Hijau Emas Academy

Hijau Emas Academy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hijau Emas Academy, Investing Service, 6 Jalan Pjs 7/17 Taman Bandar Sunway Petaling Jaya, Petaling Jaya.

Belajar saham dari awal, sekarang waktunya.Kamu bisa mendapatkan ⬇️✔️ Jaminan gantian full modal balik✔️ Pengurusan Prof...
15/07/2025

Belajar saham dari awal, sekarang waktunya.
Kamu bisa mendapatkan ⬇️
✔️ Jaminan gantian full modal balik
✔️ Pengurusan Profesional
✔️ Mempunyai Group konsultasi dgn ahli
✔️ Bimbingan & simulasi transaksi saham
📞Sila hubungi kami sekarang untuk dapat lebih info lanjut.

Dulu Dipandang Sebelah Mata… Hari Ini Jadi Bilionair Termuda China Kerana Patung Comel IniPatung kecil bermuka pelik, gi...
14/07/2025

Dulu Dipandang Sebelah Mata… Hari Ini Jadi Bilionair Termuda China Kerana Patung Comel Ini
Patung kecil bermuka pelik, gigi taring dan ekspresi masam—itulah Labubu, watak ciptaan artis Hong Kong, Kasing Lung, yang kini jadi kegilaan global. Di sebalik fenomena ini berdiri seorang figura tenang tapi luar biasa pengaruhnya: Wang Ning, pengasas syarikat Pop Mart.

🔰Bermula Dari Minat, Bukan Modal Besar
Wang Ning tidak datang dari latar belakang yang mewah. Beliau bermula dalam perniagaan dengan menjual mainan berlesen. Tetapi semakin lama, beliau menyedari bahawa produk yang dijual terlalu biasa. Tiada kejutan, tiada keterujaan.
Dari situ, beliau terfikir satu idea yang kelihatan ringkas tapi luar biasa kesannya: kotak misteri, atau blind box—di mana pembeli tidak tahu patung mana yang mereka akan dapat. Strategi ini berjaya mencipta rasa ingin tahu, keterujaan, dan akhirnya… ketagihan.

🔰Labubu & Pop Mart: Dari Niche ke Global
Labubu bukan sekadar mainan. Ia kini dianggap ikon budaya moden. Diperkenalkan dalam edisi-edisi terhad, dengan reka bentuk eksentrik dan emosi yang ekspresif, Labubu mencetuskan fenomena pengumpul — ada yang sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan edisi eksklusif. Salah satu edisi bahkan dilelong pada harga lebih RM650,000 di Beijing.
Pop Mart p**a berkembang dengan pantas. Nilai saham syarikat meningkat lebih tiga kali ganda, dan jualan tahunan terus mencanak. Dalam suku pertama 2025 sahaja, pendapatan syarikat melonjak lebih 165%.

🔰Wang Ning: Fokus, Tenang, dan Jelas Visi
Hari ini, Wang Ning tersenarai sebagai bilionair termuda China, pada usia 38 tahun. Kedudukan beliau dalam dunia perniagaan bukan hasil nasib semata-mata, tetapi hasil ketekunan, pemahaman mendalam terhadap tingkah laku pengguna muda, serta keupayaan membina nilai emosi dalam produk yang dilihat remeh oleh sesetengah pihak.
Beliau bukan sekadar menjual patung. Beliau mencipta pengalaman, komuniti, dan budaya baharu yang dekat dengan generasi digital.

🔰Inspirasi Dari Kisah Ini?
Kadang-kadang, kekuatan tidak datang dari idea yang besar, tetapi dari keberanian melihat nilai dalam perkara kecil.
Wang Ning membuktikan bahawa dengan kefahaman terhadap pasaran, keberanian mencipta kelainan, dan kesabaran membina jenama, satu idea ringkas pun boleh membina empayar global.
Labubu bukan lagi sekadar mainan.
Ia adalah simbol kepada dunia — bahawa budaya, kreativiti dan emosi, bila digabung dengan strategi yang tepat, boleh mencipta impak ekonomi yang luar biasa.

"Do not anticipate and move without confirmation-being a little late in your trade is your insurance that you are right ...
12/07/2025

"Do not anticipate and move without confirmation-being a little late in your trade is your insurance that you are right or wrong".
☘ Kebiasaannya perasaan terburu-buru nak cepat gandakan modal pelaburan akan membuatkan ramai trader kehilangan modal pelaburan dengan lebih cepat.
☘ Dalam pasaran saham, trade apa yang anda nampak dan bukannya trade apa yang anda harapkan. Pastikan anda membuat keputusan pelaburan secara objektif, tidak dibawah pengaruh emosi yang tidak stabil.
☘ Pastikan anda betul-betul faham risiko yang bakal anda ambil sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Tidak mengapa memasuki pasaran sedikit lambat asalkan risiko anda terkawal.
☘ Anda tidak perlu risau, jika anda berjaya mengawal risiko dengan baik, keuntungan akan menyusul kemudian.

