Pekida Simpang 3 Kubang Rotan Cwgn Sunway

Pekida Simpang 3 Kubang Rotan  Cwgn Sunway Mempelawa kepada semua ahli untuk berhubung dan berkongsi pendapat. Berminat nak masuk Pekida….. Hubungi Abg Wan 0176616619

Bismillahirrahmanirrahim.1. Adapun pada lembaran ini dipaparkan wajah-wajah para tokoh yang telah menjadi tiang seri, pa...
10/07/2026

Bismillahirrahmanirrahim.
1. Adapun pada lembaran ini dipaparkan wajah-wajah para tokoh yang telah menjadi tiang seri, pasak kekuatan dan payung amanah kepada perjalanan Jemaah 30 di Malaysia ini, yakni insan-insan pilihan yang telah memikul beban perjuangan dengan penuh sabar, setia dan kebijaksanaan pada zaman masing-masing.
2. Maka tiadalah mereka itu sekadar nama yang tercatat pada helaian sejarah semata-mata, bahkan merekalah antara para pewaris yang telah menyambung sanad bai‘ah Jemaah 30 daripada satu tangan kepada satu tangan, daripada satu zaman kepada satu zaman, agar jangan terputus tali amanah, jangan terlerai ikatan warisan, dan jangan malap cahaya perjuangan yang telah diperturunkan oleh para pendahulu.
3. Maka tersebutlah nama-nama yang mulia lagi dimuliakan dalam kalangan pewaris perjuangan ini, iaitu Almarhum B**g Isa, Almarhum Ustaz Hamzah, Almarhum Tok Mat Botoi dan Almarhum Awaluddin Borhan. Pada bahu merekalah tersandar amanah untuk memelihara perjalanan jemaah ini; pada lidah merekalah terungkap nasihat dan pedoman; pada fikiran merekalah tersusun haluan; dan pada jiwa merekalah terpahat setia yang tiada berbelah bahagi.
4. Dengan izin Allah Ta‘ala, mereka telah menjaga warisan ini dengan penuh tertib, adab dan kefahaman, lalu menyerahkannya kepada generasi sesudah mereka dalam keadaan terpelihara maruahnya, teguh sendinya dan luhur maksud perjuangannya.
5. Maka seyogianya bagi anak cucu jemaah yang datang kemudian, jangan sekali-kali memandang ringan akan susur galur ini, kerana sejarah perjuangan yang besar itu tidak terbina dalam sehari, dan warisan yang luhur itu tidak tegak tanpa pengorbanan para pendahulu. Barang siapa mengenal asal usul perjuangannya, nescaya teguhlah pendiriannya; dan barang siapa memelihara sanad warisannya, nescaya terpeliharalah maruah jemaahnya.
6. Oleh yang demikian, hendaklah generasi hari ini menoleh ke belakang dengan penuh adab, menelusuri sejarah ini dengan mata hati yang faham, lalu menyambung amanah yang diwariskan itu dengan setulus niat dan seteguh pendirian, supaya obor perjuangan Jemaah 30 terus menyala, tidak padam ditelan zaman, tidak luput ditelan perubahan masa.
7. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekalian, melapangkan kubur mereka, mengampuni segala khilaf dan kekurangan, menerima segala amal bakti serta pengorbanan yang telah mereka persembahkan pada jalan perjuangan ini, lalu menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, lagi beroleh keampunan dan keredaan.
8. Mudah-mudahan warisan ini terus dipelihara, sanad bai‘ahnya terus bersambung, semangatnya terus berdenyut dalam dada para pewaris, dan nama-nama para pendahulu ini kekal hidup dalam ingatan anak bangsa, selagi mana bumi ini masih menyaksikan adanya insan yang tahu mengenang jasa, memegang amanah dan menjunjung warisan perjuangan dengan sebenar-benar penghormatan.
- WARISAN BAGAN -

🟩🟨🟥 INFO PENTING KEPADA SEMUA AHLI PEKIDA MALAYSIA SELURUH NEGARA 👇SEMAKAN DAFTAR KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA Assalamualaik...
21/05/2026

