynix di China. Hari ini, TSMC p**a dapat notis rasmi – kilang mereka di Nanjing akan hilang lesen sama hujung tahun ini.
Sekatan ni akan berkuat kuasa dalam masa 120 hari.
⸻
🔰Apa Sebenarnya Lesen VEU?
VEU ni macam lorong ekspres untuk syarikat besar. Dengan lesen tu, mereka boleh dapat teknologi dari AS tanpa perlu isi borang setiap kali.
Bila lesen ditarik, jalan ekspres tu ditutup – upgrade kilang dan rancangan nak tambah kapasiti jadi semakin susah.
⸻
🔰Kesan Kepada Korea & Taiwan
🔴 Samsung & SK Hynix: paling parah sebab kapasiti mereka di China memang besar. Lepas ni hanya boleh kekalkan operasi sedia ada, tapi tak boleh buat expansion.
🔴 TSMC: kurang terkesan sebab kilang di Nanjing hanya hasilkan cip 16nm dan 28nm. Dari segi duit, tak besar. Tapi mesej AS jelas – semua kena ikut rentak mereka.
⸻
🔰Apa Game Plan Amerika?
Kalau ikut Chris Miller, penulis buku Chip War, ni bukan sekadar sekat chip canggih. Washington sebenarnya nak main game lebih besar – elak syarikat China dapat kelebihan melalui loophole, sambil pastikan syarikat cip buatan AS sendiri naik.
Dengan langkah ni, AS bukan lagi sekadar kawal eksport, tapi terus kontrol operasi dalam China.
⸻
🔰Micron Jadi Tumpuan
Nama yang banyak disebut sekarang: Micron Technology. Selama ni pasaran memori dunia dikuasai tiga pemain – Samsung, SK Hynix dan Micron.
Bila dua gergasi Korea tersekat, Micron nampak ada peluang besar untuk ambil lebih banyak pasaran global. Walaupun syarikat cip China mungkin naik dalam negara sendiri, di peringkat antarabangsa Micron masih ada laluan lebih lapang.
⸻
🔰 Apa Maksudnya Untuk Pelabur?
▶️ Jangka pendek: Pasaran boleh jadi volatile, terutamanya saham syarikat yang banyak kilang di China.
▶️ Jangka panjang: Pemain AS macam Micron, Intel, Texas Instruments, dan juga TSMC (projek luar China) mungkin jadi pemenang besar dengan sokongan CHIPS Act.
⸻
Perang cip ni dah masuk level baru – bukan sekadar larang eksport, tapi kawal terus kilang dalam China.
Bagi pelabur, isyaratnya jelas:
✅ Bersedia untuk market goyang dalam masa dekat.
✅ Cari peluang pada syarikat yang selari dengan dasar industri AS – di situlah potensi sebenar untuk jangka panjang.