Financial Consultant

Financial Consultant Informações para nos contatar, mapa e direções, formulário para nos contatar, horário de funcionamento, serviços, classificações, fotos, vídeos e anúncios de Financial Consultant, Financial service, Blok C 37B 5 Jalan Pju 1/39 Dataran Prima Petaling Jaya, Manaus.

Harga Susut: Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Saham SCIB, JSB Dan APBKUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) —  Bursa Malay...
16/06/2025

Harga Susut: Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Saham SCIB, JSB Dan APB

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia bertindak menggantung jualan singkat saham-saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), Jentayu Sustainable Bhd (JSB) dan APB Resource Bhd bagi urus niaga jualan singkat harian (IDSS) seterusnya pada Rabu.

Penggantungan itu dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Tindakan itu juga menyusuli penggantungan IDSS bagi SCIB yang dilakukan semalam.

“Jualan singkat di bawah IDSS itu akan hanya diaktifkan pada hari dagangan berikutnya iaitu jam 8.30 pagi pada 18 Jan, 2023,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Pada rehat tengah hari, saham-saham SCIB susut 30 sen kepada 53.5 sen dengan sejumlah 199.4 juta saham diniagakan manakala APB Resources jatuh 41 sen kepada RM2.08 dengan 913,400 saham-saham berpindah tangan dan JSB turun 39 sen kepada 91 sen yang menyaksikan 11.67 juta saham didagangkan.

Harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15%

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai WaranRamai yang berminat nak trade waran kerana harganya yang lebih murah dan adakala...
16/06/2025

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran

Ramai yang berminat nak trade waran kerana harganya yang lebih murah dan adakalanya waran lebih volatile daripada saham induk.

Apabila kita sedang bercakap mengenai waran di sini, waran yang dimaksudkan adalah waran syarikat dan bukannya waran berstruktur. Hal ini kerana kita hanya ingin fokus terhadap waran yang patuh syariah sahaja.

Untuk pengetahuan anda, waran berstruktur tidak patuh syariah.

Pada kebiasaannya kita sering dididik untuk melihat pada saham yang harganya lebih mahal kerana lebih stabil. Sebagai contoh saham yang berharga di atas RM1.00. Saham yang lebih mahal juga s**ar digoreng oleh pihak sindiket.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melabur dalam saham yang lebih stabil serta berkualiti, anda boleh mengkaji saham yang harganya lebih tinggi.

Baca: Beli Saham Mahal, Boleh Buat Untung Ke?

Jom lihat contoh-contoh saham atas RM1.00 yang mempunyai waran.

1. Solarvest Holdings Berhad

Sumber: Solarvest
Solarvest merupakan antara salah sebuah syarikat tersenarai yang menawarkan penyelesaian tenaga hijau melalui perkhidmatan berkaitan tenaga solar.

Solarvest ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi untuk mengubah cara tenaga digunakan dan untuk mewujudkan dunia di mana tenaga bersih mudah diakses oleh orang ramai. Pelan hala tuju ini termasuk kecekapan tenaga (EE), sijil tenaga boleh diperbaharui (REC), sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), penyelesaian ekosistem kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian tenaga bersih yang lain.

Dengan kehadiran serantau di Filipina, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Thailand, Solarvest berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pakar tenaga bersih terkemuka di rantau APAC.

Harga saham induk Solarvest setakat 30 November 2023 adalah RM1.26.

Waran kepada Solarvest Holdings Berhad adalah SLVEST-WA.

Sumber: malaysiastock.biz
Harga waran Solarvest adalah RM0.350 (30.11.2023). Waran Solarvest akan matang pada 27 Februari 2026.
Masih jauh lagi tempoh matang tersebut dan ia memberi masa yang cukup kepada pelabur sekiranya beli dan terlupa untuk jual dalam tempoh terdekat.

Memandangkan saham induk Solarvest adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

2. Samaiden Group Berhad

Gambar: Samaiden
Syarikat ini merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan Renewable Energy seperti panel solar photovoltaic (PV) dan guna merupakan penjana tenaga hijau di Malaysia. Syarikat ini membekalkan solar penal pada skala yang besar seperti untuk penjana kuasa dan juga membekalkan panel pada skala yang kecil seperti bumbung untuk perumahan atau perindustrian kecil.

Harga saham induk Samaiden setakat 30 November 2023 adalah RM1.11.

Waran kepada Samaiden Group Berhad adalah SAMAIDEN-WA.

Sumber: malaysiastock.biz
Harga waran Samaiden adalah RM0.380 (30.11.2023). Waran Samaiden akan matang pada 21 Jun 2026.
Waran Samaiden juga mempunyai tempoh matang yang hampir sama dengan waran Solarvest iaitu pada tahun 2026.

Memandangkan saham induk Samaiden adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

3. Scientex Berhad

Scientex Berhad (Scientx) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatannya daripada dua jenis perniagaan.

