Puan Nur Saidatuh

Puan Nur Saidatuh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puan Nur Saidatuh, Investing Service, 6 Jalan Pjs 7/17 Taman Bandar Sunway Petaling Jaya, Petaling Jaya.

⭐ Merujuk kepada Learning Pyramid, kunci utama untuk fahami sesuatu ilmu dengan sangat baik adalah dengan mengajarkan il...
02/08/2025

⭐ Merujuk kepada Learning Pyramid, kunci utama untuk fahami sesuatu ilmu dengan sangat baik adalah dengan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Kefahaman anda akan meningkat sehingga 90% dengan mengajar.
⭐ Jangan risau dengan tahap ilmu yang anda ada sekarang. Mulakan sahaja mengajar orang lain apa yang anda faham mengenai ilmu pelaburan saham.
⭐ Selagi anda tidak mampu menjelaskan sesuatu perkara itu dengan ringkas dan mudah, ini akan membuatkan anda sedar yang anda sebenarnya masih belum cukup faham ilmu tersebut.
⭐ Anda juga akan dapat banyak belajar daripada soalan-soalan yang diajukan oleh mereka yang anda ajar. Rasa komitmen dan tanggungjawab untuk memberikan kefahaman semasa mengajar membuatkan anda akan melipatgandakan usaha dalam menambah ilmu.
Jadi, mulakan berkongsi ilmu dari sekarang. Anda akan dapati kefahaman dan result trading anda akan bertambah baik dengan lebih cepat

Sektor EMS Malaysia: Besar, Tapi Rapuh?Industri perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) di Malaysia memang tengah rancak...
01/08/2025

Sektor EMS Malaysia: Besar, Tapi Rapuh?
Industri perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) di Malaysia memang tengah rancak. Banyak syarikat tempatan dalam sektor ini bertanggungjawab untuk memasang pelbagai komponen elektronik sehingga menjadi produk siap. Malah, ada yang turut menghasilkan bahagian plastik dan logam sendiri.
Tapi, ada satu masalah besar—mereka tak memiliki hak intelektual (IP) terhadap produk yang dihasilkan. Semuanya milik pelanggan.
🔰EMS: Sektor Penting Tapi Makin Mencabar
Sektor EMS adalah sebahagian besar daripada industri elektrik dan elektronik Malaysia, yang menyumbang banyak kepada ekonomi negara. Beberapa syarikat utama seperti VS Industry Bhd dan SKP Resources Bhd masih untung, tetapi keuntungan mereka tak berkembang dengan ketara.
Syarikat lain seperti Aurelius Technologies Bhd, Globetronics Technology Bhd, dan Ge-Shen Corp Bhd pun mengalami tekanan yang sama.
Satu tamparan hebat bagi industri ini adalah pada tahun 2022, apabila Dyson, salah satu pelanggan besar syarikat EMS Malaysia, membatalkan kontraknya dengan ATA IMS Bhd. Puncanya? Isu buruh paksa dan keadaan kerja yang kurang baik.
Selain itu, Nationgate Holdings Bhd, yang sebelum ini melonjak kerana menghasilkan server AI untuk Nvidia, kini terkesan akibat sekatan eksport teknologi AI oleh Amerika Syarikat.
Sementara itu, Cape EMS Bhd p**a mengalami penurunan mendadak dalam keuntungan selepas disenaraikan di bursa saham, menyebabkan para pelabur hilang keyakinan.
🔰Tiada IP, Tiada Kuasa
Hakikatnya, syarikat EMS sentiasa berdepan persaingan sengit, perubahan permintaan pelanggan dan peraturan ketat.
Masalah utama?
Mereka tidak memiliki hak ke atas produk yang mereka hasilkan. Tanpa IP, mereka hanya jadi “tukang pasang” dan bergantung sepenuhnya pada kehendak pelanggan serta keadaan pasaran global.
Inilah cabaran sebenar bagi syarikat EMS Malaysia—besar, penting, tapi rapuh jika bergantung terlalu banyak pada pelanggan tanpa memiliki teknologi atau produk sendiri.

💻 Sektor Kajian: Teknologi - Pemulihan Masih Kuat1. Saham teknologi Malaysia kini diniagakan bawah P/E 20x, jauh di bawa...
31/07/2025

💻 Sektor Kajian: Teknologi - Pemulihan Masih Kuat
1. Saham teknologi Malaysia kini diniagakan bawah P/E 20x, jauh di bawah purata 5 tahun.
2. China Plus One: strategi syarikat global alihkan operasi dari China ke negara lain.
3. Malaysia salah satu penerima manfaat dan ini antara sebab sektor teknologi tempatan dilihat makin menarik.
📌 Antara saham pilihan utama dan harga sasar..

