09/02/2021
“Wang simpanan persaraan sepatutnya ditingkatkan bagi tempoh tertentu untuk menampung kos kehidupan dan cara hidup pesara tanpa perlu bergantung kepada orang lain,”
==========================================
TIADA siapa patut bergantung sepenuhnya kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menghadapi persaraan walaupun entiti itu ditubuhkan bagi menyediakan skim simpanan persaraan untuk ahlinya.
Pakar menyarankan supaya orang ramai menyimpankan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji bulanan agar mereka boleh bersara dengan wang yang mencukupi.
Perkara tersebut penting kerana ramai orang mendapati wang persaraan mereka tidak mencukupi bagi menamung gaya hidup mereka selepas berhenti kerja.
KWSP menggalakkan orang ramai untuk menyimpan awal dan sebanyak mungkin.
Ini supaya mereka oleh menikmati hasil simpanan yang banyak selepas mereka bersara.
Ahki KWSP yang menyimpan lebih awal akan menikmatihasil simpanan yang lebih banyak berbanding mereka yang lambat menyimpan.
Penting untuk diingatkan bahawa simpanan KWSP bertujuan untuk persaraan dan ahli yang mengeluarkan wang sebelum bersara bermakna mereka mengeluarkan simpanan masa depan mereka yang memberi kesan kepada kemampuan simpanan apabila mereka bersara.
Rakyat Malaysia perlu mempunyai pelan kewangan dan menguruskan pemeriksaan tahap kewangan masing-masing.
KWSP menyarankan ahlinya mewujudkan pelan kewangan berdasarkan satu keperluan memandangkan tiada kaedah yang mampu menampung semua keperluan dalam pelan kewangan yang mempunyai matlamat yang berbeza dan keperluan bagi setiap orang.
Apabila membuat pelan kewangan,amta penting untuk berfikir tentang keperluan pendapatan persaraan sebaik-baik sahaja tamat berkhidmat.
Ini bermaksud menganggarkan jumlah tahun dan mengetahui jumlah pendapatan yang diperlukan pada setiap bulan bagi menampung kehidupan selepas bersara.
Secara umumnya, wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan pada 10 tahun terakhir kehidupan mereka dan bagi golongan lelaki, tempohnya adalah tujuh tahun.
Malah penting bagi setiap ahli untuk mengumpulkan wang bagi memenuhi keperluan kesihatan mereka semasa bersara terutamanya apabila kos kesihatan semakin meningkat.
Selan itu, amatpenting bagi mempertimbangkan jumlah kebergantungan yang perlu ditampung seperti ibu bapa dan anak-anak apabila mewujudkan pelan kewangan.
Menyimpan untuk usia tua dan waktu bersara
Sesetengah orang merasa miskin apabila bersara disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah simpanan yang tidak mencukupi dan tidak arif mengatur kewangan.
Menurut Ketua Jabtan Strategi Perancangan KWSP, Farizan Kamaluddin, separuh daripada bekas ahli KWSP kehabisan wang simpanan persaraan mereka dalam tempoh lima tahun.
Sesetengah daripadanya terlepas pandang untuk menyimpan bagi menampung kos kesihatan yang semakin meningkat. Disebabkan mengalami sakit secara tiba-tiba, segelintir wang persaraan terpaksa digunakan untuk kos perubatan lebih-lebih lagi pesara tidak memiliki insurans kesihatan atau pembiayaan insurans tidak mencukupi.
Bagi memiliki wang yang cukup apabila bersara, Farizan menasihati orang ramai agar mula menyimpan pada usia muda dan mengumpulkan duit sebanyak yang mampu.
Jika ahli mampu berbuat demikian, mereka boleh menyimpan menggunakan kaedah lain atau memilih untuk menambah jumlah simpanan di dalam KWSP.
Ahli perlu ingat bahawa simpanan mereka merupakan pendapatan yang digunakan untuk menampung kehidupan apabila bersara dan bukan untuk penggunaan masa bekerja.
Farizan menjelaskan bahawa kebanyakan simpanan KWSP tidak mencukupi kerana ahli menyimpan dalam jumlah yang sikit disebabkan gaji yang rendah. Selepas beberapa tahun, gaji mereka meningkat dan gaya hidup juga berubah.
Disebabkan itu, mereka menjadi generasi yang tersepit dengan keperluan untuk menampung anak-anak dan ibu bapa yang masih memerlukan sokongan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Datuk Steve Ong menyarankan setiap orang untuk menyimpan lebihan 10 peratus daripada setiap gaji bulanan berbanding 23 peratus potongan automatik simpanan KWSP.
Beliau menganggarkan wang persaraan setiap orang untuk menampung dua pertiga gaji yang dikeluarkan pada setiap bulan.
Jadi berapakah jumlah yang diperlukan untuk menampung kehidupan persaraan?
“Anda perlu menyimpan satu pertiga daripada gaji bulanan bermula sekarang bagi menggantikan dua pertiga jumlah pendapatan apabila bersara,” katanya.
Ong menjelaskan, kebanyakan orang tidak merancang persaraan mereka kerana “berfikir secara melulu”.
Dalam satu tinjauan, hanya 21 peratus responden yang melakukan perancangan teliti apabila mereka bersara.
Mereka yang tidak melakukan perancangan adalah:
Wang KWSP saya akan mencukupi.
Anak-anak akan menjaga saya.
Saya akan bermula menyimpan di kemudian hari.
Masih terlalu awal untuk mula menyimpan.
Saya berasa sukar untuk menyimpan duit.
Saya mahu berhibur dulu.
Saya masih menanggung bil dan hutang..
Disebabkan pemikiran ini, ramai warga emas tidak mampu menanggung kos kehidupan selepas bersara.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/lain-lain/suara/2015/12/25/rancang-awal-untuk-persaraan/ .99