Pelabur dinasihatkan agar tidak panik atau bertindak mengikut sentimen jangka pendek susulan keputusan Amerika Syarikat ...
11/07/2025

Pelabur dinasihatkan agar tidak panik atau bertindak mengikut sentimen jangka pendek susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua barangan import dari Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Langkah mengejutkan itu yang diumumkan oleh pentadbiran AS sebagai sebahagian daripada usaha membetulkan ketidakseimbangan dagangan, dijangka memberi tekanan kepada beberapa sektor eksport utama negara termasuk elektrik dan elektronik (E\&E), minyak sawit, produk berasaskan getah dan peranti perubatan.

Bagaimanapun, penganalisis pasaran mengingatkan bahawa sejarah menunjukkan pasaran sering bertindak balas secara berlebihan terhadap kejutan geopolitik sebelum kembali stabil berdasarkan asas fundamental perniagaan.

Menurut Ketua Urusan Dagangan Moomoo Malaysia, Ken Low, pelabur harus memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai aliran hasil pelbagai, rantaian bekalan yang berdaya tahan serta kedudukan kewangan yang kukuh.

KUALA LUMPUR: Pelabur dinasihatkan agar tidak panik atau bertindak mengikut sentimen jangka pendek susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua barangan import dari Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Amerika Syarikat Sasar Kutip Sehingga AS$300 Bilion dari Cukai Tarif Tahun IniAmerika Syarikat dijangka mengutip sehingg...
10/07/2025

Amerika Syarikat Sasar Kutip Sehingga AS$300 Bilion dari Cukai Tarif Tahun Ini
Amerika Syarikat dijangka mengutip sehingga AS$300 bilion hasil duti import menjelang akhir tahun ini, menurut kenyataan terbaharu Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent. Jumlah ini merupakan lonjakan besar daripada kira-kira AS$100 bilion yang telah dikutip setakat pertengahan tahun.
Peningkatan hasil cukai ini dipacu oleh pengenalan duti import 10% secara menyeluruh, serta kenaikan mendadak ke atas barangan seperti keluli, aluminium, dan kenderaan. Pada bulan Mei sahaja, kutipan duti mencecah AS$22.8 bilion, hampir empat kali ganda berbanding bulan sama tahun lalu.
Selain itu, kerajaan juga menjangkakan hasil yang lebih tinggi apabila pusingan baharu tarif bermula 1 Ogos, yang termasuk duti sebanyak 50% ke atas tembaga, serta cadangan tarif tambahan ke atas cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Anggaran dari Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) p**a meletakkan unjuran jangka panjang sekitar AS$2.8 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, namun pihak Perbendaharaan percaya angka sebenar boleh melebihi jangkaan itu jika momentum semasa berterusan.
Impak & Risiko:
Walaupun hasil duti ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan atau mengurangkan defisit, pakar memberi amaran bahawa pendekatan ini turut meningkatkan kos input kepada pengeluar AS dan harga barangan kepada pengguna. Ia juga berisiko mencetuskan tindakan balas dari rakan dagang utama seperti China dan EU, sekali gus menyemarakkan kembali ketegangan perdagangan global.
Langkah agresif tarif oleh pentadbiran Trump ini mungkin mengukuhkan hasil fiskal dalam jangka pendek, tetapi risiko jangka panjang terhadap perdagangan, rantaian bekalan, dan kestabilan pasaran kekal tinggi. Pelabur dan pengeluar dijangka terus memantau perkembangan dasar perdagangan ini dengan rapat.

🇺🇸 Elon Musk Tubuh Parti Baru: Apa Kaitan dengan Bitcoin & Ekonomi AS?Elon Musk kembali mencetuskan gelombang, bukan dal...
09/07/2025

