Faezah Amanullah - Takaful / Insurance Advisor

Faezah Amanullah - Takaful / Insurance Advisor Insurance / Takaful Advisor

Free Quotations with Consultation. Committed and dedicated to serve my

Usah terlalu berkira dengan RM 100 bulanan untuk perlindungan hibah takaful tapi kisahkan RM 100,000 yang orang tersayan...
20/07/2022

Usah terlalu berkira dengan RM 100 bulanan untuk perlindungan hibah takaful tapi kisahkan RM 100,000 yang orang tersayang akan dapat untuk meneruskan kehidupan.

Bayangkan orang tersayang nak teruskan hidup tanpa keberadaan kita dan pendapatan kita. Ringankan la beban mereka yang perlu teruskan hidup tanpa kita.

Perlindungan hibah takaful yang korang ambil bukan untuk saya. Saya takkan dapat hibah korang, yang akan dapat ialah ahli keluarga yang ditinggalkan.

Fikir-fikirkan.

Faezah Amanullah

Secara umum perkara yang tak disukai oleh masyarakat tentang takaful / insurans ialah syarat-syarat. Rasa macam susah na...
05/07/2022

Secara umum perkara yang tak disukai oleh masyarakat tentang takaful / insurans ialah syarat-syarat. Rasa macam susah nak faham dan memeningkan. Tapi syarat-syarat ni bukan saja-saja diwujudkan. Semuanya bersebab dan berkait dengan pelbagai perkara.

Tapi yang ramai jarang nampak ialah takaful / insurans ni sebenarnya mempunyai banyak manfaat. Apa penting apabila bercakap tentang takaful / insurans, bertanyalah kepada orang yang lebih tahu, orang yang lebih faham syarat-syarat dan terma-terma yang berkaitan.

Kalau nak tahu tentang takaful / insurans, boleh hubungi saya yer. InsyaAllah saya mampu berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya selama bergelar agent takaful ni. 😎 Klik link di bawah:-

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Dah ada hibah takaful? Penting tau.Rasa tak perlu? Cuba tengok senarai di bawah. Banyak kepentingannya.Kalau belum ada, ...
24/06/2022

Dah ada hibah takaful? Penting tau.

Rasa tak perlu? Cuba tengok senarai di bawah. Banyak kepentingannya.

Kalau belum ada, jom klik link di bawah.

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Assalamualaikum...Lama tak bersiaran. Ada ni, kerja tetap berjalan di belakang tabir. Cuma jarang muncul di sini. 😁Ingat...
20/06/2022

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran. Ada ni, kerja tetap berjalan di belakang tabir. Cuma jarang muncul di sini. 😁

Ingat takaful / insurans, ingat saya. Kalau nak tanya apa-apa yang berkaitan, boleh roger saya ok. Klik je link di bawah.

www.wasap.my/60123847594

Nak bagitau sikit, selain dari merujuk kepada agent takaful / insurans anda, pemegang-pemegang polisi Great Eastern Takaful boleh menguruskan sijil takaful dengan adanya i-Get In Touch. Mudah sahaja tau! πŸ˜‰

Belum mendaftar? Klik di sini.

https://igetintouch.greateasterntakaful.com/econnect-new/ #/logi

Faezah Amanullah

PANDUAN PENTING APABILA MEMILIH PELAN TAKAFUL / INSURANS. Takaful / insurans adalah elemen yang sangat penting dalam per...
09/05/2022

PANDUAN PENTING APABILA MEMILIH PELAN TAKAFUL / INSURANS.

Takaful / insurans adalah elemen yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Persediaan menghadapi risiko dan situasi ketidaktentuan dapat memastikan matlamat kewangan tetap dapat dicapai walau melalui fasa krisis kewangan.