Pertama, Scientex merupakan salah sebuah pengeluar produk-produk pembungkusan plastik yang terbesar di Malaysia.

Gambar: Scientex
Kedua, syarikat ini juga merupakan sebuah pemaju hartanah yang terkenal di Johor dan Melaka. Baru-baru ini Scientex telah menerokai perniagaan di negara jiran iaitu Indonesia.

Baca: Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Harga saham induk Scientex setakat 30 November 2023 adalah RM3.66.

Harga saham induk yang amat tinggi seperti ini, sudah tentulah ramai yang berfikir dua tiga kali nak beli betul tak? Jika saham induk jauh mahal, berapa p**a harga warannya?

Harga waran Scientex adalah RM0.545 (30.11.2023). Waran Scientex akan matang pada 14 Januari 2026.

Waran kepada Scientex Berhad adalah SCIENTX-WC.

Sumber: malaysiastock.biz
Memandangkan saham induk Scientex adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

4. Frontken Corporation Berhad

Frontken Corporation Berhad (Frontken) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang terlibat dalam aktiviti Advanced precision cleaning dan Surface treatment untuk TFT-LCD (Thin Film Transistor – Liquid Crystal Display) di Taiwan.

Selain daripada itu, syarikat ini juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan servis kepada pelanggannya di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pendek kata, perniagaan Frontken terbahagi kepada dua segmen iaitu semikonduktor serta kejuruteraan mekanikal.

Harga saham induk Frontken Corporation Berhad setakat 30 November 2023 adalah RM3.18.

Waran kepada Frontken Corporation Berhad adalah FRONTKN-WB.

Sumber: malaysiastock.biz
Harga waran Frontken adalah RM0.175 (30.11.2023). Waran Frontken akan matang pada 3 Mei 2026.

Memandangkan saham induk Frontken adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

5. Central Global Berhad
Central Global Berhad diasaskan pada tahun 1972 dan terlibat dalam sektor pembuatan dan pembinaan. CGB mempunyai beberapa anak syarikat dan setiap anak syarikat mempunyai peranan masing-masing. Anak syarikat CGB adalah seperti:

Proventus Bina Sdn Bhd
Central Industrial Corp Berhad
CIC Marketing Sdn Bhd
CIC Singapore
CIC Construction Sdn Bhd
Central Global Construction Sdn Bhd
CGB mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara antaranya seperti Australia, New Zealand, USA, China, Thailand, India, Singapore, Indonesia, Vietnam, Brunei, Hong Kong, Japan, South Korea, Taiwan, Sri Lanka & Eropah.

Sumber: CGB
Harga saham induk Central Global Berhad setakat 30 November 2023 adalah RM2.99.

Waran kepada Central Global Berhad adalah CGB-WA.

Sumber: malaysiastock.biz
Harga waran CGB adalah RM2.14 (30.11.2023). Waran CGB akan matang pada 26 Julai 2025.

Memandangkan saham induk CGB adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

Kesimp**an
Contoh waran di atas adalah waran yang mana saham induknya berharga atas RM1.00. Ia bukanlah satu saranan belian namun, waran tersebut boleh dipertimbangkan untuk anda kaji sekiranya anda merasakan saham induknya adalah mahal bagi anda.

Tempoh matang waran-waran di atas juga masih lama iaitu tahun 2025 dan 2026. Paling penting adalah waran tersebut adalah berstatus patuh syariah.

https://thekapital.my/2023/12/05/5-saham-atas-rm1-00-yang-mempunyai-waran/

Saham yang harganya lebih mahal biasanya lebih stabil

3 Saham Uptrend Yang Punyai Fundamental Yang Mantap“Nak beli saham takkan hanya nak tengok carta semata?”Di Bursa Malays...
13/06/2025

3 Saham Uptrend Yang Punyai Fundamental Yang Mantap

“Nak beli saham takkan hanya nak tengok carta semata?”

Di Bursa Malaysia, bukan tiada saham yang mempunyai fundamental yang baik. Tetapi sifat pelabur Malaysia yang ‘malas’ kaji saham-saham yang sebegini.

Ramai yang s**a saham murah dan hanya harapkan analisis teknikal. Bila tidak menjadi, salahkan saham ini sebagai scam. Walhal sedia maklum analisis teknikal hanya kajian kebarangkalian sesuatu itu menjadi. Tidak menjamin apa pun. Nak melabur ke berjudi?

Jom kita lihat saham-saham di Bursa Malaysia yang sedang membuat kenaikan (Uptrend) dan mempunyai ciri-ciri fundamental yang baik seperti:-

Keuntungan syarikat yang konsisten
Pertumbuhan keuntungan syarikat yang meningkat
Margin keuntungan yang meningkat
1. PECCA Group Berhad

Carta setahun saham Pecca Group Berhad dilihat sedang berada difasa kenaikan (uptrend) yang sihat setakat 15 Mac 2024. Syarikat sektor automotif ini bukan sahaja sedang uptrend malah mempunyai fundamental yang sangat hebat!

