takaful.info.my

takaful.info.my Sharing a bit about Takaful Concept and how it helps financially that enrich the whole family tree.

๐Ÿ’ธ Macam Mana Inflasi Boleh Jejas Simpanan dan Pelaburan Kita? ๐Ÿค”Pernah tak rasa duit makin โ€œmengecilโ€ walaupun gaji sama?...
05/07/2025

๐Ÿ’ธ Macam Mana Inflasi Boleh Jejas Simpanan dan Pelaburan Kita? ๐Ÿค”

Pernah tak rasa duit makin โ€œmengecilโ€ walaupun gaji sama? Dulu RM50 boleh beli banyak barang, sekarang dapat berapa je. Inilah yang dipanggil inflasi, bila harga barang dan perkhidmatan makin naik setiap tahun.

๐Ÿฆ Apa Jadi Pada Simpanan Bila Ada Inflasi?

Kalau kita simpan duit dalam bank biasa yang bagi return rendah, nilai duit tu sebenarnya makin kurang.

Contoh, kalau simpan RM1,000 sekarang, tapi inflasi tinggi. Beberapa tahun lagi nilai sebenar duit tu dah tak kuat macam masa mula invest dulu.

๐Ÿ“Š Pelaburan Pun Terkena Kesan Jugak?

Ya, tapi ada pelaburan yang boleh bantu kita lawan balik inflasi kalau di pilih dengan betul. Cara nya, korang kena attach dgn Adviser yang betul.

Dalam platform sedia ada :
โ€ข Saham & Unit Amanah โ€“ Risiko ada, tapi boleh bagi pulangan tinggi kalau SABAR dan bijak.

โ€ข Emas & Rumah (Hartanah) โ€“ Biasanya naik harga bila inflasi naik, jadi boleh jadi tempat โ€œselamatโ€. Cuma nak on the spot nak pakai duit and nak korek dari sini, agak susah la (liquidity)

โ€ข Simpan Tetap (Fixed Deposit) โ€“ Kurang risiko, tapi pulangan pun kecil. Kadang-kadang tak cukup nak lawan inflasi. Tolak tambah, mcm eh cukup ke ? Haa gitulah.

โœ… Apa Kita Boleh Buat? Kalau belum buat, masih sempat.
1. Jangan simpan semua duit dalam bank je โ€“ fikir cara nak gandakan.
2. Belajar asas pelaburan โ€“ tak perlu jadi pakar, mula sikit-sikit pun tak apa.
3. Tanya orang yang tahu โ€“ perancang kewangan, kawan yang pandai, atau rujuk sumber yang boleh dipercayai.

๐Ÿ“Œ Kesimpulannya:
Inflasi memang tak dapat dielakkan, tapi kita boleh rancang awal supaya duit kita tak susut nilainya. Simpan bijak, labur dengan ilmu!

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

Nak tahu lebih lanjut cara nak mula melabur atau jaga simpanan masa ekonomi tak menentu ni? Komen atau mesej je, saya sedia bantu! ๐Ÿ˜Š

๐ŸŽ–๏ธ Salam Hoh
โœ… Certified by Malaysia Takaful Association
โœ… Certified by Federation of Investment Managers Malaysia
โœ… Certified by Financial Planning Association Malaysia

๐Ÿก Beli Rumah atau Sewa? Jom kita breakdown pros and cons ! Disclaimer : saya bkn ejen hartanah. Post ni lebih kepada sha...
04/07/2025

๐Ÿก Beli Rumah atau Sewa? Jom kita breakdown pros and cons !

Disclaimer : saya bkn ejen hartanah. Post ni lebih kepada sharing financial mindset secara umum. Feel free to share your opinions in comment area.

Kadang pernah terfikir-fikir nak beli rumah sendiri, atau terus menyewa dulu tak geng ?
Kedua-duanya ada kelebihan dan cabaran masing-masing. Lets break it down.

๐Ÿ”‘ Kelebihan Beli Rumah
โœ” Aset milik sendiri โ€“ boleh diwarisi, boleh disewakan, lebih untung dapat bina positive cash flow hasil kutip sewa.
โœ” Bayaran bulanan tetap (jika guna pinjaman tetap)
โœ” Bebas ubah suai ikut cita rasa sendiri
โ— Tapiโ€ฆ perlukan kos permulaan yang agak tinggi dan tanggungjawab penyelenggaraan pun atas bahu sendiri

๐Ÿ  Kelebihan Menyewa Rumah
โœ” Kos permulaan lebih rendah โ€“ mudah untuk mula
โœ” Senang berpindah bila perlu (terutamanya jika kerja sering berpindah)
โœ” Tidak perlu risau hal penyelenggaraan besar
โ— Namunโ€ฆ rumah tetap milik orang, dan bayaran sewa boleh naik bila-bila masa

๐Ÿ’ญ Kesimpulannya
Beli atau sewa? Ia bergantung pada gaya hidup, kemampuan kewangan, dan perancangan masa depan anda.

Ingat, its all about our Financial Mindset ๐Ÿ˜‡

๐ŸŽ–๏ธ Salam Hoh
โœ… Malaysia Takaful Association
โœ… Federation of Investment Managers Malaysia
โœ… Financial Planning Association Malaysia

Ini ringkasan dari penulisan Tuan Naim Fital berkenaan kes viral baru-baru ni yang mana Hibah bertukar menjadi faraid. N...
31/05/2025

Ini ringkasan dari penulisan Tuan Naim Fital berkenaan kes viral baru-baru ni yang mana Hibah bertukar menjadi faraid. Nak full story, boleh scroll atas skit saya ada repost posting bekas lawyer kita tu.

