Antara Takaful dan Kewangan

Antara Takaful dan Kewangan Providing wealth management and succession planning services to SME business owners and professionals.

My area of expertise is providing professional financial training to people who desire to achieve financial independence.

*7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN* 📕📙📒Setiap orang pasti melakukan kesilapan kewangan dalam setiap fasa penting hidup...
21/11/2022

*7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN* 📕📙📒

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kewangan dalam setiap fasa penting hidup mereka. Ada yang tidak belajar langsung berkenaan pelaburan sehingga mendekati umur persaraan. Ada yang menyalah guna kad kredit semasa muda sehingga menanggung akibatnya berpuluh-puluh tahun kemudian.

Biar apa pun kesalahan sebelum ini, kita masih mempunyai peluang memperbaiki kedudukan kewangan dan berusaha meminimumkan kesalahan pada masa akan datang. Belajar daripada kesalahan orang lain dan semak sama ada kita pernah melakukan kesalahan seperti berikut:

📕Kesilapan 1
Menggunakan alasan-alasan seperti “masih muda lagi”, “selepas berkahwin” ataupun “bila anak dah besar” bagi tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan pendidikan anak, insurans perubatan, simpanan persaraan dan mengurus hutang.

📒Kesilapan 2
Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya secara bertulis. Tidak pernah meluangkan masa memikir perihal matlamat kewangan yang kritikal sekarang, masa pencapaiannya, dan berapa simpanan yang perlu diperuntukkan setiap bulan.

📘Kesilapan 3
Kekurangan disiplin bagi mengawal perbelanjaan harian kerana pengaruh iklan dan propaganda media, senang momohon kad kredit, jualan murah, desakan rakan, dan keinginan mengecapi hidup bergaya.

📙Kesilapan 4
Tidak sedar kesan matematik nilai matawang kepada hutang-piutang yang mengambil masa begitu lama untuk dilangsaikan sekiranya tersilap langkah.

📕Kesilapan 5
Tidak pernah merancang dan menghidupkan program insurans ataupun takaful untuk keluarga. Risiko kehidupan seperti bil perubatan hospital dan hilang keupayaan secara kekal dapat menghakis simpanan yang sedia ada, malah tidak mustahil sekiranya semua simpanan seumur hidup lenyap sekelip mata.

📔Kesilapan 6
Tidak membuat persediaan menangani ‘musuh’ kewangan yang utama iaitu inflasi. Dalam masa setahun sahaja nilai gaji baru akan dihakis oleh inflasi. Apakah senjata yang ada bagi melawan inflasi, iaitu kanser kewangan nombor satu?

📗Kesilapan 7
Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah atas alasan perlu membayar yuran. Namun, sanggup diperbodohkan oleh penasihat palsu yang memperkenalkan skim cepat kaya. Usah segan meminta khidmat nasihat penasihat kewangan sekiranya otak sudah buntu.

.

MANFAAT PELAN PERSARAANTidak ramai yang menyedari kepentingan untuk memiliki strategi pelan persaraan yang baik. Selalun...
13/10/2022

MANFAAT PELAN PERSARAAN

Tidak ramai yang menyedari kepentingan untuk memiliki strategi pelan persaraan yang baik. Selalunya mereka akan menyedarinya apabila sudah terlambat dan ketika itu mereka telah terlepas banyak peluang yang boleh memberikan kestabilan kewangan dan ketenangan di usia tua!

Satu lagi kump**an biasa adalah mereka yang memahami kepentingan pelan persaraan tetapi tidak mengikuti strategi yang betul dan membuat keputusan kewangan yang salah. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai penasihat kewangan untuk memberi bimbingan.

Terdapat 3 manfaat utama dalam pelan persaraan iaitu:

1. Ketenangan Fikiran di Masa Hadapan

Masa hadapan kita penuh dengan ketidakpastian. Tidak kira sama ada anda bekerja pada usia 20an, 30an atau 40an, anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku sehinggalah anda benar-benar bersara. Malah, sebaik sahaja anda bersara, pendapatan anda selalunya akan berkurangan dengan banyak dan anda akan bergantung kepada manfaat pencen atau simpanan. Bagaimana anda boleh memastikan bahawa manfaat pendapatan atau pencen tersebut cukup untuk menanggung perbelanjaan hidup apabila anda bersara? Oleh sebab itu, pelan persaraan adalah sangat penting untuk memastikan apabila anda bersara kelak, anda mempunyai wang untuk menampung semua pilihan gaya hidup anda. Ketidakpastian itu tidak lagi wujud kerana anda boleh bersara dengan selesa selepas bertahun-tahun bekerja.