Jika kita lihat pendapatan suku tahunan PECCA, sangat mengagumkan. Tidak pernah rugi dan margin keuntungan p**a terus menerus bertambah sejak suku tahun terakhir tahun 2022 sehingga yang terkini.

Pendapatan tahunan juga sama, terus meningkat sejak tahun 2022 sehingga tahun kewangan terakhir 2023. Hasil jualan meningkat, keuntungan bersih naik dan margin keuntungan juga semakin besar!

2. Malayan Cement Berhad

Sumber: TradingView
Syarikat pengeluar simen dan bata ini jika dilihat cartanya, meleleh. Sangat cantik kemenjadian dia. Ciri-ciri kenaikan (uptrend) yang sihat sangat ketara digambarkan pada carta saham ini. Mula membuat kenaikan harga sejak April tahun 2023 lagi.

Jika kita nak kaji pendapatan dari segi suku tahunan, memang sangat kagum dengan jualan, keuntungan bersih dan margin keuntungan yang naik sangat konsisten.

Keuntungan tahunan syarikat juga bukan biasa-biasa. Keuntungan meningkat sejak tahun 2021 sehingga tahun terkini. Margin keuntungan syarikat naik terus menerus walaupun jualan syarikat pada tahun 2024 tidak sebanyak tahun sebelumnya.

Siapa kata tiada saham fundamental bagus yang boleh dibeli di Bursa Malaysia?

3. QL Resources Berhad

Sumber: TradingView
Syarikat ketiga p**a, adalah syarikat pengeluar telur yang pop**ar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan pemilik kepada kedai serbaneka FamilyMart. Daripada carta ini, harga saham QL sedang membuat kenaikan sejak Jun 2023 sehingga Mac 2024.

Kenaikannya (uptrend) sangat cun!

Dari segi keuntungan suku tahunan syarikat, kita dapat lihat di mana jualan syarikat meningkat setiap suku tahunan dan margin keuntungan juga menaik. Keuntungan bersih syarikat juga merekodkan kenaikan yang sangat konsisten.

Untuk pendapatan syarikat secara tahunan, kita dapat lihat bahawa margin keuntungan syarikat naik dengan ketara sejak tahun 2022 sehingga tahun terkini.

Macam ini baru yakin nak melabur.

Fundamental bagus, carta pun cun!

HeiTech Padu Cadang Tawaran Saham Persendirian Untuk Raih RM22.98 Juta Modal KerjaKUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Hei...
12/06/2025

HeiTech Padu Cadang Tawaran Saham Persendirian Untuk Raih RM22.98 Juta Modal Kerja

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — HeiTech Padu Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian 10.12 juta saham biasa baharu, bagi meraih hasil kasar berjumlah RM22.98 juta yang akan digunakan sebagai modal kerja.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata terbitan saham biasa baharu itu mewakili 10 peratus daripada jumlah bilangan saham yang diterbitkan syarikat itu dan ia akan ditawarkan kepada pelabur pihak ketiga yang akan dikenal pasti kemudian.

“Hasil ini akan digunakan terutamanya untuk gaji kakitangan, caruman berkanun majikan, bayaran kepada pembekal dan pemiutang, perbelanjaan pentadbiran pejabat, perbelanjaan utiliti dan perbelanjaan overhead,” katanya.

Dalam makluman Bursa Malaysia sebelum ini, HeiTech Padu berkata ia telah memperoleh kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190.01 juta pada 15 April.

Perolehan kontrak itu merangkumi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi serta sistem MySikap di semua pejabat JPJ.

Kontrak tersebut adalah untuk tempoh 36 bulan bermula dari 1 Mei 2024 hingga 30 April 2027.

Tawaran saham persendirian 10.12 juta saham biasa baharu

Senarai Saham-Saham Yang Sedang Diskaun Di Wall Street“Bila dah murah harganya tak nak beli, nanti bila dia naik balik c...
11/06/2025

Senarai Saham-Saham Yang Sedang Diskaun Di Wall Street

“Bila dah murah harganya tak nak beli, nanti bila dia naik balik cakap mahal p**ak..”

Setelah membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah, kini Wall Street memberikan diskaun kepada pelabur. Saham-saham teknologi yang pernah membuat kenaikan kaw-kaw beberapa bulan lepas, sekarang nampak macam dah murah.

Jom kita lihat saham-saham teknologi di Wall Street yang sedang murah berbanding harga tertingginya. Bukankah rakyat Malaysia s**a dengan diskaun?

Saham Advanced Micro Devices (AMD) Diskaun Sehingga 30%

Carta: TradingView

Saham teknologi yang berkait rapat dengan kecerdasan buatan ini pernah mencecah sehingga AS$213 sesaham. Baru-baru ini saham ini telah jatuh harganya sehingga ke paras AS$146 seunit.