Kalau anda nak cepat kaya, melabur saham hari ini dan harapkan esok sudah dapat p**angan berlipat kali ganda, maka pelab...
30/07/2025

Kalau anda nak cepat kaya, melabur saham hari ini dan harapkan esok sudah dapat p**angan berlipat kali ganda, maka pelaburan saham tidak sesuai untuk anda.
Pelaburan saham sama juga seperti bidang lain, perlukan ilmu dan pengalaman secukupnya baru anda boleh jana p**angan secara konsisten.
Mereka yang masuk ke pasaran saham tanpa ilmu dan hanya membeli mengikut tip/buy call, kebanyakannya tidak akan kekal lama dalam pasaran.
Jika anda mahu nikmati p**angan seperti yang diperolehi oleh pelabur saham berjaya, anda perlu mulakan belajar melabur saham dari sekarang. Anda tiada masa untuk dibazirkan, setiap saat adalah sangat-sangat berharga.
Masa yang sudah berlalu tak dapat diundur semula. Jadi, manfaatkanlah masa yang masih ada sebaik mungkin dan lakukan yang terbaik selagi kita diberikan kesempatan.

Bila trade saham, banyak benda kita kena fikir.Perkara pertama tentulah.."Nak cari patuh syariahlah."Kemudian kena tanya...
29/07/2025

Bila trade saham, banyak benda kita kena fikir.

Perkara pertama tentulah..

"Nak cari patuh syariahlah."

Kemudian kena tanya diri, aku nak blue chip ke penny stock?

Lepas tu kena fikir, nak fokus sektor industri apa?

Penjagaan kesihatan ke? Hartanah ke? Bahan ruji ke? Utiliti ke? Teknologi ke?

Lepas tu dari sektor tu nak pilih kaunter yang mana p**ak.

Lepas tu nak pilih analisis teknikal yang sesuai p**ak.

Dah analisis-analisis, akhirnya jadi paralisis, lumpuh, sebab banyak sangat.

Kalau anda orang macam ini, anda kena cari pasaran yang lebih simple.

Fokus.

Sebab itulah kami pilih Futures Crude Palm Oil (FCPO).

Dah tentu FCPO itu satu produk sahaja.

Dan dah tentu FCPO itu volume selalu ada.

Jadi apa lagi.

Zass~.

PM kami sekarang.

[5 Soalan Pelabur Wajib Jawab Sebelum Memasuki Pasaran Saham]🟠 Ilmu dalam bidang pelaburan saham ini sangat luas. Macam-...
28/07/2025

[5 Soalan Pelabur Wajib Jawab Sebelum Memasuki Pasaran Saham]
🟠 Ilmu dalam bidang pelaburan saham ini sangat luas. Macam-macam ilmu kita boleh belajar dan lagi banyak kita belajar, kita akan sedar yang lagi banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya.

🟠 Dalam pelaburan saham, matlamat utama semua pelabur adalah untuk menggandakan modal pelaburan secara konsisten. Tidak dinafikan, bagus jika kita rajin belajar untuk menambah ilmu.

🟠 Namun, jika anda mahu mencapai matlamat anda secepat mungkin, anda perlu bijak untuk memilih ilmu mana yang penting untuk dikuasai bagi menjana keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham.

🟠 Sebagai panduan, pastikan anda mempunyai jawapan bagi setiap 5 soalan berikut sebelum memasuki pasaran saham (rujuk gambar di bawah).

🟠 Jika anda masih belum dapat jawab dengan yakin 5 soalan dibawah, bermakna ilmu anda masih belum mencukupi.
▪ Teruskan menambah dan mendalami ilmu sehingga anda temui jawapan kepada soalan-soalan ini.

PELABUR VS GAMBLERDi dalam dunia pasaran kewangan yang sentiasa berubah dengan pantas, terdapat dua peranan yang sering ...
26/07/2025

PELABUR VS GAMBLER
Di dalam dunia pasaran kewangan yang sentiasa berubah dengan pantas, terdapat dua peranan yang sering kali menjadi kekeliruan – pelabur saham yang bijak dan penjudi yang berani. Walaupun keduanya melibatkan risiko dan wang, perbezaan antara pelaburan yang disiplin dan perjudian yang berlebihan sangat jelas.
Dalam artikel ini, kita akan merungkai misteri mengenai bagaimana seseorang boleh berpura-pura sebagai pelabur saham tetapi pada hakikatnya bertindak seperti seorang penjudi, dan mengapa membezakan di antara kedua-duanya adalah penting dalam mencapai kejayaan kewangan yang sebenar."
Berikut adalah beberapa cara di mana pelabur saham boleh bertindak seperti seorang penjudi:
1. Spekulasi Tanpa Analisis:
Jika seorang pelabur saham membuat keputusan pelaburan tanpa melakukan analisis asas atau teknikal yang berdasarkan fakta dan data, mereka bergantung kepada nasib semata-mata, mirip dengan cara penjudi membuat pertaruhan tanpa strategi.
2. Pertaruhan Terlalu Risiko:
Apabila seorang pelabur saham meletakkan semua atau sebahagian besar modal mereka dalam satu saham yang sangat berisiko atau dalam pelaburan yang tidak diversifikasi, mereka mengambil risiko yang tinggi yang serupa dengan taruhan besar yang dilakukan oleh penjudi.
3. Reaksi Emosi Terhadap Pasaran:
Jika pelabur saham sering terpengaruh oleh emosi ketika nilai saham mereka naik atau turun, dan mengambil keputusan pelaburan berdasarkan perasaan, ini boleh menunjukkan tindakan yang tidak disiplin dan impulsif seperti penjudi.
4. Penyelidikan yang Kurang:
Pelabur saham yang tidak memahami sepenuhnya syarikat-syarikat yang mereka miliki saham, serta tidak mengambil masa untuk memahami industri dan pasaran, boleh membuat keputusan pelaburan yang berdasarkan spekulasi dan harapan semata-mata, serupa dengan pemain judi yang bertaruh tanpa pengetahuan.
5. Tujuan Keuntungan Segera:
Jika matlamat utama pelabur saham adalah untuk mencari keuntungan segera tanpa mengambil kira jangka masa panjang, mereka mungkin mengambil risiko yang tidak perlu dan bersifat spekulatif, seperti penjudi yang mencari p**angan segera.
Penting untuk diingat bahawa pelaburan saham yang berjaya melibatkan perancangan, pengetahuan, analisis, dan pengurusan risiko yang baik.
Bagi mereka yang ingin berpelaburan dalam saham, adalah bijak untuk mengambil pendekatan yang berpandangan jangka panjang, melakukan penyelidikan yang mendalam, dan menjaga emosi dalam membuat keputusan pelaburan, sebaliknya daripada bertindak seperti seorang penjudi yang bergantung kepada nasib semata-mata.