- Responden (balu) tidak hadir semasa prosiding.

- Notis saman tidak dapat disampaikan kerana beliau tidak lagi tinggal di alamat yang diketahui.

- Mahkamah membuat keputusan tanpa sebarang hujahan balas daripada Responden oleh kerana ketidakhadiran beliau. ๏ฟผ

- Terdapat keraguan tentang mengapa Responden tidak dihubungi melalui telefon.

- Keputusan Hakim berasaskan hujahan sebelah pihak.

- Tanpa hujahan balas, Hakim hanya menilai berdasarkan hujahan Plaintif.

- Ini berisiko menimbulkan keputusan yang khilaf.

- Kes berkaitan Conditional Hibah di bawah IFSA 2013 ni ada Akta yang menjaga.

- Ada kemungkinan kekeliruan berlaku dan terikut dengan naratif peguam Plaintif lalu membuat keputusan yang tidak tepat.

A. Fakta Penamaan Salah Ditafsir

Surat syarikat Takaful menunjukkan penamaan dibuat kepada balu sebagai beneficiary (penerima hibah bersyarat), bukan sebagai wasi (pentadbir).

Maka wang tersebut tidak patut difaraid sebab penerima mutlak sudah dilantik ketika arwah masih hidup.

B. Istilah Salah Digunakan โ€“ โ€œInsuransโ€ Bukan โ€œTakafulโ€

Plaintif beberapa kali menyebut โ€œinsuransโ€ dan merujuk kes yang tidak sesuai, iaitu kes Wan Puziah Awang, serta fatwa lama yang berkaitan insurans, bukan Takaful.

Di sini kita dapat lihat, sikap ambil mudah tentang beza Insurans & Takaful boleh membawa kepada aplikasi kes yang cenderung utk ada kekeliruan.

Ini mengelirukan dan menyalahi konteks Hibah Takaful.

C. Rujukan Seksyen Undang-undang yang Tidak Tepat

Plaintif merujuk Seksyen 6 Jadual 10 IFSA 2013, yang hanya relevan untuk wasi.

Sepatutnya perlu juga merujuk kepada Seksyen 3 Jadual 10, yang khusus untuk beneficiary di bawah hibah bersyarat.

Ringkasan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah dipengaruhi oleh hujahan sebelah pihak yang tidak tepat, serta salah tafsir terhadap istilah dan peruntukan undang-undang.

Semoga kes ini diberi kemudahan buat sang balu dan beliau berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Salam Hoh
๐ŸŽ–๏ธ ๐—ฃ๐—ฟ๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ช๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ
๐ŸŽ–๏ธ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—™๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ (๐—–๐—™๐—ฃ)
๐ŸŽ–๏ธ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ฐ ๐—™๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ (๐—œ๐—™๐—ฃ)
๐ŸŽ–๏ธ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ฐ ๐—ช๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ (๐—–๐—ถ๐—ช๐—ฃ)
๐Ÿ’ผ ๐‘น๐’†๐’„๐’“๐’–๐’Š๐’•๐’†๐’“

Keyakinan Bukan Sekadar Perasaan , Ia Dari Perancangan Kewangan Yang Baik.Keyakinan tu saya percaya, hadir apabila kita ...
11/05/2025

Keyakinan Bukan Sekadar Perasaan , Ia Dari Perancangan Kewangan Yang Baik.

Keyakinan tu saya percaya, hadir apabila kita tahu kita merancang sesuatu untuk masa depan yang terjamin.

Ia terpancar melalui cara kita bergaul, kebebasan untuk menikmati hidup, dan peace of mind to live love and laugh in the moment.

Financial confidence tak berlaku secara kebetulan. Ia hasil dari perancangan yang bijak contoh merancang bajet dengan baik, disiplin pada rancangan, menyimpan secara konsisten, melabur dengan strategi, dan melindungi harta dengan mekanisme kewangan yang betul.

Ini bermaksud kita bersedia menghadapi cabaran hidup dan dalam masa yang sama membina impian kita.

Seperti perbualan santai bersama rakan saya ni, keyakinan kewangan adalah tentang hubungan di antara :

Goals, Life values, & Decision hari ini yang akan akan membentuk masa depan.

Rancang dengan bijak. Hidup dengan yakin.

Salam Hoh.

Jom jadi macam Hawa ๐Ÿ˜‡
14/03/2025

Jom jadi macam Hawa ๐Ÿ˜‡

Before this, Hawa kurang faham tentang Takaful. Ingatkan cuma plan perlindungan kewangan dan kesihatan yang patuh Syariah je. Tapi rupa-rupanya, Takaful lebih dari tu. Takaful ni berasaskan konsep Taโ€™awun, iaitu tolong-menolong sesama kita bila diperlukan.

Bukan sekadar jaminan kewangan, tapi juga tentang membina komuniti yang saling menyokong. Sebab tu Hawa pilih PruBSN Takaful bukan je sebab percaya, tapi sebab value dia selari dengan what I believe in.

Dengan PruBSN, Hawa rasa lebih tenang, sebab tahu masa depan lebih terjamin. Sebab akhirnya, ketenangan tu yang paling kita nak.

Happy new year ๐Ÿ˜‡InshaAllah tahun yang lebih baik buat kita semua.
01/01/2025

Happy new year ๐Ÿ˜‡

InshaAllah tahun yang lebih baik buat kita semua.

Address

Lot 33, Tower 3, 5th Floor, Jaya 33, 3, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Pjs 13
Petaling Jaya
46100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when takaful.info.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share