Fuh, dekat AS$50 seunit diskaun dia bagi, namun ketika artikel ini ditulis (28 April 2024), saham ini sedang berada di paras AS$157 seunit. Mampukah saham ini membuat kenaikan mencecah ketinggian dahulu? Ini belum lagi umum pendapatan suku tahunan.

Saham META Platform Jatuh Sehingga 20% Selepas Pengumuman Pendapatan

Carta: TradingView
Sebaik sahaja mengumumkan pendapatan suku tahunan syarikat, saham Meta ini membuat Gap Down yang ketara. Berbanding harga tertinggi yang pernah dibuat, saham Meta jatuh sekitar 20% daripada harta tertinggi tersebut.

Ikut sejarah saham ini, gap kejatuhan yang besar ini mampu ditutup beberapa bulan lepas kejatuhan, Jadi, adakah anda nampak ini sebagai peluang?

Saham TSM Membuat Kejatuhan Sebanyak 17% Daripada Rekod Tertingginya

Carta: TradingView
Harga tertinggi yang pernah direkodkan saham ini adalah pada paras AS$154 seunit. Saham ini kemudian membuat pullback di paras sokongan sekitar AS$126 seunit.

Daripada harga tertinggi tersebut, diskaun sebanyak 17% diberikan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing ini.

Ketika artikel ini ditulis, saham ini dilihat mencuba membuat kenaikan kembali. Mampukah saham ini bangkit dan kembali ke paras atas AS$150?

Musim Earning Sedang Berlaku Di Wall Street
Banyak syarikat-syarikat di Wall Street telah dijadualkan untuk mengumumkan pendapatan syarikat masing-masing pada bulan April dan bulan Mei ini. Sebarang kemungkinan akan berlaku.

Ada yang buat Gap Up selepas pengumuman, yang membuat Gap Down juga ada. Sebaiknya, kita tunggu dulu syarikat umumkan pendapatan sebelum membuat sebarang keputusan.

Jika Tidak Mampu, Jangan Persenda
Daripada artikel Wall Street yang lepas, ada yang persenda orang nak melabur di Wall Street dan membeli saham-saham kayangan ini.

Bagi saya sebagai seorang penulis, poket kita berbeza-beza, objektif pelaburan kita juga berbeza. Jadi jika anda tidak mampu nak beli saham seperti Microsoft, AMD, Nvidia dan sebagainya, usahlah persenda.

Saham-saham teknologi yang pernah membuat kenaikan kaw-kaw beberapa bulan lepas, sekarang nampak macam dah murah.

CelcomDigi Sedia Muktamad Perjanjian Langganan Saham Dengan M*F Inc Dan DNBKUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — CelcomDigi B...
10/06/2025

CelcomDigi Sedia Muktamad Perjanjian Langganan Saham Dengan M*F Inc Dan DNB

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — CelcomDigi Bhd bersedia untuk memuktamadkan perjanjian langganan saham bersyarat (SSA) dan memulakan proses membina rangkaian 5G kedua Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata semua syarat terdahulu dalam SSA bersyarat yang dimeterainya dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (M*F Inc) dan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 1 Dis 2023 telah dipenuhi.

CelcomDigi dalam satu kenyataan berasingan p**a berkata pengumuman terkini itu mengesahkan keputusannya untuk menjadi pemegang saham dalam DNB.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu menyokong pelaksanaan model 5G secara dwi rangkaian.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai pelan peralihan dwi rangkaian untuk rangkaian 5G kedua ke arah proses yang adil dan telus.

“Syarikat juga berharap hasilnya nanti mampu mengimbangi impak ekonomi dan pasaran secara saksama, memberi manfaat kepada kerajaan dan industri, dan yang paling penting memberi manfaat kepada pelanggan dan perniagaan Malaysia,” katanya.

Kementerian Komunikasi sebelum ini berkata proses pemilihan untuk membina dan mengendalikan rangkaian 5G kedua Malaysia akan dimulakan sebaik sahaja SSA itu dimuktamadkan.

Syarikat itu mendahului jadual dalam program penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya untuk membina rangkaian digital, melepasi 50 peratus pada pertengahan Jun 2024.

Dalam perkembangan lain, Maxis Bhd hari ini berkata langganan 100,000 saham biasa baharu oleh Maxis Broadband dalam DNB pada harga terbitan RM1.00 sesaham telah selesai, dan syarat terdahulu yang melibatkan langganan saham dan pendahuluan pemegang saham telah dipenuhi.