Memiliki polisi takaful / insurans dapat mengelakkan kita daripada menggunakan dana kecemasan yang kita miliki. Ia juga bertujuan memberikan perlindungan kepada keluarga yang tersayang sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal. Tanpa polisi takaful / insurans, situasi tertentu seperti sakit dan kematian boleh menyebabkan kita terus tertekan kerana tidak mempunyai solusi yang membantu dalam menghadapi risiko tersebut.

Pakar-pakar kewangan menyarankan agar kita mendapatkan polisi takaful / insurans yang optimum sebelum melakukan sebarang bentuk pelaburan.

Namun sangat penting untuk kita memastikan kita memilih dan memiliki pelan insurans / takaful yang betul mengikut keperluan kewangan diri dan tanggugan kita. Di bawah ini disenaraikan sedikit panduan untuk memilih pelan takaful / insurans:-

1. Benar-benar memahami pelan takaful / insurans yang dipilih termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.

2. Memastikan caruman takaful / insurans yang akan dibayar adalah berpatutan dengan manfaat yang diberikan.

3. Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan kita.

4. Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

5. Berurusan hanya dengan agent takaful / insurans yang berdaftar sahaja atau berurusan secara terus dengan syarikat takaful / insurans.

6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar caruman. Pastikan polisi tidak lapse kerana ia merugikan pencarum.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan tentang takaful / insurans, bolehlah menghubungi saya.

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Di bawah adalah anggaran kos pembedahan tanpa tunggu giliran. Ada yang nampak ianya membazir. Buat apa bayar mahal kalau...
13/04/2022

Di bawah adalah anggaran kos pembedahan tanpa tunggu giliran. Ada yang nampak ianya membazir. Buat apa bayar mahal kalau ada yang percuma, bayar sikit-sikit je.

Tapi urusan kesihatan ni, kalau diberi pilihan untuk menunggu atau mempercepatkan rawatan, anda pilih yang mana? Sewaktu menunggu giliran yang lama, kesihatan boleh jadi makin merosot, emosi boleh terganggu. Kesihatan mental pun boleh tergugat.

Nilai RM30,000 yang syarikat takaful/insurans bayarkan untuk klien adalah nilai "ketenangan" yang tiada bandingan.

Suatu petang yang hening, klien jumpa doktor, kemudian disahkan memerlukan pembedahan. Buang apa yang tidak perlu disimpan. Caruman sebulan RM200 lebih sahaja, sekali claim berpuluh ribu. Belum termasuk rawatan-rawatan yang lain menggunkan direct "guarantee letter" ke hospital.

Buang satu "kembimbangan" dalam list hidup kita. Kos perubatan. Serahkan kepada pihak takaful / insurans untuk menanggung kesemuanya.

Korang dah ada? Ambillah sekarang. ketika peluang masih ada. Jangan tunggu tua atau sakit baru nak tersedar. Kesedaran awal itu tidak terhingga nilainya.

Faezah Amanullah

Sebelum menjadi agent takaful, saya tak faham tentang konsep takaful / insurans secara mendalam. Yang saya tahu, perlu a...
05/04/2022

Sebelum menjadi agent takaful, saya tak faham tentang konsep takaful / insurans secara mendalam. Yang saya tahu, perlu ambik takaful / insurans, nanti membantu kalau masuk hospital swasta, atau bermanfaat untuk keluarga jika kita meninggal. Asalnya, beza antara konsep insurans dan takaful pun saya tak tahu. πŸ˜‚

Bila dah jadi agent, barulah saya faham secara mendalam tentang jenis-jenis pelan, tentang syarat-syarat permohonan, syarat-syarat claim dan sebagainya. Jadi saya tak salahkanlah kalau banyak tentang takaful / insurans ni kurang difahami oleh rakyat marhaen. Saya pun tau anda skip baca post saya bila saya post tentang takaful / insurans. πŸ˜‚ Sebabnya kawan sendiri yang nampak post saya hari-hari pun, suatu hari tanya saya soalan yang memang dah selalu dikongsi tentang takaful / insurans.

