11/12/2021
Repayment Incentives for borrowers until 30 April 2022.
Belanjawan 2022: Pelaksanaan Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 adalah seperti berikut:
Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Click the link for more details.
https://www.ptptn.gov.my/makluman-bayaran-balik-side/belanjawan-2022-pelaksanaan-diskaun-bayaran-balik-pinjaman-ptptn