“Setelah syarat-syarat terdahulu dipenuhi, SSA tersebut telah menjadi tidak bersyarat dan pihak-pihak di bawah SSA akan meneruskan ke peringkat seterusnya untuk melengkapkan pelaburan yang dicadangkan itu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Membina rangkaian 5G kedua Malaysia

Pendapatan Agregat 30 Saham Dalam FBM KLCI Berada Pada RM18.7 Bilion Pada Suku KeduaKUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Agr...
09/06/2025

Pendapatan Agregat 30 Saham Dalam FBM KLCI Berada Pada RM18.7 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Agregat pendapatan 30 konstituen FBM KLCI dilaporkan berjumlah RM18.7 bilion pada suku kedua 2024 dalam persekitaran pertumbuhan positif 7.2 peratus suku ke suku dan 22.6 peratus tahun ke tahun.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) berkata pada asas yang diselaraskan, agregat pendapatan normalisasi masing-masing meningkat sebanyak 5.0 peratus suku ke suku dan 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM18.5 bilion, kata

Prestasi pertumbuhan normal suku ke suku yang positif adalah kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan pendapatan dalam kalangan saham utiliti (Tenaga Nasional dan YTL Power), perladangan (KL Kepong dan SD Guthrie), produk dan perkhidmatan perindustrian (Petronas Chemicals dan Press Metal), dan perkhidmatan kewangan (Public Bank).

Sementara itu, prestasi pertumbuhan normalisasi tahun ke tahun susulan peningkatan pendapatan dalam kalangan perkhidmatan kewangan (CIMB, HLFG, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank), produk dan perkhidmatan perindustrian (Press Metal dan Petronas Chemicals), utiliti (Tenaga Nasional), dan perladangan (KL Kepong).

Ia berkata 18 peratus saham di bawahnya melaporkan pendapatan lebih tinggi daripada jangkaan pada suku tersebut, 23 peratus mencatatkan pendapatan lebih rendah daripada jangkaan manakala 60 peratus mencapai jangkaan.

“Perubahan harga sasaran melibatkan 35 pelarasan menaik dan 16 pelarasan menurun. Tambahan p**a, kami membuat 18 perubahan pada cadangan saham diberikan dengan lapan peningkatan dan 10 penurunan taraf,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Secara keseluruhannya, ia menyifatkan musim keputusan suku kedua 2024 secara umumnya positif seperti yang dibuktikan oleh semakan menaik untuk agregat pendapatan hadapan kedua-dua konstituen FBM KLCI.

“Kami melihat lebih banyak peningkatan kepada pasaran ekuiti tempatan dalam beberapa bulan akan datang, didorong oleh aliran masuk dana asing ke dalam aset ringgit.

“Ini akan disokong oleh kelemahan relatif dolar US disebabkan oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), prospek pendapatan makro/korporat yang sihat serta penilaian saham yang murah,” katanya.

MIDF berkata ia mengekalkan sasaran 2024 untuk FBM KLCI, FBM Hijrah dan FBM70 masing-masing pada 1,750 mata, 14,100 mata dan 18,900 mata.

Sementara itu, dalam nota penyelidikan berasingan, RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata keputusan suku kedua 2024 adalah kukuh, mengukuhkan lagi jangkaan bahawa pendapatan telah berubah.

“Lebih banyak sektor melebihi jangkaan selain semakan pendapatan positif. Kami melihat berita mengenai pelaburan langsung asing yang positif dengan pasaran berada di puncak kitaran penurunan kadar yang akan menjadi positif untuk ekuiti pasaran baharu muncul daripada jangkaan kelemahan Indeks dolar US (DXY), minat baharu daripada dana portfolio asing dan keadaan mudah tunai domestik yang kukuh,” katanya.

Musim keputusan suku kedua 2024 secara umumnya positif

Saham-Saham Bursa Yang Beri Dividen Lebih 5% Setahun Pada 2024Dividen adalah antara sebab utama ramai pelabur memilih un...
07/06/2025

Saham-Saham Bursa Yang Beri Dividen Lebih 5% Setahun Pada 2024

Dividen adalah antara sebab utama ramai pelabur memilih untuk melabur dalam saham. Bayangkan, anda bukan sahaja dapat menikmati keuntungan apabila harga saham naik, tetapi juga mendapat “duit poket” setiap tahun dalam bentuk dividen. Dividen ini umpama bonus yang dikongsi oleh syarikat kepada pemegang saham hasil daripada keuntungan mereka. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa saham Bursa Malaysia yang menawarkan dividen lebih 5% pada tahun 2024. Jom kita lihat!

Apa Itu Dividend Yield?
Sebelum kita menyelami senarai saham, penting untuk faham apa itu Dividend Yield (DY). Secara mudah, Dividend Yield adalah peratusan p**angan dividen tahunan berbanding harga saham semasa. Formula mudahnya:

Dividend Yield (%) = (Dividen Tahunan ÷ Harga Saham Semasa) x 100

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat membayar dividen RM0.20 setiap saham dan harga sahamnya RM2.00, Dividend Yield ialah 10%. Lagi tinggi Dividend Yield, lagi lumayan p**angannya untuk anda.

