Muhammad Irfan

Muhammad Irfan Happiness is the thing we search for in life , but we tend to forget that along the way , we need to This job start like any other sales job for me at first .

Along the way , i met alot of people , like alot of them . hearing their stories , their regret , their happiness really make me rethink ,my goals for the job . I do believe that what i offer is really something that can change lives . Now , my goal is to educate people about the importance of protecting yourself and your wealth . Rather then making the sale , im more to the " terima kasih yea irfann . thank you sangat " moment . :)

Just to share the cost of operation salur hidung sempit. RM16k hampir bersamaan dengan simpanan RM1000 setiap bulan sela...
19/08/2026

Just to share the cost of operation salur hidung sempit. RM16k hampir bersamaan dengan simpanan RM1000 setiap bulan selama setahun.

Bayangkan korang save duit tiap2 bulan penat2 sekali musibah datang nak kene keluar duit saving tadi untuk dapatkan semula nikmat sihat tadi.

Jadi janganlah bertangguh bab-bab simpanan kecemasan ni. Tak rugi pun sebenarnya sign up plan takaful ni.

Lepas tengok khairul aming semalam capai 3.5 Million sales sebab bantu kawan-kawan berniaga dan berkongsi rezeki dengan ...
09/08/2026

Lepas tengok khairul aming semalam capai 3.5 Million sales sebab bantu kawan-kawan berniaga dan berkongsi rezeki dengan pelanggan dengan trip ke italy membuatkan aku kagum.

Betullah kata ustaz lebih banyak kita memberi Allah balas rezeki kita berlipat ganda. Jadi aku pun nak buat benda yang sama la dengan bagi cash back kepada 10 pelanggan yang sign up takaful sempena bulan kemerdekaan ni.

Ada yang berminat PM cepat.

14/07/2026

Refresh semula 2 line presentation. Dah lama tinggal benda ni..😊

25/06/2026

Ramai ingat sakit ulu hati selepas makan hanyalah gastrik biasa.

Tetapi jika sakit itu datang berulang, terutama di bahagian kanan atas perut, selepas makan makanan berlemak, dan sakitnya merebak ke belakang atau bahu kanan, ia mungkin tanda batu hempedu.

Batu hempedu terbentuk apabila kandungan hempedu tidak seimbang, contohnya terlalu banyak kolesterol atau bilirubin.

Ia boleh berada dalam pundi hempedu tanpa gejala, tetapi menjadi masalah apabila batu tersangkut dan menyumbat laluan hempedu.

Gejala yang boleh berlaku:

Sakit kanan atas perut
Sakit selepas makan berat atau berlemak
Loya atau muntah
Perut sebu dan tidak selesa
Sakit merebak ke belakang atau bahu kanan


Siapa lebih berisiko?

Berat badan berlebihan

Turun berat badan terlalu cepat

Diet tinggi lemak dan rendah serat

Diabetes atau masalah metabolik

Sejarah keluarga batu hempedu

Wanita dan usia meningkat

Cara cegah:

Kawal berat badan secara sihat
Elakkan turun berat badan terlalu mendadak
Kurangkan makanan bergoreng dan tinggi lemak tepu
Lebihkan sayur, buah dan bijirin penuh
Makan ikut waktu, jangan terlalu kerap skip meal
Kekal aktif dan bersenam

Batu hempedu mungkin senyap, tetapi bila ia mula menyumbat, sakitnya boleh jadi sangat kuat.

Jangan anggap semua sakit perut selepas makan sebagai gastrik.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berkenaan isu video viral yang dimuat naik oleh seorang pencarum Prudential BSN Taka...
31/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berkenaan isu video viral yang dimuat naik oleh seorang pencarum Prudential BSN Takaful baru-baru ini, terdapat sedikit salah faham yang berlaku berkaitan manfaat elaun hospital dalam polisi beliau.

Untuk penjelasan, client tersebut telah hadir ke branch Prudential di Damansara bagi tujuan submit receipt claim. Ketika berada di kaunter, client ada bertanyakan tentang status elaun hospital beliau. Namun, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak kaunter ketika itu, beliau dimaklumkan bahawa pelan beliau tidak mempunyai manfaat elaun hospital.

Disebabkan client sebelum ini pernah menerima elaun hospital, beliau beranggapan manfaat tersebut telah dibuang atau di-remove tanpa pengetahuan beliau. Dari situ timbul rasa tidak puas hati dan salah faham sehingga video tersebut menjadi viral.

Walau bagaimanapun, selepas semakan dibuat, didapati manfaat elaun hospital tersebut sebenarnya masih aktif dan memang terdapat dalam pelan beliau. Elaun hospital itu berada di bawah rider medical card Health Enrich Premier sebanyak RM200 sehari dan bukannya rider berasingan. Kemungkinan berlaku kekeliruan semasa semakan awal di kaunter kerana rider tersebut tidak diteliti secara menyeluruh.

