26/06/2023
Morning guys, what concern me about market today?
- Nilai brent oil didagangkan tinggi pada sesi asia pagi ini disebabkan oleh kebarangkalian wujudnya masalah penawaran kuantiti dari Rusia.
Mengikut teknikal carta mingguan, (H $78.22), (L $71.66).
idea:
Ada sentimen sedang bergerak, melepasi (H) adalah peluang untuk membeli, sementara sebarang posisi jualan tidak berminat.
- Nilai emas diapungkan baik pagi ini setelah mengalami tekanan akibat dari unjuran Fed Reserve untuk kekal menaikkan kadar faedah 2 kali lagi pada tahun ini. Pergerakan nilai terdekat mingguan bagi nilai emas (Low $1910.20), (H $1983.50).
Dari aspek teknikal carta, small - mid trend bersifat (mild bearish) sementara mid - long trend adalah (agressive bullish).
idea:
Tidak berminat untuk melakukan sebarang posisi belian kerana belum mempunyai sebarang catalyst yang baik walaupun harga berada pada titik rendah. Fokus kekal bersama jualan.
-FBMKLCI hari ini didagangkan baik pagi ini. Saat ini kenaikan sebanyak 0.11%. Merujuk pada data carta mingguan, (L 1369.41, H 1438.33).
idea:
Mencari peluang membeli dengan aset mega dan stabil mengikut pada catalyst pengumuman YAB PM pada 19 Jun lalu menyatakan kehadiran pelabur luar ke dalam Malaysia. "Search for invest"
- Ringgit pagi ini didagangkan semakin rendah berbanding Dollar pagi ini. (L 4.671) (H 4.688). Mengikut data, nilai terendah adalah 4.747.
Faktor kejatuhan adalah berpunca reaksi dari Fed Reserve yang mahu menaikkan kadar rate dan secara asasnya pelabur akan lebih memihak pada currency yang menawarkan rate lebih tinggi.
Nak sembang santai berkongsi tentang aset pilihan anda, boleh park ruangan komen.
Selamat Melabur...