Pinjaman Bank Untuk Kakitangan Kerajaan

Pinjaman Bank Untuk Kakitangan Kerajaan Menyediakan Perkhidmatan dan Nasihat pinjaman peribadi untuk Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan

21/09/2021
11/08/2021

Ada yang mahu buku dalam PDF Sirah Nabawiyyah, Kisah٢ dalam Al-Quran serta Putra - Putri Rasulullah SAW? Penulis mahu bagi PDF nya untuk amal Jariyah beliau.

Bagi yg mahu boleh pm ya.. pm nombor WhatsApp anda kepada saya di 01169917864. Saya bagi percuma aja.

01/02/2021
27/07/2020

AMBILLAH IKTIBAR

27/07/2020

HAKIKAT HIDUP DAN MATI*
(Sains dan Ilmiah)

Didalam dunia Fizikal, MATI adalah merujuk kepada hal jasad yang sudah tidak lagi bernyawa, maksudnya bila jasad sudah tidak ada nafas yang keluar dan masuk, naik dan turun, kerana jantung sudah tidak berdegup, jadi manusia itu dikatakan telah Mati.

Dalam perspektif Spiritual, MATI itu sentiasa berlaku pada setiap detik dan ketika. Didalam masa yang sama, HIDUP jua sedang berlaku pada setiap detik dan ketika seiring dengan berlakunya kematian. Samada kita SEDAR atau tidak, hal MATI dan HIDUP ini sentiasa berlaku pada setiap masa, didalam dan diluar Jasad.

Contoh;

Di saat berlakunya KEMATIAN di sesebuah negara, KELAHIRAN juga sedang berlaku di negara-negara lain. Di saat ada orang mati di sini, di waktu yang sama, ada p**a orang lahir di sana.

Di saat ribuan sel di badan kita sedang mati, di saat yang sama, ribuan sel-sel baru di badan yang sama, sedang lahir dan meneruskan kehidupan. MATI dan HIDUP adalah proses alam Zahir dan alam BATIN yang sentiasa berterusan.

*JASAD

Jasad terbina dari gabungan trillion billion sel. Dari sel TUNGGAL yang satu, ia bermitosis (Beranak pinak) menjadi SATU GABUNGAN sel yang besar yang bernama JASAD.

Bila jasad yang besar itu sudah tidak lagi bernyawa, sel-sel yang banyak ini kembali memisahkan diri mereka dari gabungan sel-sel yang banyak, kembali kepada sel tunggal asal yang SATU semula.

Sebab itu, bila jasad manusia itu mati, ia cuma kematian bersifat illusi kerana jika dilihat melalui mikroskop, sel-sel jasad dari manusia yang mati itu sedang BERGERAK dan HIDUP.

Sel-sel yang hidup ini sedang memisahkan diri mereka dari gabungan billion sel, kembali kepada sel TUNGGAL yang SATU.

*ROH

ROH adalah hal Batin yang tidak tertakluk kepada nafas dan jantung untuk hidup. Roh adalah hal spiritual yang tidak perlukan jasad untuk hidup kerana Roh itu sendiri adalah KEHIDUPAN.

Roh adalah hal batin yang tiada jantina, bukan perempuan dan bukan lelaki. Roh tiada umur, tiada sifat dan tiada bentuk kerana Roh adalah hal alam batin yang tidak tertakluk kepada hukum ruang dan masa. Roh tidak berbentuk, sebaliknya Roh itu mengikut bentuk.

Jika Roh itu tidak berjantina, bukan lelaki dan bukan juga perempuan, apa lagi yang dimahukan BIDADARI dalam syurga?

Di dunia Zahir engkau mahukan perempuan cantik bak bidadari, di dunia Akhir juga engkau masih mahukan Bidadari. Di dunia Zahir, S*X menjadi keinginan manusia, di alam Akhir, apakah S*X masih di inginkan?

Jika begitu, kasihanlah si perempuan !!
Di dunia zahir yang sementara ini, perempuan harus berbakti kepada lelaki, di dunia Akhirat yang berkekalan itu jua, si perempuan masih perlu terus berbakti tanpa kesudahan.

Ketahuilah...

Kitab Al-Quran itu ada ayat Mukhamad (Ayat yang jelas) dan ada ayat Mutasyabihah (Ayat tak jelas), makanya perhalusilah akan setiap ayat tersebut dengan teliti. Kaji dan analisa setiap kebenarannya.