Senarai Saham Dividen Tinggi 2024
Berikut adalah lima saham dengan Dividend Yield melebihi 5% untuk tahun 2024:

1) Kerjaya Prospek Group Berhad

Kerjaya Prospek adalah syarikat yang terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah. Dengan projek mega yang berterusan di Lembah Klang, mereka konsisten memberikan dividen kepada pemegang saham. Dengan harga saham semasa sekitar RM2.18, Dividend Yield syarikat ini adalah sebanyak 5.5%, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur yang mahukan pendapatan pasif.

2) BIMB Holdings Berhad

BIMB Holdings adalah syarikat induk kepada Bank Islam Malaysia. Dengan tumpuan kepada perbankan patuh syariah, BIMB terus menunjukkan prestasi kukuh. Dengan harga saham sekitar RM2.45, Dividend Yield BIMB adalah sebanyak 6.86%, antara yang tertinggi dalam sektor perbankan.

3) Petra Energy Berhad

Petra Energy terlibat dalam industri minyak dan gas, menyediakan perkhidmatan kepada syarikat minyak utama seperti Petronas. Dengan harga saham semasa sekitar RM1.30, Dividend Yield Petra Energy adalah sebanyak 8.46%. Dengan harga minyak dunia yang stabil, Petra Energy berjaya mengekalkan pembayaran dividen tinggi kepada pemegang saham.

4) Sarawak Plantation Berhad

Sarawak Plantation adalah pemain utama dalam industri minyak sawit. Keuntungan yang stabil daripada eksport minyak sawit membolehkan syarikat ini memberikan dividen yang menarik. Dengan harga saham semasa sekitar RM2.29, Dividend Yield syarikat ini hampir 8.73%, menjadikannya sesuai untuk pelabur jangka panjang.

5) Bonia Corporation Berhad

Bonia, jenama terkenal dalam fesyen dan aksesori, terus menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh walaupun dalam pasaran yang mencabar. Dengan harga saham semasa sekitar RM1.37, Dividend YieldBonia melebihi 10.22%, menjadikannya salah satu saham yang harus dipertimbangkan jika anda ingin memaksimumkan p**angan dividen.

Kenapa Pelaburan Dividen?
Melabur dalam saham yang memberikan dividen tinggi adalah strategi bijak, terutama bagi mereka yang merancang untuk persaraan. Dividen ini boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang berterusan, membolehkan anda menampung kos hidup tanpa perlu menjual saham anda. Bak kata Tun Daim, “Pelaburan saham bukan kasino.” Oleh itu, pilih saham berkualiti dan fokus pada p**angan jangka panjang.

Akhir Kata
Pelaburan saham boleh dijadikan pelan ketika bersara, bukan untuk spekulasi jangka pendek semata-mata. Pastikan anda membuat kajian mendalam sebelum melabur. Pilih syarikat yang kukuh dan konsisten membayar dividen. Dengan strategi yang betul, anda boleh menikmati pendapatan pasif dan membina kekayaan dengan selamat.

Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda mahu memulakan perjalanan pelaburan, pertimbangkan saham-saham ini. Semoga artikel ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik. Selamat melabur!

Antara teknik nak kembangkan lagi duit!

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2024Tahun 2024 telah pun melabuhkan tirainya. Pemangkin yang banyak memai...
06/06/2025

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2024

Tahun 2024 telah pun melabuhkan tirainya. Pemangkin yang banyak memainkan peranan menggerakkan pasaran saham pada tahun 2024 adalah seperti sektor pembinaan, AI, data center dan pilihan raya presiden Amerika.

Saham-saham yang berkaitan sudah tentu telah membuat kenaikan yang menakjubkan.

Mungkin anda juga memiliki saham-saham tersebut. Mari kita lihat 10 saham Top 10 paling untung bagi tahun 2024. Untuk pengetahuan anda, saham-saham ini kesemuanya naik melebihi 100%! Ada juga yang naik lebih 300%!

Top 10 saham patuh syariah paling untung 2024

Sumber: Webull Malaysia

1. MMAG Holdings Berhad

Sumber: Trading View
MMAG Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung di Bursa Malaysia pada tahun 2024 dengan kenaikan sebanyak 373.68%.

Walaupun bermula dengan harga di bawah 10 sen, MMAG mampu naik berlipat kali ganda dan ditutup pada harga RM0.450.

2. Eversendai Corporation Berhad

Sumber: Trading View
Sendai merupakan saham kedua paling untung di Bursa Malaysia dengan kenaikan sebanyak 328.13%. Eversendai mula mendapat perhatian pelabur setelah kejayaannya memperolehi projek bernilai RM5.4 bilion di Arab Saudi, UAE dan India.

