28/07/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐
Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad (KOSPEP) menambah syer sebanyak RM300,000 dalam Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA).
Penyerahan syer tersebut disempurnakan oleh Pengerusi KOSPEP, Haji Mohd Ishak Masudi kepada Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sesi penyerahan ringkas di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya hari ini (27 Julai 2026).
Turut hadir ialah Bendahari KOSPEP, Haji Jamaluddin Sulaiman, Ahli Jawatankuasa KOSPEP, Samad Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Puan Hajah Fatimah Nurhaliza Mohd. Hatta serta Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Halim Haji Ibrahim.
KOSPEP yang ditubuhkan pada 1983 mempunyai kira-kira 1,400 anggota yang terdiri daripada warga perkhidmatan pendidikan di Sabak Bernam.
Selain menjalankan aktiviti kredit, KOSPEP turut menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk projek perumahan, perladangan kelapa sawit dan penyewaan rumah kedai.
Pelancar Online ๐๐ป https://pelancar.online/
๐ฒ ๐๐ข๐ค๐, ๐๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ & ๐ฌ๐ก๐๐ซ๐:
๐
๐: @๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐ (๐๐ฐ๐ข๐ญ๐ญ๐๐ซ): @๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค: @๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ข๐ง๐ค๐๐๐ข๐ง: @๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐.๐๐จ๐จ๐ฉ
๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฌ๐๐ฃ๐ฎ๐ญ๐๐ฉ๐จ๐ค๐จ๐ค.๐๐จ๐จ๐ฉ
#๐๐๐๐๐๐๐ #๐๐จ๐จ๐ฉ #๐๐ข๐ญ๐๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข #๐๐๐๐ซ๐๐๐จ๐จ๐ฉ๐ฌ
#๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข