Kausar Wealth Management - Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam

Call Directions Website Contact the business

Kausar Wealth Management - Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam Islamic Wealth Management (Pengurusan & Perancangan Harta)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Tn. Hj. Ariffin bin Sabirin, Presiden Kump**an/ Ketua Pegawai Eksekutif W...
03/11/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Tn. Hj. Ariffin bin Sabirin, Presiden Kump**an/ Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki serta terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ketenangan dalam memimpin.

Terima kasih atas kepimpinan, visi dan komitmen dalam memperkasa kesedaran masyarakat tentang kepentingan perancangan harta pusaka Islam, demi kesejahteraan generasi hari ini dan akan datang.

Semoga setiap usaha terus membuahkan kejayaan, memberi manfaat kepada ummah dan meninggalkan legasi yang bermakna.

Ikhlas daripada,
Kausar Group.

DANA TAKAFUL BESAR, TETAPI ADAKAH HASRAT PEMILIKNYA AKAN TERCAPAI?Bagi pemilik perniagaan, Takaful bukan sekadar instrum...
28/10/2026

DANA TAKAFUL BESAR, TETAPI ADAKAH HASRAT PEMILIKNYA AKAN TERCAPAI?

Bagi pemilik perniagaan, Takaful bukan sekadar instrumen perlindungan kewangan, tetapi sebahagian daripada strategi memastikan kelangsungan keluarga dan perniagaan.

Namun, satu persoalan penting perlu diberi perhatian.

Apabila dana Takaful diterima oleh penerima manfaat, adakah sudah ada perancangan yang jelas tentang bagaimana dana tersebut akan diurus dan dimanfaatkan?

Perancangan yang baik bukan sekadar memastikan dana tersedia, tetapi juga bagaimana dana tersebut dapat memenuhi hasrat pemiliknya.

Melalui Pusaka Unlock Siri 7, peserta akan didedahkan kepada perspektif bagaimana perancangan pewarisan harta Islam dapat melengkapi perlindungan Takaful melalui pendekatan:

DANA → HASRAT → PENGURUSAN → PELAKSANAAN

Perkongsian ini amat relevan kepada profesional Takaful, penasihat kewangan, usahawan dan pemilik syarikat yang ingin memahami kepentingan perancangan kewangan serta kesinambungan legasi.

Kerana perancangan yang menyeluruh bukan sekadar menyediakan dana, tetapi memastikan ada hala tuju yang jelas untuk memenuhi hasrat pemiliknya.

📌 PUSAKA UNLOCK SIRI 7
📅 Jumaat | 30 Oktober 2026
🕘 9.00 malam
💻 Zoom Live
🎙 Khamarul Azhar Hashim
Co-Founder & Managing Director
Kausar Wealth Management

📲 Daftar di sini:
https://wa.link/gz1mc2

DAULAT TUANKU | JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR 2001–2026Dengan penuh hormat dan takzim, Kausar Group merafak s...
25/10/2026

DAULAT TUANKU | JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR 2001–2026

Dengan penuh hormat dan takzim, Kausar Group merafak sembah menjunjung kasih serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan rahmat, kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada Tuanku. Warga Kausar Group turut mendoakan agar Negeri Selangor terus maju, makmur dan harmoni di bawah naungan pemerintahan Baginda, demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Kausar Group

🌿 SALING MENGINGATKAN KEBAIKANKadangkala, satu nasihat yang ikhlas mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan seseora...
23/10/2026

🌿 SALING MENGINGATKAN KEBAIKAN

Kadangkala, satu nasihat yang ikhlas mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang.

Allah SWT berfirman:
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
📖 Surah Adz-Dzariyat, 51:55

✨ Teruslah mengajak kepada kebaikan, walaupun dengan kata-kata yang sederhana. Semoga setiap peringatan menjadi asbab kebaikan buat kita semua. 🤲

19/10/2026
16/10/2026
“Dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” — Surah Al-Ahzab, 33:3Tawakal bukan bererti ber...
16/10/2026

“Dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” — Surah Al-Ahzab, 33:3

Tawakal bukan bererti berhenti berusaha, tetapi belajar untuk tenang setelah menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Kerana apa yang di luar kemampuan kita, tidak pernah berada di luar kekuasaan Allah. 💙

Semoga Allah mempermudah segala urusan dan mengurniakan ketenangan dalam setiap langkah kita.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

🚨 DANA TAKAFUL ADA, TAPI ADAKAH HASRAT ANDA TERCAPAI?🚨Kita ambil takaful untuk bayar hutang, jaga anak & keluarga... tap...
16/10/2026

🚨 DANA TAKAFUL ADA, TAPI ADAKAH HASRAT ANDA TERCAPAI?🚨

Kita ambil takaful untuk bayar hutang, jaga anak & keluarga... tapi bila pampasan masuk, siapa yang akan uruskan? Bagaimana p**a kalau penerima masih bawah umur?

Sertai PUSAKA UNLOCK 7 & fahami bagaimana Perancangan Pewarisan menghubungkan:
➡️ DANA → HASRAT → PENGURUSAN → PELAKSANAAN

👨‍🏫 Penceramah: Khamarul Azhar Hashim (Co-Founder & Managing Director,
Kausar Wealth Management)
📅 Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 Malam
💻 Platform: Zoom Live

📲 Tekan link untuk pendaftaran
👉 [wa.link/gz1mc2]

🔥 LAST DAY! HARGA EARLY BIRD SEMINAR MAL SYARIAH 2026 🌿Assalamualaikum W.B.T.⏳ HARI TERAKHIR ! Tawaran harga Early Bird ...
15/10/2026

🔥 LAST DAY! HARGA EARLY BIRD SEMINAR MAL SYARIAH 2026 🌿

Assalamualaikum W.B.T.

⏳ HARI TERAKHIR ! Tawaran harga Early Bird berakhir HARI INI, 15 OKTOBER 2026!

💰 Yuran Early Bird:
🎓 Pelajar Sarjana Muda: RM50
👥 Umum/Profesional: RM130
💻 Online (Zoom): RM50

🗓 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Dewan Kuliah Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS) UKM, Bangi

📲 Daftar sekarang sebelum tawaran berakhir!
👉 https://bit.ly/SeminarMal26

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu berkaitan Mal Syariah bersama barisan panel berpengalaman. Kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda! ✨

Address

B-G-29, Dataran Cascades, No 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara PJU 5, Petaling Jaya 47810
Petaling Jaya
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60376217242

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kausar Wealth Management - Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kausar Wealth Management - Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam:

Shortcuts

Share

Nearby finance companies