Jangan membabi buta mengikut apa saja yang dihidangkan kepada kita. Jika tidak faham, jika tidak tahu, maka belajarlah !

Belajar p**a bukan dengan satu buku, bukan dengan guru-guru. Belajarlah dengan sebanyak buku dan guru mursyid yang boleh. Jika kita sesat, bukan ustaz, bukan guru yang harus dipersalahkan, sebaliknya salahkanlah diri sendiri yang malas belajar.

*KESIMPULAN

Jika Engkau pandang yang BATIN, Engkau sentiasa HIDUP. Jika Engkau pandang yang ZAHIR, engkau sentiasa MATI.

Engkau tidak akan mengalami hal "MATI SEBELUM MATI" hanya sekadar berkobar-kobar mengucapkan teori kata-kata. Hal MATI SEBELUM MATI adalah hal yang engkau RASAKAN bukan hal yang engkau perkatakan !

"MEMAHAMKAN ISTILAH MATI SEBELUM MATI DALAM BAHASA MUDAH"

Untuk memahamkan hal teori Mati Sebelum Mati kita perlu memahamkan intisari hal AIR dan intisari hal SAHLA kerana hal intisari AIR dan hal intisari SAHLA adalah saling kait mengait dan banyak persamaan.

Dalam dunia fizikal, air hanya wujud dalam bentuk KONSEP PEMIKIRAN. Intisari atau Hakikat air, tidak dapat dibuktikan kewujudannya.

Bila engkau bercakap soal air, yang dicakapkan adalah hal Hidrogen dan Oksigen (H2O), lantas menghilangkan nama air. Realitinya, bukan saja air, bahkan semua BENDA yang kita cakapkan adalah semata-mata hal KONSEP yang tercetus dari pemikiran.

Air adalah elemen penting dalam kejadian hidup dan mati manusia. Dalam perspektif jasad manusia, air itu berkaitan hal gelombang dan frekuensi yang dizahirkan oleh INTISARI TENAGA yang digerakkaan melalui DNA, jantung, otak dan seluruh sistem kelenjar jasad. Makanya, memahamkan hal intisari air itu adalah sangat penting agar kita dapat memahamkan hal SAHLA.

SAHLA adalah hal realiti yang semua diri mengalaminya. SAHLA bukan konsep. Ia juga bukan hal fikiran. Ia adalah hal realiti yang boleh dinikmati semua Diri namun hal intisari atau hakikat SAHLA, tidak ramai yang SEDAR dan tak ramai yang tahu untuk mengalaminya.

*MATI SEBELUM MATI vs SAHLA

Teori Mati Sebelum Mati itu merujuk kepada hal SAHLA. Makanya, apakah itu SAHLA?

S.A.H.L.A itu acronim yang bermaksud Sedang Alami Hal Luar Akal. Sains menggelarnya sebagai PURE CONSCIOUSNESS

Bahasa Mudahnya Begini...

Engkau solat atau bertafakur atau meditasi dalam keadaan yang tenang hingga engkau terlupa hal Deria Pengamatan. Terlupa hal mata, lupa hal telinga, lupa hal hidung, lupa hal lidah, lupa hal kulit.

Kemudian Akal mula "Hilang" dan peranan otak terhenti hingga tiada lagi apapun yang difikirkan, tiada apa lagi pun bayangan yang terpacul di benak fikiran.

Kemudian degup jantung makin perlahan hingga tiada lagi emosi, tiada lagi perasaan. Tiada lagi terlihat apa-apa penglihatan, tiada lagi terdengar apa-apa pendengaran, tiada lagi terbau sesuatu, tiada lagi rasa di lidah dan tiada lagi terasa sentuhan di kulit.

Bila semua ini berlaku, maka apa lagi yang tinggal ?
Bukankah segalanya terhenti ?
Bukankah segalanya mati?

Hal di kala segalanya terhenti inilah yang dikatakan SAHLA atau MATI SEBELUM MATI. Keadaan berada dalam dimensi yang TIADA SEGALA SESUATU inilah yang dikatakan SAHLA. Hal SAHLA inilah hal HAKIKAT DIRI. Inilah Intisari MATI SEBELUM MATI.