2. Kebebasan Kewangan

Sejak hari pertama kita memasuki alam pekerjaan, salah satu objektif utamanya adalah untuk mendapatkan wang bagi menjalani hidup berdikari. Peringkat seterusnya p**a adalah kebebasan kewangan, di mana anda mempunyai kekayaan yang mencukupi tanpa perlu bekerja lagi. Kebebasan kewangan sebenar s**ar diperoleh tanpa pelan persaraan yang bijak. Pada usia 55, adakah anda memilih untuk hidup berdikari dengan terus meraih pendapatan melalui pekerjaan sepanjang hayat atau anda memilih untuk mempunyai kebebasan kewangan dengan berehat bersama yang tersayang tanpa perlu memikirkan tentang sumber pendapatan? Jika pilihan kedua merupakan impian anda, maka pelan persaraan adalah jawapannya!

3. Bersara Lebih Awal

Terdapat beberapa data penyelidikan yang menunjukkan bahawa purata umur persaraan di seluruh dunia adalah sekitar 64 tahun. Ini bermakna, secara umumnya, manusia bekerja dan belajar selama lebih daripada separuh usia mereka demi wang. Namun ada caranya untuk kita berhenti bekerja dan menikmati hidup ini. Pelan persaraan adalah satu seni yang direka khusus agar seseorang itu boleh bersara lebih awal. Lebih awal pelan ini dilaksanakan, lebih mudah untuk anda. Dengan kuasa faedah pengkompaunan (compounding interest) komitmen awal terhadap pelan persaraan membolehkan anda untuk bersara lebih awal dengan mudah.

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

======================================

Disclaimer ; Petikan artikel ini adalah sebahagian dari penulisan Dr Sanjay Tolani dari buku 'Retirement Planning Playbook'. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan di atas artikel yang ditulis. Hanya berkongsi untuk tujuan penyebaran kesedaran dan 'educational purpose' sahaja.

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu atas inisiatif sendiri untuk membantu kefahaman lebih ramai para pembaca.

Cc : Dianne Dayanna

11/10/2022

“Takaful ni untuk masuk hospital kan?”

Tak salah, tapi kurang tepat.
Jom kita faham TIGA FUNGSI takaful.

1. Income Replacement

Takaful sebagai medium penggantian pendapatan sedia ada sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka seperti kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal

2. Asset Preservation

Takaful sebagai medium untuk melindungi aset sedia ada daripada dicairkan sekiranya kita ditimpa sakit. Ianya dapat membantu anda untuk menjelaskan kos - kos rawatan sekiranya dimasukkan ke hospital.

Aset yang anda miliki bukan bertujuan untuk dicairkan tanpa sebab yang kukuh.
Ianya untuk masa depan anda dan keluarga. Betul kan?

3. Debt Settlement

Takaful sebagai medium penyelesaian hutang sedia ada kepada pihak yang memberikan pembiayaan atau hutang seperti bank, koperasi dan lain - lain.

Contoh pop**ar MRTT dan HPRTT (Pembiayaan kereta). Peminjam PTPTN pun kebiasaan akan disertakan bersama takaful (islamic)

Selain daripada tiga ni, ada fungsi lain?

Ada.

Tiga fungsi ni adalah asas utama. Takaful masa kini sudah berevolusi, dan boleh digunakan sebagai Retirement Plan ataupun Education Fund mengikut kepada tahap kewangan seseorang.

(Ya, tidak semua orang sesuai)

Cuma perlu pastikan perlindungan takaful anda ‘fully complete’ dahulu, baru bergerak kepada peringkat yang seterusnya.

Semoga ilmu dapat dimanfaatkan bersama

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

01/07/2022

Perebutan harta pusaka seringkali berlaku dalam masyarakat kita. Disebabkan harta, manusia jadi rambang mata dan lupa diri sehingga sanggup putus hubungan dengan adik beradik pun ada.

Hibah Takaful sebenarnya boleh elak perkara sebegini daripada berlaku dalam keluarga kita. Kenapa saya berkata begitu?

Ini kerana apabila penerima hibah telah ditetapkan penamanya maka tiada siapa boleh kacau harta hibahan tersebut. Perkara ini ada termaktub dalam Islamic Financial Service Act, 2013 (IFSA).