Kebanyakan orang biasanya hanya mencari apabila memerlukan. Tapi untuk mendapat manfaat dari takaful / insurans, kita perlu mencari sebelum ia diperlukan. Apabila memerlukan baru nak mencari, maka banyaklah cabaran atau halangannya. Sebab itulah kami agent-agent takaful / insurans cuba berkongsi maklumat berkaitan setiap hari agar anda faham yang takaful / insurans ni kena dicari sebelum diperlukan.

Kalau anda nak tahu apa sahaja tentang takaful / insurans, bolehlah bertanya dengan saya. Saya tahu walaupun saya berkongsi maklumat di sini, mungkin anda terlepas pandang. Kalau saya pernah kongsikan dengan anda secara langsung, mungkin anda dah terlupa. Takpelah, bila-bila teringat nak tanya, boleh sahaja nak tanya. Itulah tugas kami sebagai agent takaful / insurans. Menyampaikan dan berkongsi maklumat berkaitan disamping membantu para klien dalam urusan-urusan berkaitan.

Saya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti khidmat saya kepada para klien saya. Kalau nak saya jadi agent takaful / insurans anda, jangan segan-segan untuk klik link di bawah yer. Kalau nak saya bimbing anda untuk menjadi agent takaful / insurans seperti saya, boleh klik link di bawah juga. 😎

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Hibah Takaful adalah kaedah paling murah, pantas dan mudah untuk kita mewujudkan harta sebagai:-πŸŽ€ Hadiah kepada orang te...
29/03/2022

Hibah Takaful adalah kaedah paling murah, pantas dan mudah untuk kita mewujudkan harta sebagai:-

πŸŽ€ Hadiah kepada orang tersayang
πŸŽ€ Keperluan untuk keluarga teruskan kehidupan tanpa kita
πŸŽ€ Kegunaan menyelesaikan hutang kita yang tertangguh bayaran supaya kita bebas hutang selepas mati

Hibah Takaful adalah berbentuk wang tunai. Duit cash.

Tak guna aset banyak, harta benda sana sini, jika cash flow sangkut. Aset boleh dicairkan tapi prosesnya bukan semudah dan sepantas yang disangkakan. Pada saat-saat getir, memiliki wang tunai sebagai aset sangat berharga.

Nak tau tentang hibah takaful? Jom klik link di bawah:-

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Jawapan saya ialah pelan takaful / insurans. Mampu milik sangat tau kalau sebelum umur 30 ni. Makin meningkat usia, maki...
28/03/2022

Jawapan saya ialah pelan takaful / insurans. Mampu milik sangat tau kalau sebelum umur 30 ni. Makin meningkat usia, makin meningkat pendapatan, komitmen turut meningkat.

Jadi menyediakan pelan takaful / insurans yang bersesuaian awal-awal lagi ketika mula melangkah ke alam pekerjaan, adalah keputusan yang sangat bijak. Apabila makin meningkat pendapatan, boleh fokus terhadap komitmen yang lain p**a.

Tetapi jangan hanya menambah komitmen seiring dengan penambahan pendapatan. Pastikan merancang kewangan dengan baik.

Untuk maklumat tentang pelan takaful/ insurans yang bersesuaian dengan anda, jom klik link di bawah.

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Poster sahaja yang baru. Kandungannya sama je dengan yang saya share kat sini bulan lepas. Qualifier go-med challenge. P...
18/03/2022

Poster sahaja yang baru. Kandungannya sama je dengan yang saya share kat sini bulan lepas. Qualifier go-med challenge. Poster rasmi dari Great Eastern Takaful selepas tarikh contest tamat. Share kat sini untuk diabadikan sebagai kenangan. Boleh pergi sama-sama dengan GM Hasbah Binti Juwaini 😁

Rewards ni untuk bagi motivasi hasil penat lelah berusaha. Setiap bulan ada pelbagai rewards yang diberikan untuk agents selain komisyen. Kerjaya sebagai agent takaful / insurans ni bukan mudah, tapi bukan juga susah. Keliru ke? πŸ˜‚ Cabaran memang ada. Hasil dari usaha pun tetap ada. Yang penting ialah usaha secara konsisten tanpa putus asa.