Makanya, jika ada yang belum terhenti di saat engkau mengatakan engkau mengalami MATI SEBELUM MATI, itu adalah sekadar kata-kata penyedap bicara !

Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang meneruskan kehidupan biasa engkau?

Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang makan, tidur, riadah, bersenggama?

Jika boleh dan jika engkau benar-benar merasainya atau mengalaminya, makanya engkau adalah orang yang benar !

Kerana KEBENARAN hanya wujud pada engkau. Hanya engkau sendiri yang tahu kebenaran tentang apa yang engkau Alami.

Jika tidak, engkau adalah si PENIPU yang paling besar terhadap Diri engkau sendiri !

Makanya, SAH-LA !

BOLEHKAH KITA MERASAKAN MATI SEBELUM MATI ?

Boleh ! Jika engkau tahu TeknologiNya.

Soalan di atas berkaitan tentang hal Realiti Ilmu.

Ilmu itu terbahagi kepada 4 bahagian teknologi;

1) Teknologi Bahasa Ilmu
2) Teknologi Operasi Ilmu
3) Teknologi Manup**asi Ilmu
4) Teknologi Realiti Ilmu

Ramai di antara kita hanya arif hal-hal berkaitan Bahasa ilmu.

Menguasai teknologi bahasa ilmu hanya membolehkan kita menjadi Tukang Karut atau Professor Kata-Kata yang hanya pandai berkata-kata. Kenapa ?

Kerana bercakap, bersyarah, berpidato, berhujah, berdialog dan berteori betul salah saja yang kita lakukan setiap hari hingga menjadi rutin, rutin jadi tabiat, tabiat jadi budaya.

Maka, jadilah kita Pakar Teori yang balik-balik dok citer tang tu je !

Mati Sebelum Mati (MSM) adalah hal Realiti Ilmu yang harus dirasai dalam keadaan "PENUH KESEDARAN".

MSM bukan hal teori, bukan hal Bahasa, bukan hal Operasi, bukan hal Manup**asi tetapi MSM adalah hal Realiti yang perlu dicapai.

Bila sudah ada PENGALAMAN mencapai dan merasakan hal MSM itu, maka segala persoalan berkaitan MSM itu akan terjawap dengan sendirinya tanpa bahasa kata-kata. Segala realiti menjadi KELU !

Pengalaman merasakan hal Mati Sebelum Mati itu menjadi "AIN YANG DIFARDHUKAN" kepada seluruh manusia, bukan hanya sekadar menjadi Fardhu Ain kepada penganut Islam sahaja.

Jika engkau memahamkan hal MSM dalam batas agama, maka persepsi engkau terhadap MSM akan terhad dalam kefahaman agama engkau sahaja, sedangkan MATI itu berlaku kepada setiap makhluk dalam seluruh agama.

Ungkapan Mati Sebelum Mati itu adalah ungkapan kuno yang telah ribuan tahun dulu dipop**arkan dengan bahasa yang berbeda.

Sains menggelarkan "MATI SEBELUM MATI" sebagai "OUT OF BODY EXPERIENCE".

Istilah "Near Death Experience" dan "Astral Travel" juga pop**ar. Untuk mencapai hal Mati Sebelum Mati, kita perlu tahu teknologinya.

Ada aliran "Sufism Decode" hal MSM melalui tarian dan sebagainya. Raja-raja Mesir kuno (Firaun) Decode hal MSM melalui teknologi Awetan Mayat (Mummy). Me-layu Decode MSM melalui Agama. Yogee Decode MSM melalui Yoga. Bermacam cara dengan pelbagai kefahaman.

Mungkin engkau boleh Decode diri sendiri melalui tidur. Kerana tidur saudaranya Mati.

Nantinya, engkau akan tersenyum dan mengerti bahawa "AKU" tidak pernah berpisah dari ENGKAU walaupun sedetik. Hal ini perlu berhadapan dengan Guru Mursyid untuk Penjelasan lebih sempurna.