🇺🇸 Elon Musk Tubuh Parti Baru: Apa Kaitan dengan Bitcoin & Ekonomi AS?
Elon Musk kembali mencetuskan gelombang, bukan dalam dunia kereta elektrik atau angkasa — tapi politik dan ekonomi Amerika Syarikat. Terbaru, beliau umumkan penubuhan America Party, satu langkah besar yang datang bersama kebimbangan serius tentang hutang negara AS yang kini mencecah $37 trilion.
Apa sebenarnya yang Musk risaukan?
Bagi Musk, kerajaan AS — sama ada di bawah Biden atau Trump — gagal kawal perbelanjaan. Malah, Trump yang pernah jadi sekutu rapat Musk, dikritik kerana meluluskan rang undang-undang baharu yang bukan sahaja menambah hutang sebanyak $3 trilion, malah menaikkan siling hutang negara sebanyak $5 trilion. Semua ini katanya bakal menjadikan dolar AS semakin lemah dan mungkin tidak bernilai dalam jangka panjang.
Dalam masa yang sama, ramai pelabur dan pemerhati pasaran melihat keadaan ini dari sudut lain — sebagai peluang untuk aset seperti bitcoin. Bila kerajaan cetak lebih banyak duit dan berbelanja besar, mata wang fiat (seperti USD) boleh terkesan. Inflasi boleh naik. Dan di sinilah bitcoin muncul sebagai aset lindung nilai atau safe haven.
Malah, sejarah menunjukkan bahawa harga bitcoin sering melonjak selepas kerajaan AS umumkan pakej perbelanjaan besar. Contohnya, pada penghujung 2020, harga bitcoin melonjak lebih 30% selepas satu rang undang-undang belanja besar diluluskan.
Dengan dasar fiskal yang semakin longgar dan kadar faedah yang tinggi menambah tekanan pada ekonomi, ramai menjangka lebih ramai pelabur akan cari perlindungan dalam aset digital — terutamanya bitcoin.
Jadi, bila Musk tubuhkan parti baru dan beri amaran tentang arah tuju fiskal AS, ia bukan sekadar soal politik. Ia juga memberi bayangan bahawa pelabur harus bersedia. Dan kalau sejarah berulang, kripto mungkin jadi antara penerima manfaat terbesar dalam suasana ketidaktentuan fiskal ini.
Bukan sekadar drama politik — ini mungkin petanda ‘bull run’ seterusnya.

Best kan bila tak perlu fikir pasal kewangan dah? 🤑Dah ada ‘back up’ yang mantap, tak serabut kepala nak fikir kewangan ...
08/07/2025

Best kan bila tak perlu fikir pasal kewangan dah? 🤑
Dah ada ‘back up’ yang mantap, tak serabut kepala nak fikir kewangan time tua nanti.
Hati pun tenang orang kata 🥰
Tu tanda korang dah achieve FINANCIAL FREEDOM!
Nak tahu mcm mana?
Korang boleh checklist dekat bawah ni 👇🏻

[3 Tips Mengawal Emosi Mengejar Harga Pasaran Semasa Membeli Saham]🔸 Para trader yang mempunyai masa untuk memantau pasa...
07/07/2025

[3 Tips Mengawal Emosi Mengejar Harga Pasaran Semasa Membeli Saham]
🔸 Para trader yang mempunyai masa untuk memantau pasaran, kebiasaannya akan memerhatikan Market Trade Monitor (MTM) untuk mengesan saham-saham berpotensi dengan melihat kepada yang jumlah belian yang masuk (volume).
▪ Minat belian yang tinggi terhadap sesuatu saham akan mendorong harga saham tersebut untuk bergerak naik.
🔸 Jika pergerakan saham-saham ini terlalu laju, banyak berlaku kejadian dimana apabila trader sedar tentang saham-saham ini, kebiasaanya harganya sudah bergerak naik agak jauh daripada support berdasarkan daily chart.
🔸 Walaupun sedar yang risiko sudah agak tinggi, masih ramai trader yang sanggup membeli dengan mengejar harga pasaran kerana risau terlepas peluang untuk menjana keuntungan.
▪ Emosi ini agak agak sukar hendak dikawal walaupun anda sudah lama terlibat dalam pasaran saham.
🔸 Berikut merupakan 3 tips yang boleh anda aplikasikan jika berdepan dengan masalah ini.
1. Utamakan melihat kepada risiko kerugian dahulu sebelum keuntungan.
🔹 Jika anda rasakan risiko sudah terlalu tinggi, berhenti kejar harga pasaran. Jangan hanya memandang kepada keuntungan semata-mata.
🔹 Bila-bila masa sahaja pasaran boleh bertukar arah. Saham yang naik dengan laju, kebiasaannya harganya akan turun dengan laju juga. Terutamanya saham-saham yang kenaikan harganya disebabkan oleh spekulasi.
🔹 Kalau anda berpegang dengan kata-kata “tak mengapa hilang peluang, asalkan jangan hilang wang”, ianya akan dapat merasionalkan kembali emosi anda yang sedang tidak stabil.
2. Kuasai teknik intraday trading.
🔹 Teknik intrading trading membolehkan anda membeli dan menjual saham dalam tempoh yang singkat (beberapa jam).
🔹 Jika anda mahir teknik intraday trading, anda boleh membeli sesuatu saham dengan menggunakan support intraday.
▪ Teknik ini membantu anda mengenalpasti masa entry terbaik dimana dapat meningkatkan keberangkalian untuk anda memperolehi keuntungan.
▪ Anda juga dapat merendahkan risiko dengan menggunakan support intraday, berbanding jika anda menggunakan support pada daily chart.
🔹 Teknik ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai banyak masa terluang dan boleh sentiasa berada di hadapan skrin untuk memantau pasaran.
3. Position sizing
🔹 Ada trader yang berani mengambil risiko, tidak mahu melepaskan peluang yang hadir. Jika anda sukar mengawal emosi, tetap mahu membeli saham yang mempunyai momentum walaupun anda sedar risiko sudah agak tinggi, anda boleh gunakan strategi position sizing ini.
🔹 Melalui kaedah ini, anda perlu kenalpasti dahulu, berapa risiko yang sanggup anda terima. Berapa jumlah modal (RM) yang anda sanggup hilang jika trading anda tidak menjadi.
🔹 Selepas mengenalpasti ini, baru anda tentukan berapa jumlah modal yang boleh anda gunakan untuk membeli saham tersebut.
🔹 Contoh:
▪ Anda nak beli saham ABC berharga RM0.50 dengan risiko sebanyak 10%. Anda sanggup merisikokan sebanyak RM200 sahaja.
▪ Maka anda hanya boleh menggunakan modal sebanyak RM2,000 sahaja. Dengan modal sebanyak ini, anda boleh membeli saham ABC sebanyak 4,000 unit.