Peraturan Hidup 😁
25/07/2025

Peraturan Hidup 😁

Setiap tahun ramai yang teruja menantikan pelancaran iPhone model terbaru. Hadir dengan reka bentuk elegan, ciri terbaru...
24/07/2025

Setiap tahun ramai yang teruja menantikan pelancaran iPhone model terbaru. Hadir dengan reka bentuk elegan, ciri terbaru, dan memilikinya merupakan simbol status bagi sesetengah orang.
Tetapi, bagaimana jika kita berfikir sedikit di luar kotak? Kita bercakap tentang dunia saham.
Saham Syarikat Apple merupakan antara saham paling berjaya di dunia. Inilah sebabnya membeli saham Apple mungkin merupakan satu langkah yang hebat:
1) PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG
Nilai Apple dalam pasaran telah meningkat secara konsisten selama bertahun tahun. Apabila kita melabur dalam saham mereka, kita sebenarnya melabur dalam visi, inovasi dan masa depan mereka. iPhone mungkin hanya bertahan beberapa tahun, tetapi saham itu berpotensi memberi p**angan untuk beberapa tahun akan datang.
2) DIVIDEN DAN POTENSI PULANGAN
Apple diketahui memberikan dividen kepada pemegang saham mereka. Jadi, daripada berbelanja untuk sesuatu yang akan menyusut nilai seperti telefon, memiliki saham boleh memberi kita potensi p**angan kewangan dan juga pendapatan pasif dari masa ke semasa.
3) JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA GAMBARAN YANG LEBIH BESAR
Jika memiliki saham Apple, kita merupakan sebahagian daripada perjalanan mereka. Kita mengambil minat khusus dalam kejayaan dan cabaran mereka. Ia bukan hanya tentang memiliki produk, ia juga tentang menjadi sebahagian daripada kisah ekonomi global.
Apa kata daripada bersusah payah berhabis duit sekarang dgn membeli iPhone terbaru, anda labur dalam fund yang boleh menghasilkan dividen setiap tahun. Anda belilah iPhone terbaru dari hasil dividen tersebut. Bijak ke bijak?
Jadi, setiap kali anda rasa ingin membeli iPhone terkini, fikir dahulu. Adakah anda ingin memiliki teknologi yang mungkin ketinggalan zaman selepas beberapa tahun atau anda ingin menjadi sebahagian pemilik syarikat yang sentiasa konsisten melakari masa depan?
Memang sayang kalau tak ambil peluang melabur dalam syarikat yang gergasi macam ni.
Tak perlu modal yang besar atau labur guna USD. Hanya serendah RM100 sahaja, dah boleh melabur dalam fund yang memegang saham syarikat Apple.
Sudah tentu patuh syariah dan boleh dibuat secara online sahaja.

23/07/2025

Ada yang dari Batu Pahat, Johor 🤩

☀️ Saham Kajian: Samaiden Terima Dorongan Biotenaga1. Samaiden disenarai pendek untuk program Tarif Galakan (FiT) 2.0 ol...
22/07/2025

☀️ Saham Kajian: Samaiden Terima Dorongan Biotenaga
1. Samaiden disenarai pendek untuk program Tarif Galakan (FiT) 2.0 oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
2. Syarikat berjaya memenangi tawaran kerja untuk dua loji biojisim dan satu loji biogas.
3. Perjanjian pembelian kuasa (PPA) ini berlangsung selama 21 tahun.
📌 Harga sasar (TP) kekal pada RM1.44 dan berpotensi menaik

Address

6 Jalan Pjs 7/17 Taman Bandar Sunway Petaling Jaya
Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Nur Saidatuh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share