Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa

Call Directions Contact the business

Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa, Financial service, Wisma Ungku A. Aziz, Petaling Jaya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,YBhg. Dato Seri/Dato/Datuk/Dr/Tuan/Puan,Pihak Agensi Kaunseling Dan Pengurusan K...
08/04/2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato Seri/Dato/Datuk/Dr/Tuan/Puan,

Pihak Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Experian Information Services Sdn Bhd akan mengadakan Sesi Webinar bertajuk “𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠” pada 𝟏𝟒 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎.𝟎𝟎𝐚𝐦 - 𝟏𝟏.𝟑𝟎𝐚𝐦. Pihak penganjur memohon agar Link Pendaftaran Webinar ini dapat diwar-warkan kepada ahli koperasi.

----------------------------------------------
“𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠”, webinar 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Experian, bersama panel jemputan dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Membincangkan kesan moratorium dan persediaan yang harus dilakukan untuk pengurusan hutang dengan baik. Kehidupan akan menjadi lebih tenang dengan pengurusan hutang yang bijak dan mencapai kesejahteraan kewangan.
Kunci Utama Webinar:
👉Sebab dan tanda-tanda masalah kewangan
👉Apa perlu saya buat?
👉Tindakan pemulihan diambil oleh institusi kewangan
Daftar sekarang: https://bit.ly/Webinar-APR

----------------------------------------------
“𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠” a 𝐅𝐑𝐄𝐄 webinar in collaboration with Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) and Experian with invited panelist from Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Discussing the effects of the moratorium and the preparations that should be made for proper debt management. Life will be calmer with wise debt management and achieving financial well-being.
Key Takeaways:
👉Causes and signs of financial problem
👉What should I do?
👉Remedial action taken by financial institutions
Register Now: https://bit.ly/Webinar-APR

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐮-𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢.

03/06/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa berbesar hati menjemput YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai program secara ‘online’ yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

1. 𝑷𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒏𝒊𝒂𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒍𝒆𝒌𝒐𝒎𝒖𝒏𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊 𝒓𝒆𝒅𝑶𝑵𝑬 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨𝑺𝑨 𝒅𝒊 𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒓𝒆𝒅𝑪𝑶𝑶𝑷
Tarikh : 16 Jun 2021 (Rabu)
Masa : 02.00 petang - 03.30 petang (1 jam 30 minit)
Penyertaan : Terbuka kepada semua ALK / Kakitangan pengurusan koperasi seluruh
Malaysia
Platform : Zoom meeting

2. 𝑹𝒆𝒗𝒐𝒍𝒖𝒔𝒊 𝑷𝒐𝒓𝒕𝒂𝒍 𝑴𝒚𝑨𝒛𝒁𝒂𝒉𝒓𝒂 2.0
Tarikh : 17 Jun 2021 (Khamis)
Masa : 02.00 petang - 03.30 petang (1 jam 30 minit)
Penyertaan : Terbuka kepada semua ALK / Kakitangan pengurusan 𝐤𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚
Platform : Zoom meeting

3. 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒊𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑺𝒉𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒌𝒕𝒐𝒓 𝑲𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑩𝒂𝒏𝒌 𝑴𝒖𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅
Tarikh : 24 Jun 2021 (Khamis)
Masa : 02.00 petang - 03.30 petang (1 jam 30 minit)
Penyertaan : Terbuka kepada semua ALK / Kakitangan pengurusan koperasi seluruh
Malaysia
Platform : Zoom meeting

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 𝑪𝒊𝒌 𝑵𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂𝒉 / 𝑪𝒊𝒌 𝑨𝒘𝒓𝒂 di talian: 𝟎𝟏𝟐-𝟑𝟎𝟓𝟕 𝟐𝟕𝟑 / 𝟎𝟏𝟎-𝟗𝟓𝟕 𝟕𝟎𝟖𝟕. Kehadiran YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

JEMPUTAN MENYERTAI SESI ONLINE APLIKASI ZOOM MEETING ANJURAN SEKTOR KEWANGAN ANGKASADengan segala hormatnya perkara di a...
21/12/2020

JEMPUTAN MENYERTAI SESI ONLINE APLIKASI ZOOM MEETING ANJURAN SEKTOR KEWANGAN ANGKASA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan (BPKK) ANGKASA akan menganjurkan satu sesi online melalui aplikasi *Zoom Meeting* seperti berikut:

1) KAEDAH PEMASARAN DAN PELUANG PERNIAGAAN PRODUK MYANGKASA AMANAH BERHAD

Tarikh : 29 Disember 2020 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi– 12.30 tengahari (1 jam 30 minit)
Platform : ZOOM Meeting
Meetings ID : 841 7821 2180
Meeting Password : 876220

Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya ingin menjemput dua (2) orang wakil terdiri daripada Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari atau pengurusan untuk menghadiri program tersebut. Sila isikan Borang Penyertaan yang dilampirkan bersama-sama surat ini dan emailkan semula kepada email: [email protected].

Sebarang pertanyaan berkaitan ini, sila hubungi Pn Maimunah (012 361 4757) atau Pn Nik di talian (017 247 2260).

