17/05/2024
Mencari ilmu takkan pernah habis.
Moga pahala sentiasa mengalir bagi orang yang berjuang dalam menuntut ilmu. Luqman Al Hakim pernah berkata βTuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ilmu akan menjadi harta buatmu. Di saat kamu kaya, ilmu akan menjadi perhiasan buatmu.β
Gunakanlah masa ketika kita hidup ini untuk terus mencari ilmu dan membuat amal soleh supaya di akhirat nanti kita akan beroleh hasil yang tidak akan merugikan kita.
Justeru, apabila merasa berputus asa dengan perjalanan yang penuh dengan liku-likunya, jangan cepat mengalah. Sebaliknya terus bangkit dan berjalan kerana kepahitan yang dirasai hari ini pasti akan membuahkan hasil yang cukup manis.
Assalamualaikum.