Jomla join team kami jadi agent takaful. Kami guide cara nak memajukan diri dalam bidang ni. Tinggal pelaksanaan sahaja dari anda. Lambat atau cepat, sendiri yang tentukan. Kalau berminat boleh contact saya tau. 😎

Faezah Amanullah

Tahukah anda, takaful hayat / life insurance secara umum difahami sebagai pampasan kematian peserta takaful yang diberik...
17/03/2022

Tahukah anda, takaful hayat / life insurance secara umum difahami sebagai pampasan kematian peserta takaful yang diberikan kepada waris atau penama. Tetapi takaful hayat / life insurance juga diberikan sebagai pampasan kepada peserta sekiranya dia mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit.

Kecacatan kekal bukanlah sesuatu yang pasti berlaku, tetapi jika berlaku dan kita tidak lagi mampu bekerja, siapakah yang akan memberi wang atau menanggung kita? Di sinilah fungsi takaful hayat / life insurance memainkan peranan.

Walau kecacatan kekal bukan sesuatu yang pasti tetapi kematian adalah sesuatu yang pasti. Sekiranya wang pampasan dari polisi takaful hayat / life insurance tidak memberi manfaat kepada peserta iaitu diri kita sendiri, ia pasti akan memberi manfaat kepada keluarga tersayang yang kita tinggalkan khususnya anak-anak.

Tahukah anda berapa jumlah takaful hayat / life insurance yang diperlukan oleh anda? Kiraan mudah ialah 10 kali ganda dari jumlah pendapatan tahunan anda. Sekiranya pendapatan tahunan anda ialah RM 100,000, maka jumlah takaful hayat / life insurance yang diperlukan anda ialah RM 1 juta.

Di bawah adalah kiraan jumlah keperluan takaful hayat / life insurance yang lebih terperinci.

Jangan tinggalkan diri atau keluarga dalam keadaan meminta-minta. Sediakan perlindungan yang sewajarnya untuk diri dan keluarga anda.

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Di era ekonomi yang serba mencabar ini, menguruskan kewangan memerlukan ilmu berterusan dan juga kegigihan merancang dan...
13/03/2022

Di era ekonomi yang serba mencabar ini, menguruskan kewangan memerlukan ilmu berterusan dan juga kegigihan merancang dan membuat belanjawan. Bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan, cabaran ini lebih tinggi kerana pada waktu ini, banyak keinginan hendak direalisasikan. Memiliki kereta, membeli barang-barang yang sudah lama ingin dimiliki, pergi bercuti dan sebagainya.

Kompas di bawah boleh dijadikan rujukan mudah untuk membuat perancangan kewangan pendapatan bulanan anda. Pastikan komitmen bulanan tidak melebihi dari yang sepatutnya. Yang paling penting, simpan wang anda. Simpan dahulu dan belanja bakinya. Jangan belanja dahulu dan simpan bakinya (kalau masih ada baki).

Sekiranya pendapatan bulanan semakin meningkat, kebiasaannya kita juga akan meningkatkan komitmen bulanan kita. Jangan lupa untuk meningkatkan jumlah simpanan kita seiring dengan peningkatan pendapatan.

Berikan prioriti terhadap pemilikan pelan takaful / insurans yang bersesuaian dengan anda. Memiliki polisi takaful seawal yang mungkin sangat penting dan menguntungkan.

Takaful / insurans bukan sesuatu yang merugikan jika anda faham fungsi dan manfaatnya. Dapatkan penjelasan dari agen berdaftar yang boleh dipercayai.

www.wasap.my/60123847594

Faezah Amanullah

Address

Petaling Jaya
46000

Telephone

+60123847594

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faezah Amanullah - Takaful / Insurance Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faezah Amanullah - Takaful / Insurance Advisor:

Share