10/10/2020
Pernah tak review balik dokumen Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) untuk loan rumah anda? Mesti ada jadual ni kan.
Just nak share kenapa kami agent Takaful akan highlight perkara ni. Let’s refer to this actual document.
Dalam situasi ni -
Financing amount : RM 308K
Financing tenure : 35 years
MRTT duration : 20 years
MRTT amount : RM 301K
Dari sini je, dah nampak risk exposure selama 15 tahun tempoh financing.
Sekarang kita tengok jadual pengurangan jumlah dilindungi (reducing sum covered schedule) -
Ada jadual berkala. Kalau dibandingkan dengan pengurangan jumlah pinjaman, selepas 10 tahun jumlah pinjaman asal masih dalam lingkungan amount RM 255,000 (boleh calculate dalam ‘loan amortization’), sedangkan jumlah MRTT sum covered sudah menurun ke RM 201,492.
Yang lagi mendukacitakan selepas 20 tahun, reducing sum covered jadi 0.00 (setelah pelan MRTT matang) manakala baki pembiayaan masih lagi berjumlah RM180,000
Disinilah berlakunya financial gap yang perlu kita ambil tahu, sebab apa, seandainya orang yang dilindungi ini (yang ambil financing tersebut) meninggal dunia pada tahun ke-20, warisnya masih perlu menyelesaikan baki pembiayaan yang berjumlah lebih daripada RM 100,000 sebelum urustadbir harta pusaka boleh dijalankan
Jadi macam mana ni? Pening ke pening? Nak tahu lebih lanjut? Jom kami share lebih lanjut tentang ini, one on one dan kita semak kembali dokumen mortgage anda. Nak bincang via Zoom/Whatsapp video pun boleh.
Firdaus Zulkifli
014-3110309
Credit to Nur Azlina Mohammed