🟩🟨🟥 INFO PENTING KEPADA SEMUA AHLI PEKIDA MALAYSIA SELURUH NEGARA 👇
SEMAKAN DAFTAR KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA
Assalamualaikum kepada seluruh ahli PEKIDA MALAYSIA...
1. Adalah dimaklumkan sistem semakan keahlian PEKIDA MALAYSIA telah beroperasi dan boleh di akses di alamat web https://semak.pekida.org.my
2. Sistem semakan daftar keahlian ini boleh di akses melalui kaedah:-
2.1. Semakan di browser internet di komputer / telefon pintar dengan memasukkan alamat https://semak.pekida.org.my :
➡️ Masukkan No. Kad Pengenalan
➡️ Saringan Kod Pengesahan Captcha
➡️ Tekan butang semak.
2.2. Semakan melalui Scan QR Code pada kad keahlian.
➡️ Scan QR Code pada kad keahlian.
➡️ Setelah QR Code reader mengesan bacaan QR Code tekan open.
➡️ Masukkan 6 digit terakhir no ahli dan sahkan kod pengesahan captcha.
➡️ Tekan butang semak.
3. Jika semakan pada kedua dua kaedah gagal mengesan daftar keahlian mohon hubungi Ibupejabat Pekida Malaysia di talian 018-908 1201.
Sekian,
AHMAD BIN KASSIM
Ketua Penerangan PEKIDA Malaysia,
merangkap,
Pengerusi Biro Penerangan PEKIDA MALAYSIA
📌 𝖲𝖾𝗆𝗈𝗀𝖺 𝗌𝖾𝗀𝖺𝗅𝖺 𝗎𝗌𝖺𝗁𝖺 𝖽𝗂𝖻𝖾𝗋𝗄𝖺𝗍𝗂 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦.𝗪.𝗧.
𝐷𝑒𝑚𝑖 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎, 𝐵𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎 𝐷𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝐴𝑖𝑟.

Big thanks toDin Chuping, Abdrashid Paksyid, Arelong Boyek, Nazreen Irwan, Are-ngah Fairuz, Ahmad Nazir Bin Ismail, Ezza...
26/12/2025

Big thanks to

Din Chuping, Abdrashid Paksyid, Arelong Boyek, Nazreen Irwan, Are-ngah Fairuz, Ahmad Nazir Bin Ismail, Ezzal Danial Mikail, Syed Aiman Rapi, Muhammad Mansor, Abdul Rasyid Rashidnubi, Zulkiffli, Suhaidir Ambri Suhaidir Ambri, Fanta Blend Blend

for all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

14/12/2025 AhadDi Kubang Rotan Mesyuarat Akhir tahun 2025 telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah kita Sama-sama ...
17/12/2025

14/12/2025 Ahad
Di Kubang Rotan
Mesyuarat Akhir tahun 2025 telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah kita Sama-sama mengerakkan aktiviti pada tahun baru.

Bantah tetap Bantah
04/12/2025

Bantah tetap Bantah

Assalamualaikum WBT,

Makluman, satu Press Conference berkaitan isu spa songsang di Chow Kit KL akan dianjurkan seperti yang dinyatakan di dalam poster.

Mohon panjangkan supaya NGO-NGO lain dapat hadir bagi meramaikan majlis dan memberi sokongan demi Hentikan Normalisasi Songsang yang sedang hangat diperkatakan.

Tarikh : 6 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 5:00 Petang
Tempat : Spa Otot2, Chow Kit KL

Google Map Location :
https://maps.app.goo.gl/31B86sWYTTmSxZoi8?g_st=ic

Anjuran Bersama :
PEKIDA Negeri Wilayah Persekutuan &
Institusi Ayahanda Malaysia (IAM).

Sekian, terima kasih

AYUH SAMA2 KITA SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA ANASIR SONGSANG DI MALAYSIA...

31/10/2025

Jawatan kosong!!!!!

Diperlukan dengan segera.
Admin staf

- Perempuan
- Ada kenderaan
- Boleh mengunakan PC- Word/Excel
- Pengalaman bidang Recovery Officer
(Debt Collection)
- Kerja-kerja perkeranian

Hubungi saya melalui whatsapp :
017-6616619 En. Wan

Yuran Ahli Dah Boleh Kutip.........Ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Saya di Whatsapp :017-6616619 En Wan Nak jadi A...
25/10/2025

Yuran Ahli Dah Boleh Kutip.........

Ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Saya di Whatsapp :017-6616619 En Wan
Nak jadi Ahli pun boleh bertanya

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat
06/06/2025

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat

Boleh semak
23/05/2025

Boleh semak

Address

PJS 5
Petaling Jaya
46150

Telephone

0176616619

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Simpang 3 Kubang Rotan Cwgn Sunway posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pekida Simpang 3 Kubang Rotan Cwgn Sunway:

Shortcuts

Share