14/02/2016
[ PERKONGSIAN ]
Apa itu Takaful?
==============
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling derma-menderma dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat Salah seorang daripada kumpulan ditimpa malapetaka atau musibah.
Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal.
* Tetapi ramai yang berpendapat rugi apabila ambil Polisi Takaful kerana mereka berangapan jika tidak sakit, sia-sia sahaja simpanan yang di carum tiap-tiap Tahun. NAMUN
- Jika di lihat dari sudut Konsep Takaful, kita tidak akan merasa rugi kerana walaupun kita tidak pernah Claim @ Sakit, secara tidak langsung kita sedang menderma dari segi wang ringgit kepada orang yang memerlukan Rawatan & membantu dari segi bayaran pampasan Kematian @ Cacat kekal kepada pencarum lain.
{Kenapa Kita Perlukan Takaful..?}
1. Setiap manusia tidak boleh menjangka bila akan tiba Musibah(Kemalangan,Penyakit, Kematian).
2. Sebagai persiapan Sekiranya Sebarang musibah Berlaku, Kita tidak perlu Meminta @ Berhutang dengan sesiapa untuk Melangsaikan kos rawatan di hospital.
3. Sebagai Alternatif @ Backup Plan Sekiranya Tidak mampu bekerja disebabkan kemalangan @ penyakit, Kita masih lagi Mempunyai Income untuk menyara Keluarga Tercinta.
4. Takaful Merupakan salah satu daripada (4 Color Of Money) yang mana Setiap Orang perlu ada dalam Menguruskan Kewangan Masing-masing.
*Jom sama-sama berkongsi keindahan bertakaful kepada sahabat-sahabat kita yang lain.. Semoga saling mendapat barakah daripada sedikit perkongsian ini.
*untuk pertanyaan lanjut berkenaan cara untuk mengambil polisi Takaful, boleh whatsapp 0194491238