26/06/2024
LELONG! LELONG! LELONG!
Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan satu lelongan barang-barang kemas kepada orang ramai melalui tender terbuka berdasarkan Harga Rezab yang telah ditetapkan seperti berikut:-
Tempat : Ar-Rahnu X’Change Kota Damansara
Tarikh : 25 Jun 2024 hingga 27 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi hingga 04.00 Petang
Tawaran ini dibuka kepada semua individu yang berkelayakan:
i. Berumur 18 tahun dan ke atas
ii. Individu tidak muflis dan disenarai hitamkan oleh Bank Rakyat
iii. Warga kerja dan mana-mana ahli keluarga Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change tidak layak memohon.
Penender boleh mengemukakan lebih daripada satu (1) borang dan pembida yang menawarkan harga yang tertinggi akan memenangi tender ini.
BORANG TENDER dan lain-lain maklumat berkaitan boleh diperolehi di tempat yang telah dinyatakan seperti di atas.
Borang tender yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan dengan RESIT BAYARAN TENDER SEBANYAK RM 5.00 untuk satu (1) akaun (bayaran tidak akan dikembalikan) dan dimasukkan ke dalam peti tender selewat-lewatnya pada 27 JUN 2024.
YANG BENAR,
AR-RAHNU X’CHANGE KOTA DAMANSARA.