Pelaburan yang baik bukan sekadar cari saham yang naik gila-gila atau beli kripto yang boleh gandakan duit semalaman. Se...
05/07/2025

Pelaburan yang baik bukan sekadar cari saham yang naik gila-gila atau beli kripto yang boleh gandakan duit semalaman. Sebenarnya, ia lebih kepada elak buat kesilapan yang boleh makan modal sendiri.
Bayangkan kau memandu kereta. Kalau laju macam pelesit, memang boleh sampai cepat, tapi kalau tak berhati-hati, sekali eksiden, habis rosak.
Sama juga dalam pelaburan. Ramai orang fokus nak untung besar dengan cepat, tapi tak sedar risiko yang mereka ambil. Sedangkan pelabur yang berjaya bukan yang paling bijak cari peluang, tapi yang paling pandai elak perangkap.
Morgan Housel dalam The Psychology of Money cakap, pelaburan yang baik bukan tentang buat keputusan yang sempurna setiap kali.
Mustahil nak buat semua keputusan betul. Tapi kalau kita konsisten elak kesilapan besar—macam labur tanpa faham, ikut orang membuta tuli, atau letak semua duit dalam satu tempat—dalam jangka panjang, kita tetap akan menang.
Jadi, dalam dunia pelaburan, kadang-kadang bukan tentang seberapa banyak kau boleh menang, tapi seberapa baik kau boleh bertahan tanpa buat kesilapan besar.

Pasaran global mengalami kejatuhan besar pada hari Isnin akibat kebimbangan terhadap tarif timbal balik antara Amerika S...
04/07/2025

Pasaran global mengalami kejatuhan besar pada hari Isnin akibat kebimbangan terhadap tarif timbal balik antara Amerika Syarikat dan China. Bursa Malaysia turut terjejas, dengan FBM KLCI jatuh 4.01% kepada 1,443.80 mata, mencatatkan penurunan harian terbesar sejak Ogos tahun lalu. Indeks ini sempat menjunam 5.65% pada awal dagangan sebelum pulih sedikit menjelang penutupan. Nilai pasaran sebanyak RM93.15 bilion terhapus, dengan saham-saham utama kehilangan RM41.06 bilion.
Saham seperti Press Metal (-10.59%), Gamuda (-8.89%), dan Petronas Chemicals (-8.54%) mencatatkan kerugian besar, manakala hanya Nestlé Malaysia menunjukkan kenaikan. Secara keseluruhan, lebih 1,296 saham mencatatkan penurunan berbanding hanya 122 yang meningkat. Indeks lain seperti FBM70, FBM Small Cap, dan Indeks ACE juga mengalami kejatuhan harian terbesar sejak tahun lalu.
Pasaran serantau turut terkesan, dengan Hang Seng Hong Kong jatuh 13.22%, Taiex Taiwan turun 9.7%, dan Nikkei Jepun kehilangan 7.83%. Dagangan di Taiwan dan Jepun dihentikan sementara akibat pemutus litar. Negara ASEAN seperti Singapura (-7.66%) dan Filipina (-4.3%) juga menghadapi tekanan besar.
Pakar seperti Kenneth Leong dan Vincent Khoo menasihatkan pelabur untuk berhati-hati dan menunggu tanda-tanda pemulihan sebelum bertindak, sambil memberi amaran tentang kemungkinan gelombang penurunan harga saham dan pendapatan syarikat dalam masa terdekat. Pelabur disarankan fokus kepada saham defensif seperti sektor pengguna, REITs, telekomunikasi, dan utiliti yang lebih stabil dalam keadaan tidak menentu ini.