Sekian terima kasih

30/11/2020
JEMPUTAN MENYERTAI SESI ONLINE APLIKASI ZOOM MEETINGS ANJURAN SEKTOR KEWANGAN ANGKASAUntuk makluman tuan/puan, Bahagian ...
30/11/2020

JEMPUTAN MENYERTAI SESI ONLINE APLIKASI ZOOM MEETINGS ANJURAN SEKTOR KEWANGAN ANGKASA

Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan (BPKK) ANGKASA akan menganjurkan Dua Sesi Online Aplikasi Zoom Meeting seperti berikut:

1) Peluang Rakan Niaga RedCoop
Tarikh : 3 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 2.00 petang– 3.00petang (1 jam )
Platform : ZOOM Meetings
Meetings ID : 89371085036
Meeting Password : 576861

2) Rangsangan Modal Melalui Bank Rakyat

Tarikh : 4 Disember 2020 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi– 12.00 tengah hari (1 jam )
Platform : ZOOM Meetings
Meetings ID : 89604630519
Meeting Password : 843114

Berikut adalah beberapa objektif penganjuran program :
• Untuk memberi informasi kepada koperasi mengenai peluang perniagaan TELCO yang ditawarkan melalui program RedCOOP.
• Memberi informasi kepada koperasi mengenai pakej-pakej rangsangan modal yang terdapat di pasaran untuk pembangunan perniagaan koperasi.

Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya ingin menjemput dua (2) orang wakil terdiri daripada Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari atau pengurusan untuk menghadiri program tersebut. Sila isikan Borang Penyertaan yang dilampirkan bersama-sama surat ini dan emailkan semula kepada email: [email protected] atau faks kan ke nombor 03-7804 6722

Untuk makluman juga sijil penghargaan dan sedikit cenderamata akan diberikan kepada pihak Tuan/ Puan yang mengikuti Dua Sesi Online Aplikasi Zoom Meetings sehingga tamat.

Sekian terima kasih.

23/10/2019

It’s a wrap!! Alhamdulillah, syukur akhirnya Persidangan FINTECH Syariah Koperasi 2019 telah melabuhkan tirainya dgn penganjuran yang berjalan dengan lancar. Semoga semua Koperasi yang hadir mendapat manfaat daripada persidangan ini. Ini adalah satu langkah mula bagi gerakan koperasi menerokai teknologi kewangan (FINTECH) serta aplikasinya dalam mengekalkan daya saing koperasi seiring dengan kemajuan teknologi kewangan yang pesat membangun.

Sekalung penghargaan kepada seluruh “Working Committee” dan juga petugas2 daripada ANGKASA dan juga SEDANIA di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjadikan persidangan ini satu kenyataan. Tahniah diucapkan!

Kepada semua peserta2, kami mewakili “working committee” dan petugas persidangan memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang penganjuran. Walaupun begitu, sokongan tuan puan adalah tunjang utama kepada persidangan ini.

Insyaallah, kita akan bertemu lagi pada siri yg seterusnya pada tahun hadapan dengan agenda yg lebih menarik dan informatif.

TERIMA KASIH.

Dalam forum "Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi", para panel bersetuju bahawa pengemudi FINTECH Islamik mempunya...
22/10/2019

Dalam forum "Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi", para panel bersetuju bahawa pengemudi FINTECH Islamik mempunyai tanggung jawab tambahan yang amat penting iaitu untuk memastikan setiap peraturan dan syarat-syarat kewangan Islam dipatuhi.

Kita tidak hanya boleh berpuas hati dengan dunia di hujung jari. Sebagai Muslim, kita perlu memastikan dunia dan akhirat berada di hujung jari, dan teknologi perlu bersedia untuk memenuhi kehendak ini.

Forum ini disertai oleh Prof Madya Datuk Haji Mohamad Ali bin Hassan, Naib Presiden ANGKASA, Prof Madya Dr Azman Hasan, Kulliyah of Law IIUM, Fazrul Izwan Hassan, CTO Sedania As Salam Capital, dan Dato' Wan FadzmiWan Othman sebagai moderator.

Sistem Perbankan Digital bukanlah satu pilihan, tetapi adalah sesuatu yang mesti di implementasikan bagi memastikan surv...
22/10/2019

Sistem Perbankan Digital bukanlah satu pilihan, tetapi adalah sesuatu yang mesti di implementasikan bagi memastikan survival sesebuah entiti kewangan. Sekiranya institusi pembiayaan termasuk koperasi tidak melakukan sebuah anjakan digital dalam aktiviti pembiayaan mereka, mereka akan ketinggalan, dan seterusnya berkemungkinan akan terkubur dalam arus pemodenan.

Adalah penting bagi semua untuk memahami kehendak pengguna dan pelanggan pada masa ini untuk kekal releven. Kolaborasi dengan rakan fintech yang betul, dan yang patuh syariah akan memastikan kehendak pengguna akan dapat dipenuhi.

Nisa Ismail - CEO Sedania As Salam Capital

Jangkaan 1 trillion peranti yang akan bersambung ke internet pada tahun 2025 menunjukkan perkembangan teknologi yang ber...
22/10/2019

Jangkaan 1 trillion peranti yang akan bersambung ke internet pada tahun 2025 menunjukkan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa ini akan bertambah cepat dan pesat.

Untuk Fintech, MDEC ada menyediakan beberapa inisiatif untuk syarikat-syarikat yang berminat. Antaranya penyediaan ruang kerja khas untuk syarikat fintech, program accelerator dan regulatory bootcamp.

MDEC menitik beratkan Digital Financial Inclusivity dengan beberapa program termasuk eUsahawan, eRezeki, eLadang dan GLOBAL Online Workforce untuk disertai oleh syarikat dan individu yang berminat.

MDEC mahu bekerjasama dengan koperasi untuk memastikan ahli-ahli koperasi dapat memanfaatkan teknologi digital, dan untuk membantu koperasi berhubung dengan syarikat-syarikat fintech.

22/10/2019

Address

Wisma Ungku A. Aziz
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378846566

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Angkasa:

Shortcuts

Share