06/12/2023
βAku kerja gomen. Tak perlu ambil medical card. Semua gomen tanggung, pay and claim jeβ
Ye betul la awak. Kos rawatan memang percuma. Yang perlu dibayar adalah implant tertentu sahaja, bagi sakit tertentu sahaja. Ada ke syarikat swasta/orang berniaga implant mahal-mahal ini nak bagi percuma? Korang kalau berniaga gula-gula untung 20 sen pun berkira kan?
Contoh:
1. Total Knee Replacement (Tukar sendi lutut): RM7,000 β RM10,000
2. Total Hip Replacement (Tukar sendi pinggul): RM8,000 β RM15,000
3. ACL Reconstruction (Ganti urat lutut ACL): RM4,000 β RM7,000
4. ACL/PCL Reconstruction (Ganti 2 urat lutut menggunakan urat kadaver/allograft): RM29,000
5. Implan khas Titanium locking plate/nail: RM2,000 -RM4.000 bergantung kepada jenis dan panjang implant.
Ini kos setakat 2023. Dan masa akan datang pasti nilainya akan makin tinggi sebab teknologi perubatan makin lama makin canggih.
Kos di hospital swasta? Awak darabkan nilai di atas dengan 3 atau 4 kali ganda.
Kos implant di atas masih boleh jadi percuma sekiranya awak ada perlindungan Insuran atau Takaful. SOCSO/PERKESO? Ya boleh claim, tapi memang lambat prosesnya dan perlu komited untuk sediakan dokumen tuntutan dan sebagainya.
Sebenarnya lebih bagus pekerja kerajaan mengambil medical card, sebab tak perlu ready duit simpanan untuk βpurchaseβ implant nanti.
Bebel sikit hari ni. Harap dapat sesuatu. Cuma tag kawan kawan kerja gomen yang belum ada medical card.
Ikin Ismail