Saya bagi satu contoh mudah. Jika suami dan isteri ambil hibah Takaful dan masing² menetapkan bahawa pasangan mereka yang akan jadi penerima hibah Takaful, jika ada berlaku kematian kepada mereka, maka tiada siapa boleh ganggu gugat dan mempersoalkan harta hibah tersebut walaupun adik beradik dan mak ayah pasangan tersebut.

Faham, kan? Jika anda faham, saya sangat menganjurkan anda ambil hibah untuk anda serta pasangan anda dan tetapkanlah mereka sebagai penerima hibah.

Semoga kita dapat mempelajari ilmu baharu dan memanfaatkanya

https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1
https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1
https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

30/06/2022

Walaupun isteri ada password ATM suami ;

1 ) Duit dalam akaun adalah Hak Waris - Waris , isteri hanya ada hak 1/8 sahaja.

2 ) Akaun bank akan dibekukan sehari selepas Sijil Kematian dikeluarkan.

3 ) Akaun bank ada Had limit pengeluaran dan transfer . Tak dapat secure semua duit.

4 ) Jika termakan harta hak waris lain hukum nya Haram!

Oleh itu , sediakanlah Hibah kerana pampasan hibah boleh di terima seawal 7-14 hari sahaja & ianya 100 % hak mutlak penama / penerima hibah !

Semoga kita dapat mempelajari ilmu baharu dan memanfaatkanya

https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1
https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1
https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

Apa itu takaful dan makna takaful ?Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar.Akan tetapi, jika anda du...
26/05/2022

Apa itu takaful dan makna takaful ?

Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar.

Akan tetapi, jika anda duduk dengan seorang pakar takaful, anda bukan sahaja yakin takaful adalah satu alat terbaik, malah anda akan merasakan yang anda perlu dan wajib mewujudkan pelan takaful untuk melindungi diri anda, keluarga, harga, tanggungan dan perniagaan anda.

Secara asasnya takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin‘.

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kump**an untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kump**an tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama.

Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Dalam konsep takaful, pemegang sijil (peserta takaful) menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful.

Sumbangan peserta akan diletakkan dalam tabung takaful.

Wang dari sumbangan tetap peserta takaful akan dikumpul

Dana yang terdapat didalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan.

Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Semoga kita dapat mempelajari ilmu baharu dan memanfaatkanya

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

 SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.2. Didik isteri urus kewa...
12/05/2022



SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?

1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.

2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.

3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.

5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan "Jika Saya Meninggal?". Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. "Saya tak tahu nak buat apa apa".

8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.

10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.

11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.

Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.

https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1
https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .


RAMAI mengambil mudah persoalan wasiat dan pengurusan harta selepas kematian hingga tidak melakukan persiapan yang sepat...
10/05/2022

RAMAI mengambil mudah persoalan wasiat dan pengurusan harta selepas kematian hingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya.

Bagaimanapun, apabila ketua atau ahli keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama meninggal dunia, urusan pembahagian harta mengikut faraid dan warisan menyukarkan waris yang masih hidup.

Ini kerana kejahilan mengenai hal itu, mengakibatkan pengurusan dan pembahagian harta pusaka tidak dapat dibuat dengan sempurna.

Perunding profesional pusaka, Muhammad Hakim Nordin, berkata ramai dalam kalangan umat Islam tidak mengetahui operasi pengurusan pusaka yang boleh berisiko rumit sekiranya tidak dirancang dari awal.

“Selesai proses pengebumian dan melangsaikan hutang si mati, status harta bertukar milik kepada waris yang memerlukan mereka menjalani tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian kepada waris yang layak,” katanya.

Muhammad Hakim berkata, sebelum pembahagian harta pusaka, waris perlu mengemukakan permohonan pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, bergantung kepada nilai harta peninggalan si mati.

“Selepas kes pengurusan pusaka difailkan, waris akan menerima surat kuasa mentadbir yang melantik salah seorang dalam kalangan waris dikenali sebagai pentadbir dalam melaksanakan tugas mencairkan aset si mati,” katanya.

Surat Kuasa Mentadbir itu sangat penting bagi mereka yang ingin menuntut pusaka yang ditinggalkan seperti di Tabung Haji (TH), Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank, berikutan kesemua tempat itu memiliki prosedur berbeza.

“Selepas semua proses tuntutan dilakukan, prosiding di mahkamah akan dilakukan untuk menentukan cara pembahagian harta pusaka.

“Di sini, semua waris yang layak menerima harta akan dipanggil ke mahkamah untuk dibicarakan. Proses pembahagian ini yang akan menentukan sama ada waris ingin bahagi secara sama rata, faraid atau sepakat,” katanya.

