09/03/2023
Kes Scammer menjadi2.
Guys, untuk sesiapa yang berniat nak ambik personal loan dari bank.. tolong berhati2..
Baru terjadi 2 hari lepas.. seorang kenalan saya terkena scam dengan pegawai Ambank.. Mangsa berniat nak meminjam dengan bank tersebut sebanyak RM50,000. Kemudian mengisi beberapa detail dalam website ambank. Selang beberapa hari mangsa telah menerima whatsapp dari seseorang yang bergelar pegawai dari Ambank (scammer)
Pada awal nya mangsa tidak mengesyaki apa2 kerana segala prosedure yang dilakukan adalah biasa je.. Pegawai tu siap bagi borang untuk diisi (borang ada logo ambank)
Segala penipuan bermula apabila mangsa telah dimaklumkan dengan kelulusan pinjaman seperti yang diinginkan dan ditawarkan interest yang sangat rendah.
Selepas itu, pegawai itu meminta mangsa untuk bank in kan sejumlah wang kepada akaun persendirian pegawai atas alasan prosedure bank untuk membayar duti setem lhdn sebanyak RM500 dan mangsa telah melakukan transaksi tersebut atas dasar percaya pada prosedur.
Untuk menyakinkan mangsa bahawa transaksi ini adalah betul, pegawai bank tersebut telah menghantar bukti resit duti setem dan telah bank in kan cheque pinjaman itu kepada akaun bank mangsa.
untuk memulakan operasi scam duit mangsa.. pegawai tersebut meminta mangsa bank in lagi sebanyak RM2,000 kepada akaun persendirian pegawai dengan alasan untuk mencantikan kredit skor. Dan pegawai tersebut terus meminta mangsa bank in lagi sebanyak RM4,000.
Mangsa berasa telah tertipu dengan pegawai bank tersebut dan telah membuat laporan polis.
Kes kini masih dalam siasatan dan andaian bahawa kes ini adalah perbuatan orang dalam..
Saya nak mengingatkan kepada semua orang.. tolong berhati2 dalam membuat pinjaman walaupun dengan bank..
Tolong saya sebarkan supaya orang lain tak ada yang terkena dengan sindiket scammer ni..