13/01/2022
Towkay MRCB datang lagi.
Dia kata pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dari KWSP adalah tindakan tak bermoral dan memalukan.
Okay. Itu pendapat kamu.
Tapi adakah merompak hak saham bumiputera dan aset KWSP untuk tujuan bail-out itu bermoral dan tak memalukan?
Cuba tanya Pak Kadir dalam posting dia:
https://www.facebook.com/1114194475/posts/10225729234873657/?d=n
------
"Beliau menjelaskan, akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta atau bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang.
Menurutnya, Dr Mahathir kemudiannya mewujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd, sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada KWSP bagi menyelamatkan Maminco.
โTapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 (Dr Mahathir) untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.
โHakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out.
โCuba tanya dia (Dr Mahathir) atau Uncle Kit Siang jika ini benar. Ini cabaran terbuka Najib,Tengok dia berani nafi tak.โ tulisnya di Facebook beliau, hari ini.
https://www.edisi9.com.my/2020/11/najib-cabar-dr-mahathir-jawab-jika-benar-saham-kerajaan-digunakan-bail-out-maminco/
Lebih terperinci: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2017/09/280648/how-dr-m-abused-epf-money-london-tin-market