Muhammad Hakim berkata, persediaan awal perlu dilakukan oleh setiap masyarakat adalah semasa hidup, bukan menangguhkannya hingga sampai meninggal dunia.

“Pemilik perlu membuat senarai harta dimiliki dan perlu memiliki maklumat lengkap sama ada aset berkenaan, mempunyai tunggakan yang perlu dibayar atau keperluan tertentu yang ditetapkan ke atas aset berkenaan.

“Simpan semua dokumen yang penting di satu tempat mudah dicari. Apabila berlaku kematian, mudah untuk waris mencari dan menguruskan proses tuntutan pusaka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tindakan merujuk kepada kaedah pembahagian tersedia untuk pemilik harta, perlu dalam membuat perancangan harta semasa hidup sama ada melalui faraid, wakaf, hibah dan wasiat satu pertiga kepada bukan waris.

Tegas beliau, dalam menyelesaikan bab pusaka seeloknya semua waris yang terbabit perlu dipanggil dan berbincang secara waras serta rasional dalam memastikan waris akan menerima pusaka dengan mudah, cepat dan tepat.

Kesedaran umat Islam di negara ini terhadap pengurusan harta pusaka, kata Muhammad Hakim, berada pada tahap amat membimbangkan.

Laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2016 mendedahkan statistik harta beku melebihi RM60 bilion dan kian meninggkat saban tahun.

Muhammad Hakim berkata, dalam kempen kesedaran berhubung perancangan harta dilakukan, beliau mendapat ramai memandang mudah hal itu sedangkan perancangan semasa hidup akan memudahkan waris yang tidak perlu melalui proses tuntutan pusaka kerana pemilik sudah membuat tabung untuk warisnya sewaktu hidup.

“Ada yang kami temui menyatakan urusan pusaka dilakukan kerana arwah datuk nenek atau emak ayah mereka meninggal dunia, sudah lebih 10 tahun. Jadi urusan pusaka akan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

“Urusan bertambah rumit dan memakan masa, akhirnya harta pusaka tadi beku dan tiada seorang pun ahli waris mendapat faedah daripada harta si mati,” katanya.

Beliau mengingatkan umat Islam untuk merancang harta pusaka kerana usaha sepanjang hidup mengumpul harta bermatlamat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada waris.

“Namun, sekiranya kita gagal merancang harta pusaka kita semasa hidup, ketahuilah sengsara yang anda tinggalkan untuk ahli waris anda,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online, Usah ambil mudah persoalan wasiat, pengurusan harta selepas mati

----------------------------------------------------------------
Sediakan payung sebelum hujan dan ambil pengajaran daripada kisah dan kesilapan orang lain

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

KERETA DAN KITA “Tahun lepas aku dah buat takaful dengan kawan aku. Tahun ni ingat aku nak buat dengan kau”Kawan, kita b...
25/04/2022

KERETA DAN KITA

“Tahun lepas aku dah buat takaful dengan kawan aku. Tahun ni ingat aku nak buat dengan kau”

Kawan, kita bukan kereta. Kita bukan kereta yang boleh tukar takaful setiap tahun.

Kita dengan kereta berbeza.

1. Dari segi bayaran
Untuk kereta, insurans setahun ada yang sampai bayar RM 1,200. Makin canggih kereta, makin tinggilah bayaran perlindungan.

Untuk kita, setahun RM 1200 untuk medical card sahaja. Makin canggih perlindungan, makin tinggilah bayaran perlindungan.

2. Bayar setahun terus, bila p**ak guna insurans/takaful ni?
Kita cuma akan gunakan insuran kereta, bila hanya berlaku kemalangan. Sakit sikit-sikit, masuk bengkel kena keluar duit poket sendiri.

Untuk kita, bukan hanya pada kemalangan. Sakit yang doktor suruh masuk wad, pun kita boleh guna. Cuma kalau sakit sikit-sikit, doktor suruh balik makan ubat baru guna duit sendiri.

Kawan, bila kita kemalangan, kereta tak sakit. Tapi jarang berlaku kalau kereta kemalangan, tuan badan tak ikut sakit.

3. Bila tak yang dilindungi dapat diselamatkan, apa jadi?
Bila yang dilindungi adalah kereta dan tak dapat diselamatkan, dapat juga sedikit peratus daripada sum covered. Bolehlah mula survey kereta baru.

Bila yang dilindungi adalah kita dan tak dapat diselamatkan, dapat 100% sum covered, siap ada cash value. Paling best, boleh bagi pada orang tersayang untuk teruskan kehidupan.