Baca: Eversendai dapat projek RM5.4 bilion di Arab Saudi, UAE, India

Tahukah anda, Eversendai telah terbabit dalam pembinaan beberapa mercu tanda paling berprestij dan ikonik dunia, termasuk Burj Khalifa di Emirates, Menara Berkembar Petronas 2 dan Menara Merdeka 118 di Malaysia, serta Pulau Neom Sindalah di Arab Saudi.

3. Notion Vtec Berhad

Sumber: Trading View
Notion p**a tidak kurang hebatnya menjadi saham ketiga paling untung pada 2024. Notion berjaya naik sebanyak 319.05%. Saham Notion yang juga boleh dianggap sebagai penny di awal tahun kini sudah berada di atas paras RM1.00.

Kenaikan Notion adalah kerana sentimen pusat data yang semakin banyak dibina di Malaysia.

4. Heitech Padu Berhad

Sumber: Trading View
Heitech Padu Berhad p**a banyak meningkat kerana meraih kontrak NIISe yang bernilai hampir RM1 bilion. Kontrak ini adalah untuk tempoh 60 bulan bermula dari 18 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2029.

Heitech Padu berjaya menaik sebanyak 263.95%.

Baca: MyEG, Heitech Padu Mula Kerjasama Laksana Projek e-Kerajaan

5. Ge-Shen Corporation Berhad

Sumber: Trading View
Saham Ge-Shen Corporation Berhad memulakan tahun 2024 dengan harganya RM1.17 seunit dan menutup tirai tahun 2024 pada RM3.97 seunit.

Sekiranya kenaikan dari segi Ringgit adalah sebanyak RM2.80, bayangkan p**a dari segi peratus, saham ini membuat kenaikan sebanyak 239.32%.

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

6. Tanco Holdings Berhad

Sumber: Trading View
Tanco berjaya membuat kenaikan sebanyak 235.59% sepanjang tahun 2024.

Ramai pelabur dan pedagang pasti masih ingat dengan kejatuhan besar saham Tanco di awal tahun 2024. Walaubagaimanapun, saham Tanco jatuh banyak dalam tempoh 2 hari sahaja tetapi ada pelabur yang berjaya menghidu peluang untuk mengutip saham ini pada harga yang lebih rendah.

Jika anda perhatikan carta, Tanco sering membuat corak atau perangai yang sama. Pelabur diingatkan untuk lebih berhati-hati dengan saham ini.

7. Vstecs Berhad

Sumber: Trading View
Harga saham Vstecs Berhad pada awal Januari 2024 ialah RM1.30 seunit dan mengakhiri tahun 2024 pada harga RM4.04 seunit.

Untuk tahun 2024, saham ini telah membuat kenaikan harga sebanyak RM2.74 atau 210.77% setahun.

8. Southern Cable Group Berhad

Sumber: Trading View
Saham Southern Cable Group Berhad bernilai RM0.415 seunit pada awal Januari 2024 sebelum saham ini naik ke paras RM1.23 seunit.

Ianya merupakan kenaikan sebanyak RM0.815 seunit atau 196.39% pada tahun 2024 ini.

9. SNS Network Technology Berhad

Sumber: Trading View
Saham SNS Network Technology Berhad bernilai RM0.23 seunit pada awal Januari 2024 sebelum saham ini naik ke paras RM0.66 seunit.

Ianya merupakan kenaikan sebanyak RM0.43 seunit atau 186.96% pada tahun 2024 lepas.

10. Southern Score Builders Berhad

Sumber: Trading View
Saham ini membuat kenaikan harga sebanyak RM0.39 seunit bersamaan dengan 185.71% dalam masa setahun.

Kesimp**an

Berikut merupakan 10 senarai saham paling untung di Bursa Malaysia pada tahun 2024. Semua senarai 10 teratas ini berjaya memberi p**angan lebih 100% dalam masa setahun 2024.

Naik sehingga 373%!

Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)Saranan BELIHarga sasar (TP) RM0.86 dikekalkan, dengan harga sah...
05/06/2025

Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)

Saranan BELI
Harga sasar (TP) RM0.86 dikekalkan, dengan harga saham berpotensi menaik 65%
Kadar hasil dividen kira-kira 2%

Profil Syarikat
MRCB terbabit dalam pembinaan (kepakaran khusus dalam projek alam sekitar), pembangunan dan pelaburan hartanah, dan operasi jalan raya bertol. Ia juga dikenali dengan pembangunan berteraskan transit, seperti Kuala Lumpur Sentral, Bukit Jalil City, Kwasa Damansara, dan Penang Sentral.

Malaysian Resources Corp menandatangani sebuah Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Ipoh Sentral SB untuk merasmikan kerjasama bagi membangunkan bangunan berorientasikan transit (TOD) bernama Ipoh Sentral. Kami memandang baik akan pembangunan ini kerana ia merupakan tambahan kepada portfolio MRC dalam projek-projek TOD seperti KL Sentral, PJ Sentral dan Penang Sentral.