Untuk makluman juga, sepanjang tempoh polisi berjalan, client sendiri tidak mempunyai isu berkaitan tuntutan perubatan kerana claim-claim sebelum ini telah dibayar oleh pihak Prudential BSN Takaful seperti biasa. Malah, manfaat elaun hospital tersebut juga sebelum ini memang pernah dibayar kepada client oleh pihak Prudential BSN Takaful, yang menunjukkan manfaat tersebut sememangnya masih wujud dan aktif di dalam polisi beliau.

Pihak agent telah mengambil tindakan susulan dan akan berjumpa dengan client pada hari Isnin depan bagi memberikan penjelasan secara lebih terperinci. Pihak agent juga akan membawa client ke branch untuk berjumpa semula dengan staff kaunter yang terlibat bagi tujuan penjelasan lanjut dan membuat semakan status polisi bersama-sama agar tidak berlaku lagi salah faham selepas ini.

Semoga penjelasan ini dapat membantu memperbetulkan situasi sebenar dan mengelakkan kekeliruan lanjut berkaitan isu yang sedang tular ini.

11/05/2026

Usia kau dah masuk 30an.

Jauh di sudut hati, kau tahu kau dah tak boleh terus hidup macam ni. Kau tahu haluan hidup kau perlu berubah secepat mungkin.

Tapi setiap kali nak buat langkah baru, dada kau terasa berat dengan komitmen hidup.

Hutang.
Anak.
Rumah.
Kereta.
Bil bulanan.

Kenapa pada usia inilah kau rasa paling tersekat… sedangkan inilah fasa pemikiran kau sebenarnya mula matang?

Meh saya tunjukkan sesuatu yang jarang orang bincangkan.

Kau bukan pengecut.
Kau bukan malas.
Kau bukan lembab.

Kau cuma sedang mengalami tindak balas psikologi dan biologi apabila hidup terlalu lama dalam rutin yang menekan.

Masa awal 20-an dulu, kehidupan kelihatan lebih ringan.

Komitmen masih sedikit.
Risiko masih terasa kecil.
Pilihan hidup masih luas.

Kemudian sedikit demi sedikit, “kestabilan” mula dibina.

Pinjaman kereta.
Rumah.
Komitmen jangka panjang.
Bil.
Bina keluarga.

Semua nampak normal pada awalnya.

Tanpa sedar, tanggungjawab mula terkumpul sebelum kau betul-betul memahami bagaimana dunia kewangan moden sebenarnya berfungsi.

Impak ketegangan geopolitik, inflasi, fiat currency.

Dan apabila masuk usia 30-an, ramai mula tersedar bahawa kos hidup terus meningkat… tetapi ruang untuk bergerak semakin sempit.

Di sinilah konflik sebenar bermula.

Otak manusia secara automatik mula berubah daripada mod:

“Teroka peluang.”

kepada:

“Pastikan hidup terus stabil.”

Sistem otak kau mula menghantar signal berjaga-jaga setiap kali kau terfikir nak keluar daripada rutin biasa.

Nak mula bisnes?
Risiko.

Nak belajar skill baru?
Takut tak sempat.

Nak bina sumber kedua?
Risau gagal.

Kenapa?

Sebab otak cuba melindungi kestabilan yang kau bina selama ini.

Ironinya, ramai tak sedar bahawa perkara yang sepatutnya paling menakutkan bukanlah mencuba sesuatu yang baru.

Tetapi mengulang rutin yang sama selama 10 atau 20 tahun lagi… sedangkan matematik hidup sudah jelas semakin menghimpit.

Saya tengok ramai orang cuba melawan tekanan ini dengan tindakan drastik.

Tiba-tiba berhenti kerja.
Labur semua simpanan.
All-in tanpa pelan.

Itu hanya mencetuskan panik melampau pada diri sendiri.

Kau tak perlu ubah seluruh hidup dalam satu malam.

Kau cuma perlu mula bina jalan keluar sedikit demi sedikit.

Satu jam sehari pun dah cukup untuk bermula.

Satu jam sehari

Membaca,
belajar skill baru,
kaji pasaran,
bina audience,
susun sistem kecil,
dan cipta sumber tambahan perlahan-lahan.

Tanpa perlu terus tinggalkan kerja hakiki.

Bila tindakan kecil dibuat secara konsisten, otak kau mula terima signal baru:

“Perubahan ni sebenarnya masih selamat.”

Dan perlahan-lahan… identiti lama kau mula berubah.

Kalau kau terus biarkan rutin hari ini mengawal seluruh masa depan hidup kau, kos yang perlu dibayar nanti jauh lebih besar.

Bukan sekadar tentang duit.

Tetapi tentang kebebasan masa,
pilihan hidup dan ruang untuk bernafas pada usia 40-an dan 50-an nanti.

Jadi cuba tanya diri kau malam ni.

Adakah kestabilan yang kau pertahankan hari ini benar-benar sedang membina masa depan yang lebih kuat,

Atau ia cuma membuatkan kau semakin takut untuk berubah?

Address

Prudential Damansara Intan
Petaling Jaya
47400

Telephone

+601112269298

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Irfan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhammad Irfan:

Shortcuts

Share