4. Bila dapat pampasan p**a,
Pampasan kereta, boleh guna untuk downpayment kereta baru. Tadikan dah survey. Eh.

Pampasan takaful, boleh bayar sara hidup keluarga, sekolah anak-anak, makan dan perbelanjaan harian. Banyak betul kegunaan harian.

5. Kalau tak accident, macam mana? Rugilah?

Apa p**ak rugi. Bersyukurlah kau sihat walafiat! Kereta pun boleh pakai. Apa punya mindset lah. Heh.

Habis bayar insurans, tak accident, bersyukurlah. Cumanya, tak dapat apa apa dah.

Habis carum takaful, tak accident, tak sakit, bersyukurlah. Nikmat Allah bagi kesihatan untuk awak terus jadi pencarum daripada pesakit atas katil. Tapi, kalau tak guna dapat juga cash value bila tempoh perlindungan tamat.

6. Perlepasan cukai.
Setakat saya bayar insurans kereta, memang tak ada dapat pelepasan cukai. Ke awak ada dapat pelepasan cukai bayar insurans kereta?

Untuk takaful nyawa dan perubatan, saya dapat pelepasan cukai sampai rm 3000. Awak ada takaful? Awak pun dapat.

Kawan baik saya, si Robert Kiyosaki tu kata, orang biasa - biasa akan kerja dan bayar cukai. Orang luar biasa dia taknak bayar cukai, jadi dia maksimakan peluang yang ada untuk tak bayar cukai.

Haziq Hazwa
Synergy Group,
Wealth Planner .

Mitos - “syarikat kan boleh tanggung kos perubatan dan pampasan pada kita dan keluarga jika terjadi apa2”Hakikatnya, kos...
21/04/2022

Mitos - “syarikat kan boleh tanggung kos perubatan dan pampasan pada kita dan keluarga jika terjadi apa2”

Hakikatnya, kos yang ditanggung oleh syarikat ada limit, jika kritikal kita mungkin akan diberhentikan kerja kerana mereka tak mahu rugi.

Jadi penting tak takaful untuk sendiri, jom kita apply takaful untuk diri sendiri tekan link bawah

https://wa.me/message/NZ7FGIVOX555J1

Haziq Hazwa
Synergy Group Wealth Planner
Prudential BSN Takaful Berhad

MENGAPA PERLU PERANCANGAN KEWANGAN? Adakah anda masih ingat ketika anda  nak sangat  membeli sesuatu yang anda s**a, tet...
15/04/2022

MENGAPA PERLU PERANCANGAN KEWANGAN?

Adakah anda masih ingat ketika anda nak sangat membeli sesuatu yang anda s**a, tetapi tidak mampu pada masa itu?

Anda kemudian pergi ke ibu bapa anda meminta mereka untuk mendapatkannya tetapi mereka kembali memberitahu anda, "Hei jika anda mahukan sesuatu, dapatkannya sendiri!"

Anda mungkin kembali menghabiskan banyak hari bekerja, makan lebih sedikit atau berusaha melakukan tugas untuk jiran anda sehingga anda dapat menabung cukup untuk perkara yang selalu anda impikan. Apabila anda mendapat barang itu, anda akan merasa, "Woah saya gembira".

Nah, inilah kepuasan untuk mencapai matlamat.

But, the sad truth is,

Ketika kita semakin tua dan memasuki dunia pekerjaan yang sebenarnya, kita menyedari bahawa kita tidak lagi gembira dan teruja seperti ketika kita mencapai satu matlamat. Seiring bertambahnya usia, mungkin ada lebih banyak perkara yang sangat kita harapkan dan selalu mahukan.

Seperti kata pepatah "Anda Hanya Hidup Sekali!" Tidak ada salahnya menginginkan yang terbaik untuk diri kita sekurang-kurangnya sekali seumur hidup ini. Anda akan segera menyedari bahawa hampir semua perkara yang kita mahukan mungkin berkaitan dengan wang. Kami mahukan rumah yang lebih baik, kami memerlukan wang. Kami mahukan kereta yang lebih baik, kami memerlukan wang. Walaupun kita mahu memulakan keluarga, kita memerlukan wang.

Anda melihat semua matlamat yang anda mahukan mungkin memerlukan wang dan itulah sebabnya orang memanggilnya "Matlamat kewangan". Perancangan kewangan adalah mengenai strategi yang tepat untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan ini.

Address

1 Jalan SS 20/27
Petaling Jaya
47400

Telephone

+601153100558

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Antara Takaful dan Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share