🗓️ Julai: Bulan ‘Ong’ Untuk Pelabur Saham S&P 500Bulan Julai bukan sekadar pertengahan tahun—ia juga bulan yang sering b...
03/07/2025

🗓️ Julai: Bulan ‘Ong’ Untuk Pelabur Saham S&P 500
Bulan Julai bukan sekadar pertengahan tahun—ia juga bulan yang sering bagi p**angan terbaik dalam pasaran saham Amerika, terutama lepas pilihan raya presiden.
Kalau kau jenis follow seasonal trend, ini bulan yang kau kena bagi perhatian lebih.

📊 Data Sejarah S&P 500 Memihak Kepada Julai
Julai konsisten beri p**angan positif, jauh lebih baik berbanding bulan-bulan lain.
• Purata kenaikan sejak 1950: +1.5%
• Purata 10 tahun kebelakangan ni: +3.5%
• Dalam tahun-tahun post-election: +2.2%
• Hampir 70% peluang indeks S&P 500 ditutup lebih tinggi setiap Julai
• Dalam 9 tahun terkini, 8 kali naik pada Julai
👉 Maksudnya, secara statistik, Julai ni macam bulan bonus untuk pelabur jangka pendek.

🧠 Kenapa Julai Selalu Naik?
Ada beberapa faktor yang menjadikan Julai lebih “meriah” dalam pasaran berbanding bulan lain.
✅ Politik Dah Stabil Lepas Pilihan Raya
Selepas pilihan raya presiden AS, pasaran mula nampak hala tuju. Bila pelabur nampak dasar ekonomi presiden baru, mereka lebih yakin nak buat keputusan pelaburan.
➡️ Kejelasan dasar = keyakinan pasaran = saham naik.
✅ Musim Laporan Kewangan Suku Kedua (Q2)
Julai juga permulaan musim earnings report untuk suku kedua. Bila syarikat besar umumkan untung lebih dari jangkaan, harga saham pun melonjak.
➡️ Earnings surprise = trigger untuk rally pasaran.
✅ Kitaran Presiden (Presidential Cycle)
Statistik menunjukkan tahun pertama selepas pilihan raya presiden (contohnya 2025) cenderung beri p**angan positif untuk saham. Julai selalunya jadi bulan paling kuat dalam kitaran ini.
➡️ Trend ni dah berlaku banyak kali—dan Julai selalu keluar sebagai pemenang.

💡 Apa Kau Boleh Buat Sebagai Pelabur?
Bila tahu Julai ni musim ‘ong’, jangan duduk diam. Tapi jangan ikut hati sangat—kena ada strategi.
• Pantau laporan kewangan: Fokus pada gergasi macam Apple, Tesla, Amazon yang akan umum prestasi mereka hujung Julai.
• Tengok sektor: Teknologi, pengguna & kewangan selalunya aktif masa earnings season.
• Rancang masuk awal: Jangan kejar bila harga dah melambung. Tengok peluang bila pasaran tenang.

Julai memang bulan yang bagi banyak peluang dalam pasaran saham—terutama untuk S&P 500. Tapi jangan terlalu yakin. Statistik bantu buat keputusan, tapi risiko tetap ada. Yang penting:
Bersedia, jangan tamak, dan pastikan setiap langkah ada kira-kira.

If You Can’t Control Your EMOTIONS,You Can’t Control Your MONEY.Sehebat manapun teknik dan strategi kita, semuanya akan ...
02/07/2025

If You Can’t Control Your EMOTIONS,
You Can’t Control Your MONEY.
Sehebat manapun teknik dan strategi kita, semuanya akan sia-sia jika abaikan psikologi semasa trade.

Address

6 Jalan Pjs 7/17 Taman Bandar Sunway Petaling Jaya
Petaling Jaya
46150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijau Emas Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share