شيخ حقة الله

SAHABAT
27/07/2020

SAHABAT

SAHABAT DUNIA & AKHIRAT*

" Pakaian sahabat yang paling indah adalah Kesetiaan "

Seorang pemuda mendatangi ayahnya setiap hari dan berkata;

" Aku mempunyai banyak Sahabat dan engkau hanya mempunyai seorang saja Sahabat "

Suatu hari ayahnya berkata;

" Jadi engkau mempunyai banyak Sahabat ?,
Tetapi jikalau engkau memanggil setiap orang yang engkau ketemui itu sebagai Sahabat, bermakna engkau Salah !, SAHABAT SEJATI itu hanya ada satu atau dua sahaja "

Kata pemuda itu;

" Tetapi tidak !, aku mempunyai banyak Sahabat dekat "

Kata ayahnya;

" Baiklah kalau begitu kata kau, apakah kau mahu menguji Sahabat-sahabatmu ? "

Lalu pemuda dan ayahnya itu memutuskan untuk menguji Sahabatnya.

Suatu malam, mereka telah menyembelih seekor kambing dan meletakkannya didalam guni.

Ayah pemuda itu berkata;

" Sekarang bawa dan berikanlah guni ini kepada Sahabat-sahabatmu "

Guni itu berdarah dan darah menitis dari guni itu, terlihat seolah-olah seperti pemuda itu telah membunuh seseorang dan meletakkannya didalam guni.

Pemuda itu pun membawa guninya, ia pergi kerumah Sahabat terbaiknya.

Sahabatnya telah melihat guni yang berdarah itu dan pemuda itu pun berkata;

" Aku telah membunuh seseorang, bantulah aku "

Dengan cepat Sahabat pemuda itu terus menutup pintu rumahnya.

Pemuda itu pergi dan mendatangi satu persatu rumah kesemua Sahabatnya, tidak ada yang membuka pintu rumah untuknya.

Akhirnya, pemuda itu p**ang kerumahnya, dengan perasaan hancur san sedih. Tidak ada satu pun Sahabatnya yang membantunya.

Ayahnya yang melihat keadaan pemuda itu lalu tersenyum.

Ayahnya pun berkata;

" Sekarang giliran Sahabatku, pergi dan katakan kepada Sahabatku bahawa engkau telah membunuh seseorang, dan lihat bagaimana reaksinya nanti "

Pemuda itu pun mendatangi Sahabat ayahnya dan ia pun berkata;

" Aku telah membunuh seseorang, bantulah aku "

Sahabat ayahnya melihat guni itu lalu terus mengambil guni itu yang berada ditangannya tanpa melihat kedalamnya, mereka pun pergi ke kebun bunga yang berada dibelakang rumahnya.

Sahabat ayahnya menanam guni berdarah yang berisi seekor kambing itu, mereka menguburkannya. Dan Sahabat ayahnya pun menanam bunga mawar supaya tiada orang yang ketahui.

Pemuda itu p**ang kerumah dan berjumpa dengan ayahnya, pemuda itu pun berkata;

" Itu dia !, Dia adalah Sahabat Sejati "

Ayahnya pun berkata;

" Nanti dulu !, jangan membuat keputusan sekarang, besok pergilah kepada Sahabatku lagi, lalu bertengkarlah dengan dia dan tamparlah mukanya, itulah ketika Sahabat Sejati memahamimu "

Keesokkan harinya, pemuda itu pergi berjumpa dengan Sahabat ayahnya, lalu bertengkarlah mereka dan pemuda itu terus menampar mukanya.

Sahabat ayahnya berhenti dan ia menatap muka pemuda itu dan ia berkata;

" Pergilah anak, sampaikan salamku kepada ayahmu, aku bukanlah lelaki yang menghancurkan taman bunga mawar hanya kerana sebuah tamparan "

* Sahabat Sejati itu pandai menghadapi penderitaan. Sahabat Sejati itu pandai menjaga kesetiaannya.

Marilah kita mensucikan Hati kita, agar wajah Sahabat kita itu akan bersinar didalam Hati kita.

Pada saat mentari terbit,
Selambu dibuka,
Dimana Aku terjatuh,
Kau memiliki penawarnya.

Aku terjatuh,
Bantu Aku bangkit,
Aku menangis,
Buat Aku tertawa,
Aku bersedih,
Kabulkanlah,

Kau memiliki penawarnya.

" BerSAHABATlah kerana ALLAH "

Address

PJS 2C/11M, TAMAN MEDAN, P. JAYA
Petaling Jaya
46000

Telephone

+60105501715

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pinjaman Bank Untuk Kakitangan Kerajaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pinjaman Bank Untuk Kakitangan Kerajaan:

Share

Category