Latar belakang projek
Projek Ipoh Sentral ini merangkumi pembangunan tanah (kira-kira seluas 67 ekar) yang terletak berhampiran stesen kereta api Ipoh. Pembinaan ini akan berlangsung secara berfasa selama kira-kira 20 tahun dan proses perancangan dijangka bermula pada tahun 2025. Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk Ipoh Sentral ini diramalkan mencecah RM6.3bn dengan fasa pertama (2.6 hektar) melibatkan kerja menambah baik bahagian landskap dan rekreasi, sambil memulihara unsur khazanah dan budaya. Untuk fasa kedua p**a (24.7 hektar), kerja pembinaan akan melibatkan bangunan pangsapuri perkhidmatan, pejabat, ruang komersial dan hotel.

Kesalinghubungan lebih baik
Kami berpendapat bahawa projek Ipoh Sentral mungkin akan mempertingkatkan tahap kesalinghubungan perjalanan di Ipoh kerana ia terletak dalam jarak 6km dari titik-titik capaian utama lain, khususnya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, laluan utara Lebuhraya Utara-Selatan, terminal bas Medan KIDD dan stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh. Pemaju-pemaju utama seperti Sunway (SWB MK, BELI, TP: MYR5.75) mungkin menerima manfaat secara tidak langsung kerana ia telah memperuntukan dana tambahan berjumlah RM4bn untuk memperluas kawasan perbandaran Sunway City Ipoh berkeluasan 1350 ekar miliknya di Tambun. Pembangunan pusat pengangkutan bersepadu di Ipoh ini mungkin akan melonjakkan lagi minat bakal pembeli hartanah untuk menerokai peluang yang ada di Ipoh.

Ipoh Sentral mungkin jadi daya penarik bagi pelabur asing/tempatan yang berminat
untuk mencari peluang pelaburan di Perak atau di Ipoh khususnya. Taman-taman perindustrian seperti cadangan Taman Teknologi Lembah Perak (boleh dicapai dalam masa 40 minit pemanduan dari bandar Ipoh) mungkin akan mendapat kelebihan daripada jaraknya yang dekat dengan Ipoh Sentral dengan menarik pekerja mahir dari negeri-negeri lain.

Tiada pindaan dibuat pada anggaran
sementara menunggu butiran lanjut mengenai perjanjian dan syarat-syarat duluan untuk MOA tersebut yang perlu dipenuhi dalam tempoh dua bulan dari tarikh pemeteraian MOA atau apa jua pelanjutan tempoh yang dipersetujui secara bersama oleh pihak-pihak terlibat. Oleh itu, TP RM0.86 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 4% juga diambil dalam penilaian TP kami. Nilai saham kelihatan murah kerana saham ini sekarang diniagakan pada P/E 27x untuk FY25F, atau -0.5SD daripada purata lima tahunnya.

Pengunduran MRCB Dari Berjaya Rail
Dalam hal berasingan, kami yakin pengunduran MRCB daripada syarikat konsortium yang dikepalai oleh Berjaya Rail untuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan membolehkan kump**an ini memberikan perhatian lebih pada projek-projek sedia ada dan yang akan datang. Hal ini termasuklah pembinaan semula KL Sentral dan kompleks s**an Shah Alam (>RM1bn secara keseluruhannya), Bukit Jalil Sentral (potensi GDV jangka panjang >RM10bn) dan pembinaan semula lima stesen untuk Transit Aliran Ringan 3 (kira-kira RM2bn) yang mungkin terus menarik ramai pihak untuk melabur dalam saham ini.

Risiko utama
Pasaran hartanah berdepan kelembapan dan pelancaran projek lambat.

Faktor pemacu utama
Jualan hartanah baharu, pelupusan aset, kontrak pembinaan baharu
Risiko utama
Risiko negatif utama termasuk pasaran hartanah mengalami kemerosotan dan pelancaran projek yang perlahan.

Gambar: Konzepte
Baca laporan analisis penuh: Malaysian Resources Corp : Memperluas Jejak TOD Di Negeri Perak; Kekal BELI (24 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Malaysian Resources Corp : Stronger Contribution From Construction; BUY (28 Nov 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Malaysian Resources Corp : Expanding TOD Footprint In The Silver State; Still BUY
(24 Jan 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Harga sasar (TP) RM0.86 dikekalkan

Endereço

Blok C 37B 5 Jalan Pju 1/39 Dataran Prima Petaling Jaya
Manaus, AM
47301

Telefone

+60189390403

Notificações

Seja o primeiro recebendo as novidades e nos deixe lhe enviar um e-mail quando Financial Consultant posta notícias e promoções. Seu endereço de e-mail não será usado com qualquer outro objetivo, e pode cancelar a inscrição em qualquer momento.

Entre Em Contato Com O Negócio

Envie uma mensagem para Financial Consultant:

Compartilhar